Deria bau (dikenali sebagai olfactory) berperanan besar untuk mengesan setiap rangsangan yang terdapat di persekitaran kita setiap hari. Bagi seorang kanak-kanak, peranan deria bau ini penting untuk mengukuhkan ‘sistem keselamatan’ mereka.
Tidak akan lengkap hidup kita jika kita tidak dapat mengesan bau yang merbahaya, seperti bau asap dan bau benda beracun. Kesedaran terhadap bau-bauan ini harus dititikberatkan sejak anak masih kecil lagi.
Dan kerana itulah, belajar dari persekitaran lebih baik daripada belajar dari buku dan flashcards semata-mata.
– Bau yang sedap adalah bau makanan
– Bau yang busuk adalah bau yang kurang menyenangkan
– Bau wangi datangnya daripada bedak atau perfume
– Sesetengah bau akan menghasilkan reaksi yang tertentu, contohnya bau asap akan membuatkan kita bersin.
– Bau makanan harus dikategorikan mengikut kumpulan makanan tertentu seperti buah buahan, sayur sayuran, bau nasi, makanan yang digoreng dan sebagainya
– Bau asap dan bau busuk adalah sebagai satu ‘indicator’ kepada sesuatu yang ‘tidak selamat’
Nampak tak betapa besarnya peranan deria bau ni dalam kehidupan kita? Anak yang tak terima banyak rangsangan bau, akan sukar menyatakan sesuatu bau itu menyenangkan atau tidak.
Dari situ, ianya mengaktifkan sistem keselamatan dalam diri mereka.
Sebab tu, macam dalam ceramah-ceramah saya selama ni, saya bagitau kat participants, kalau kita kentut sekalipun, bagitau anak:
“mama kentut… Busuk”
Sumber: Liyana Raya
Occupational Therapist
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selain Ambil Immunisasi, 4 Perkara Ini Ibu Bapa Perlu Ambil Tahu! Elak Anak Jatuh Sakit
Kanak-kanak sedang membesar mudah terdedah kepada pelbagai jangkitan kuman yang boleh menyebabkan mereka diserang penyakit. Oleh itu sebagai ibu bapa penting untuk anda mendidik mereka menjaga kesihatan diri supaya kurang risiko untuk jatuh sakit.
Tip didik anak tentang menjaga kesihatan diri
- Ajar mereka untuk kerap mencuci tangan dengan betul dan menggunakan sabun. Didik mereka untuk basuh tangan sebelum dan selepas makan, selepas bermain dan juga selepas menggunakan tangan.
- Beriadah atau melakukan aktiviti sihat dengan bermain di taman atau sebagainya dapat mengurangkan risiko si kecil mendapat demam selesema. Amalan cara hidup yang sihat membuatkan sel-sel menentang jangkitan kuman berjalan lancar, malah ia lebih baik berbanding pengambilan ubat-ubatan.
- Biasakan anak anda tidur secara teratur dan jadikan ia rutin setiap malam. Tidur yang cukup akan membuatkan anak-anak anda lebih sihat selain melatih mereka untuk lebih berdisiplin.
- Selain cara hidup yang sihat, amalan pemakanan yang sihat juga penting untuk kesihatan anak-anak anda. Cara terbaik memenuhi keperluan vitamin dan mineralnya iaitu dengan banyak makan sayur dan buah-buahan. Pilih makanan yang kaya dengan vitamin C seperti brokoli, strawberi dan kiwi, makanan yang kaya dengan vitamin D seperti ikan tuna, susu dan bijirin. Mengamalkan makan yogurt diperkaya probiotik aktif juga boleh meningkatkan ketahanan tubuh.
Saksikan Rancangan Pa&Ma episod Beza Anak Hyperaktif & Aktif minggu ini pada hari Selasa pukul 12 tengah hari dan ulangannya 9 malam di Astro Prima & Maya HD.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Dua Pusar Di Kepala Degil, Nakal Hanya Kepercayaan Je. Pakar Kata Tak Ada Kaitan Pun
Anak yang mempunyai dua pusar sering dikatakan sebagai seorang yang nakal, degil, tidak mendengar kata, keras kepala, menimbulkan masalah, sukar dikawal dan dikaitkan dengan pelbagai lagi label yang negatif.
Benarkah semua mereka begini?
Menurut Puan Noor Afidah Abu Bakar selalunya dari lahir lagi sudah kelihatan pusar anak. Jika anak mempunyai dua pusar, dari lahir lagilah label diberikan kepada anak terutamanya oleh segelintir orang tua-tua. Walaupun kita belum lagi cuba untuk mengenali anak tersebut dan belum cuba lagi mendidik anak tersebut, dia sudah pun dilabel dengan label yang membawa konotasi ‘akan memberi kesukaran’.
Adilkah begitu?
Jika begitu persepsi kita dari awal, maka segala kebaikan anak tidak akan kita nampak kerana yang kelihatan hanyalah tingkah laku yang menguji kesabaran kita.
Mungkin segelintir orang tua-tua ini mempunyai pengalaman dengan beberapa anak yang mempunyai dua pusar pada masa lalu mereka tetapi untuk membuat generalisasi tentang semua adalah salah sama sekali, apatah lagi menyebarkan kepercayaan yang tidak tepat itu.
Menurut National Human Genome Research Institute, iaitu sebuah institut yang banyak menjalankan kajian tentang genetik dan genomic manusia, 5% penduduk dunia mempunyai dua pusar. Pusar ini berkaitan dengan gene manusia.
Kepercayaan tentang anak dua pusar bukan hanya wujud dalam masyarakat Melayu sahaja, malah ia juga dipegang oleh masyarakat Cina, Vietnam, Filipina, Amerika, Portugis dan beberapa kelompok masyarakat lagi. Kemungkinan besar penghijrahan manusia membawa kepercayaan ini berhijrah dari satu tempat ke satu tempat sejak beratus-ratus tahun dahulu.
Ada kepercayaan kuno yang mengatakan roh akan memasuki tubuh seorang manusia melalui pusarnya sejak dari awal kandungan di dalam perut ibu lagi. Apabila bayi mempunyai dua pusar, dua roh akan memasuki tubuh bayi tersebut dan menyebabkan pertelingkahan antara kedua-dua roh ini. Kedua-dua roh ini akan cuba bersatu menjadi satu roh yang kemudiannya menjadi roh anak tersebut. Kerana pertembungan dua roh inilah, bayi itu membesar menjadi seorang yang keliru, sering memberontak, sukar dikawal, nakal dan degil.
Anda percaya?
Bukankah sebagai seorang Muslim kita percaya bahawa seorang anak dilahirkan seumpama kain putih dan ibubapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya walaupun berapa pusar sekalipun yang dimiliki oleh anak tersebut?
Bukankah seorang anak itu lahir suci bersih tanpa dosa?
Ingatlah, kata-kata adalah satu doa. Kata-kata yang sering anak dengar tentang dirinya terutamanya daripada orang dewasa yang dekat dengan anak akan mewujudkan konsep diri (self concept) anak.
Anak sering tertanya tentang dirinya.
Siapa saya? Apakah peranan saya? Apakah kebaikan saya? Jika yang sering didengari tentang dirinya adalah label negatif, maka itulah kepercayaan anak tentang dirinya. Berhati-hatilah dalam melabel anak.
Tingkah laku seorang anak tidak bergantung kepada sifat fizikalnya sama ada mata bulat atau sepet, hidung mancung atau pesek, kulit cerah atau gelap, punya cuping telinga atau tidak, boleh gulung lidah ataupun tidak, kaki panjang atau pendek dan sebagainya.
Sifat fizikal tidak menentukan tingkah laku.
Tingkah laku anak bergantung kepada bagaimana ibubapa memahami dan mendidik anak.
Ibubapa perlu faham:
1) Perkembangan kanak-kanak (Child Development).
Semua tingkah laku anak adalah bersesuaian dengan usia dan perkembangannya. Kita tidak boleh mengharapkan anak kecil bersopan seperti orang dewasa kerana dia belum lagi boleh berfikir seperti orang dewasa, apatah lagi jika kita tidak membimbingnya dengan adab yang sepatutnya.
Kita juga tidak boleh mengharapkan anak A menjadi seperti anak B kerana mungkin perkembangan sosial dan emosi anak A tidak setara dengan anak B. Dia masih perlu dibimbing.
Kita tidak boleh mengharapkan anak berupaya untuk mendengar kata jika perkembangan bahasa dan komunikasinya masih perlu dipupuk supaya dia faham apa yang diberitahu dan diarah kepadanya.
Jika anak mempunyai kelewatan dari segi perkembangannya atau perkembangannya tidak sepadan dengan usia, bawalah anak berjumpa dengan pakar kanak-kanak.
Mereka dapat membantu dengan terapi yang sepatutnya. Usah diberi anak makan macam-macam produk yang mungkin hanya memudaratkan anak lagi. Kandungan gula yang tinggi boleh menyebabkan anak menjadi lebih sukar dikawal, begitu juga dengan bahan pengawet dan pewarna.
2) Pembawaan kanak-kanak (Temperament).
Setiap seorang daripada kita dilahirkan dengan sifat semulajadi atau pembawaan yang berbeza-beza. Ada yang mudah diuruskan,tidak cerewet, ada yang lebih aktif dan perlukan lebih pemahaman dan pemantauan, ada yang pendiam dan pemalu yang memerlukan lebih galakan.
Sebagai ibubapa kita perlu mengetahui anak kita berada dalam kategori pembawaan yang bagaimana kerana cara kita menguruskan anak bergantung kepada pembawaan mereka. Kita tidak boleh menggunakan satu kaedah saja untuk mendidik pembawaan yang berbeza-beza.
Oleh itu kenalilah anak anda. Luangkan masa bersama-sama anak untuk lebih mengenali dan memahami pembawaannya.
3) Fahami juga kecenderungan anak.
Kecenderungan anak kecil adalah bermain dan meneroka. Jika anak itu suka meneroka, sering ke sana kemari, mencuba itu ini, memegang itu ini, itu adalah sifat yang normal pada kanak-kanak. Kanak-kanak belajar melalui meneroka dan bermain. Usah di halang.
Apa yang perlu dilakukan oleh ibubapa adalah mewujudkan persekitaran yang selamat supaya penerokaan anak tidak memudaratkan keselamatan anak.
Peraturan juga perlu ditetapkan oleh ibubapa supaya penerokaan si anak tidak mengganggu orang lain atau pun merosakkan harta benda orang lain.
4) Selain itu ibubapa juga perlu sepakat dalam proses mendidik dan membesarkan anak. Ibubapa perlu sepakat tentang kaedah dan peraturan yang hendak ditetapkan dalam rumah supaya anak lebih mudah dikawal.
Jika ayah berkata “Ya” dan ibu berkata “Tidak”, anak akan keliru dan itulah yang menjadi punca utama anak degil dan tidak mendengar kata. Apabila dia keliru cakap siapa yang perlu diikut, dia akan mengikut kata hati dia sendiri yang sering kali menimbulkan lebih banyak masalah kerana dia belum berpengalaman untuk membuat keputusan.
5) Ibubapa adalah guru dan role model terbaik anak. Anak adalah cerminan diri kita sendiri. Adakah kita memberikan teladan tingkah laku yang baik buat anak-anak kita?
Ingatlah banyak faktor yang akan membentuk dan menentukan tingkah laku anak. Di antaranya adalah bimbingan daripada ibubapa, persekitaran anak, rakan-rakan anak, apa yang ditonton dan didengar, keyakinan diri dan jati diri anak, emosi anak, sosio ekonomi keluarga dan juga pegangan agama dalam keluarga yang akhirnya akan menentukan nilai dan akhlak secara keseluruhannya.
Jangan jadikan dua pusar sebagai ‘escapism’ atau jalan keluar untuk kita berputus asa dengan anak. Sentiasalah berdoa supaya anak-anak kita menjadi insan yang berguna dan menyumbang kepada masyarakat.
Oh ya, anak saya sendiri mempunyai dua pusar kepala.
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Tahun Pertama Usia Emas Anak, Ibu Ayah Mesti Bersabar. Berkasih Sayang Cara Terbaik Dalam Mendidik
6 tahun pertama ialah usia keemasan bagi setiap individu. Jika didikan yang diterima baik dan penuh kasih sayang, maka mereka mudahlah untuk dibentuk.
Menurut juruterapi pediatrik, Idzmir Shahril berkongsi tentang kesan didikan kepada emosi kanak-kanak. Apa yang berlaku pada usia 6 tahun ke bawah akan memberikan kesan jangka panjang sehingga mereka dewasa.
Ibu bapa tidak patut mensia-siakan fasa ini. Buang sempadan kesempurnaan kerana anak hanya akan mengingati masa indah yang dihabiskan dengan mereka. Explore, play & bonding, itulah yang sebaik-baiknya.
Tak boleh dipukul walau pun mereka melakukan kesalahan. Ibu ayah jangan gunakan alasan memukul untuk mendidik!
Didik dengan kasih sayang, anak akan rasa dekat dengan kita dan merasakan ibu bapa sebagai pelindung dan tempat rujukan.
Ada ibu bapa kecewa anak memilih untuk dengar perintah datuk dan nenek, bermuhasabahlah!
Peluk dan ciumlah anak dan ucapkan perkataan sayang. Pandang anak dengan kasih sayang. Tahan marah dan genggam tangan mereka.
Ibu ayah ucapkan yang baik-baik dan nasihatkan yang baik. Sabarlah kalau perlu ulang nasihat yang sama 1001 kali.
6 tahun pertama ibu ayah mesti letakkan objektif bukan sahaja mendidik tetapi berkasih sayang sambil mendidik.
Sumber: Idzmir Shahril
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI