Bayi dan anak kecil memang mudah diserang batuk atau selesema. Enam tahun pertama adalah waktu kritikal anak mudah dijangkiti penyakit. Penyebab utama gejala selesema dan batuk ialah jangkitan kuman virus.

Memang tidak dinafikan ubat-ubatan perlu untuk meredakan batuk dan kahak bagi mengelak ia berlarutan yang boleh menjejaskan kesihatan anak. Namun bagi anak di bawah usia dua tahun terutama bayi tidak digalakkan bagi sebarang pengambilan ubat.

Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak membenarkankan penggunaan ubat-ubat batuk dan selsema bagi kanak-kanak di bawah umur dua tahun sejak tahun 2007. Malah, FDA (Food and Drugs Administration) di Amerika Syarikat, ubat batuk dan selsema tidak dibenarkan untuk kanak-kanak di bawah umur dua tahun. Manakala kanak-kanak di bawah enam tahun tidak disyorkan untuk diberi ubat batuk dan selsema.

Oleh itu, para ibu-ibu boleh cuba pelbagai petua untuk redakan batuk dan selesema anak.

Ikuti salah satu perkongsian ibu ini, Fazira Salleh yang menggunakan natural remedies untuk bayi batuk berkahak

Petua 1  Lemon Bath

Air suam + sebijik lemon

Bila Anak Batuk Berkahak, Petua Ibu Ini Sangat Berguna!

Sebesen air suam campur dengan sebijik lemon yang dihiris nipis-nipis. Perah sikit jus lemon dan masukkan si kecil dalam besen yang ada air.

Lemon ini tersangatlah wangi dan fresh sangat baunya. tak yah buh pewangi toilet dah.

Kalau ada mak bapak yang teringin nak mandi sekali silakan.

Bila Anak Batuk Berkahak, Petua Ibu Ini Sangat Berguna!

Muka ada senyum. Syiokk lettew!! Sepuluh ke lima belas minit untuk bagi kahak tu cair.

Petua 2 Garlic Oil

Bawang Putih + Virgin oil

Bila Anak Batuk Berkahak, Petua Ibu Ini Sangat Berguna!

Bawang putih tu racik halus-halus atau ketuk je dengan pisau. Seulas bawang putih campur dengan sesudu besar virgin oil cukup. Garlic oil ni tahan 2-3 hari. Bagi penyedut hidung, boleh beli kat mana-mana farmasi.

Bila Anak Batuk Berkahak, Petua Ibu Ini Sangat Berguna!

IKLAN

Ni rupa garlic oil tu

Bila Anak Batuk Berkahak, Petua Ibu Ini Sangat Berguna!

sapu garlic oil kat dua-dua tapak kaki

 

Bila Anak Batuk Berkahak, Petua Ibu Ini Sangat Berguna!Pakai kan stokin dan banyakkan bersabar dan jangan lupa sapu juga dekat dada dan belakang badan. Sapu sambil selawat yaa

Petua 3 Penyedut hidung

IKLAN

Memula ingatkan si techik ni tak ada hingus..sebab tak meleleh apa pun. Cuma dengar macam bunyi kahak tersangkut jerr. Tapi, rupa-rupanya bila sedut kot hidung tu…BANYAKKKK yang keluar!!

Bila Anak Batuk Berkahak, Petua Ibu Ini Sangat Berguna!
Sekali kahak-kahak yang sangkut kena sedutttt keluar.

Bila Anak Batuk Berkahak, Petua Ibu Ini Sangat Berguna!

Hingus yang berjaya disedut keluar sebelum ianya menjadi kahakk!!  Perasaan macam menang award!

 

Dah sihat, boleh pergi jalan-jalan!

Bila Anak Batuk Berkahak, Petua Ibu Ini Sangat Berguna! Nak cuba juga, silakan ya!

Kepada ibu bapa yang nak cuba natural remedies ni, memang kena bertabah dan banyakkan bersabar.

Si techik yang tak sihat memang akan merengek dan nak berdukung je sepanjang masa. Ambil masa juga dia nak recover . Sebab si techik sebenarnya nak build dia punya imun sistem.

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI