Anak-anak yang masih kecil akan menurut pertuturan dan percakapan ibu bapa dan orang sekeliling.
Apabila anak menghadapi masalah percakapan seperti bercakap dengan tidak fasih atau gagap, sebenarnya ini berpunca daripada:
- Sikap ibu bapa yang mengajar anak bercakap dengan cara tidak betul
- Mengejek percakapan anak apabila mereka tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan baik.
Apabila anak kita sering mendengar pertuturan dan percakapan yang tidak jelas seperti berdengung, mengada-ngada, olok-olok, maka anak-anak meniru percakapan itu sehinggalah dia dewasa.
Awas!
Ibu bapa patut mengelakkan mengulang percakapan anak yang tidak jelas dengan memberikan perkataan yang betul dan fasih supaya anak itu faham dan menurut percakapan yang sebetulnya.
Jangan mengejek perkataan dan mengulang pertuturan anak-anak yang salah dan tidak betul.
— ini bukan perkara yang harus dijadikan bahan jenaka!
Tabiat kanak-kanak mudah menurut kata-kata orang disekeliling terutama ibu bapa.
Jesteru itu, ibu bapa patut mengajar anak bercakap dengan intonasi dan huruf yang betul.
Baiki kesalahan sebutan anak-anak, bukan mengejek atau memperolokkan kata-katanya.
Sumber: Muhammad Naim Abd Manaf
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tiap Kali Keluar Nak Beli Mainan. Ini Sebab Ibu Bapa Jangan Terlalu Ikutkan Kemahuan Anak
Ada ibu bapa yang mengehadkan sebulan dengan satu permainan saja. Tapi ada juga yang pantang ke kedai, mesti akan balik dengan mainan yang baru dibeli. Sedar tak sedar, dah menjadi tabiat kita beli mainan anak apabila diminta.
Mungkin ada yang beranggapan ianya boleh menceriakan anak-anak dan mengisi kebosanan mereka. Tapi, lain pula pendapat pakar dan juga sains. Kajian mereka menunjukkan bahawa kurangnya beli mainan anak dapat memberi lebih manfaat kepada mereka.
Menarik, bukan? Ini 9 sebab yang mereka senaraikan.
9 PERKARA ANAK DAPAT BELAJAR BILA ADA KURANG MAINAN
Berikut adalah 9 sebab dari segi sains dan psikologi mengapa kita tak perlu beli mainan anak setiap kali ke kedai.
- ANAK BELAJAR JADI LEBIH KREATIF
Untuk membuktikan teori ini, sebuah taska di Jerman telah membuat sebuah eksperimen dengan ‘mengharamkan’ sebarang bentuk mainan di dalam kelas tersebut. Kelas tersebut hanya mempunyai meja, kerusi, dan alas kain.
Projek 3 bulan yang dikenali sebagai “Der Spielzeugfreie Kindergarten” ini telah menarik perhatian ramai pihak. Pada awalnya, anak-anak kecil tersebut kelihatan bosan dan tidak tahu apa yang perlu dibuat.
Namun, hari demi hari mereka mula berkenalan antara satu sama lain, memanjat kerusi, melompat dengan riang dan bermain bersama menggunakan imaginasi masing-masing – seperti yang ditunjukkan dalam video di bawah ini.
- DAYA TUMPUAN YANG LEBIH TINGGI
Sebuah kajian yang dilaporkan melalui The Guardian mendapati bahawa terlalu banyak permainan akan menyebabkan anak-anak susah menumpukan perhatian untuk belajar mengenainya satu-persatu. Ini kerana anak-anak akan berpeluang untuk memainkannya dengan pelbagai cara.
Namun, mereka akan cepat beralih kepada permainan yang lain jika terdapat lambakan permainan di sekeliling mereka.
Hasilnya, mereka kurang daya tumpuan, mudah bosan dan tidak mahu mencuba cara lain apabila permainan tersebut tidak dapat dimainkan mengikut kehendak mereka.
- MAHIR BERSOSIAL
Memetik daripada sebuah artikel, terdapat sebuah ayat: “One childhood friend is more beneficial than a box of toys.”
Hal ini memang ada benarnya. Jika anda memperkenalkan anak-anak dengan seorang kawan yang lebih kurang sebayanya, mereka boleh bermain bersama hingga ke malam, walaupun tanpa sebarang permainan.
Melalui komunikasi, mereka akan belajar menghormati pendapat, melontarkan idea, melahirkan rasa simpati, dan saling mempercayai. Ini dapat menjadikan anak lebih konfiden terhadap diri sendiri.
- ANAK AKAN LEBIH MENGHARGAI
Sesuatu yang jarang dan susah untuk didapatkan, tentu akan dijaga sebaik mungkin. Dengan mengehadkan permainan yang mereka miliki, mereka akan belajar untuk memilih permainan yang betul-betul diminati dan akan menjaganya dengan baik. Kalau rosak pun, mereka akan cuba sedaya-upaya untuk memperbaikinya!
- MENANAM MINAT MENEROKA DAN MENCIPTA HASIL SENI
Tanpa permainan, anak-anak biasanya akan melakukan aktiviti sampingan yang amat bermanfaat. Antaranya termasuklah membaca buku cerita, mereka permainan, dan mencipta hasil seni.
- LEBIH BIJAK MENGGUNAKAN APA YANG ADA
Apabila kita dihadkan dengan sesuatu sumber, secara automatiknya otak kita akan lebih ligat berfikir untuk mencari penggantinya.
Perkara ini akan menstimulasikan otak anak untuk berfikir di luar kotak dan menciptanya sendiri di ruang imaginasi mereka. Malah, jika diberi motivasi, tidak mustahil anak-anak ini berpotensi merealisasikan impian mereka dengan merekabentuk prototaip sendiri.
Menarik, bukan?anak banyak mainan, lambakan mainan, ajar anak belajar bermain, pilih mainan anak, cara beli mainan anak, ajar anak pilih mainan
- ANAK-ANAK KURANG BERGADUH
Kita berfikiran bahawa jika setiap anak diberi mainan masing-masing, mereka akan kurang bergaduh. Malangnya, bukan itu yang berlaku.
Sebuah laman web, Becoming Minimalist menyatakan bahawa apabila kurangnya permainan, anak-anak akan terpaksa berkongsi, bekerjasama, dan bertolak ansur. Lama-kelamaan, ia akan menjadi tabiat yang baik.
- BELAJAR LEBIH SABAR
Selain belajar berkongsi dan menunggu giliran, anak-anak ini tentu akan dilatih dengan sifat sabar.
Mereka juga akan lebih bijak mengawal emosi dan tidak menjadi terlalu manja apabila tidak mendapat apa yang mereka inginkan.
- BANYAK LUANGKAN MASA DI LUAR
Menurut sebuah penelitian yang dilaporkan melalui TIME Magazine, banduan dalam penjara didapati meluangkan lebih banyak masa di luar berbanding anak-anak zaman sekarang. Mengejutkan! (dan menakutkan)
Namun, jika difikirkan semula ia bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana anak-anak kecil kini telah diberi pelbagai teknologi dan permainan yang mudah untuk dimainkan tanpa perlu keluar rumah.
Kurangnya masa yang diluangkan di luar rumah boleh mendorong mereka untuk menjadi kurang aktif, lewat perkembangan, dan tidak tahu menghargai alam sekitar. Hal ini tentu akan memberi impak yang besar apabila anak-anak meningkat dewasa. Biarkan mereka ‘explore’ dunia luar
TAK SALAH BELI MAINAN ANAK
Memang fitrah anak-anak suka bermain, tetapi bermain itu sendiri bukanlah semestinya melalui permainan yang baru dan mahal setiap masa. Jadi, tak perlulah rasa bersalah sangat jika anda mengehadkan permainan untuk mereka. Sebaliknya, lebihkan masa bersama mereka. Terbukti, memang banyak manfaat kalau kurang permainan di rumah, bukan?
Sumber: ragamanak
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Umur 2 Tahun, Anak Mengamuk Dan Merengek Normal. Faham Dulu Sebabnya Baru Mudah
Di usia anak yang mencecah dua tahun, daya analisis perkembangan mental dan fizikal anak sedang berkembang. Tidak hairanlah ketika ini anak sedang belajar melalui apa yang dia lihat dan mencontohinya.
Jika anak buat sesuatu yang diluar jangkaan, jangan cepat nak marah anak kerana mungkin setiap perbuatannya daripada apa yang dia tiru tanpa disedari ibu bapa.
Selain itu, dalam usia begini juga anak mudah menunjukkan ketidakpuasan hatinya dengan pelbagai cara sehingga boleh menyebabkan ibu bapa hilang kesabaran dan terus menaikkan suara.
Antara yang biasa anak lakukan dalam menunjukkan perasaannya bahawa ada sesuatu yang perlu dipenuhi oleh ibu bapa dan berharap akan ada yang memahaminya adalah:
MERENGEK
Bagi kanak-kanak,merengek adalah cara untuknya meluahkan kekecewaan. Ibu bapa harus tahu maksud rengekan anak. Jangan tahu marah sahaja tapi sebaiknya cuba peluk dan bertanya elok-elok apa yang dimahukannya.
Contohnya jika sebab dia merengek kerana tidak dapat apa yang dia nak, boleh berikan alasan yang jujur agar anak memahami kenapa kita dia tidaj dapat apa yang dimahukannya.
BERBOHONG
Ada beberapa alasan kenapa anak berbohong. Pertama, kerana ia belum boleh memisahkan antara dunia nyata, imaginasi dan fakta. Contohnya kalau dia merosakkan sesuatu barang mungkin takut dimarahi ibu bapa dengan spontan akan menyalahkan adik beradik lain.
SERING MARAH
Pelbagai perkara boleh mencetuskan kemarahan kanak-kanak sehingga menyebabkan kepada tantrum. Tantrum boleh berlaku dalam pelbagai keadaan seperti menjerit kuat di khalayak ramai atau memukul-mukul. Umumnya terjadi kerana anak merasa kesal dan tidak selesa, dan ini merupakan jalan mudah untuk meluahkan perasaannya.
Cara yang mudah untuk menangani masalah ini adalah ketahui puncanya. Adakah kerana lapar, bosan, atau penat. Dengan mengetahui penyebabnya, senang untuk menanganinya. Bawa anak ke tempat yang lebih tenang supaya mudah untuk mengendalikannya.
MELANGGAR ATURAN
Apabila kanak-kanak melanggar peraturan yang anda tetapkan, mungkin dia belum faham sepenuhnya. Mungkin juga dia mahu dapatkan perhatian orang sekeliling.
Paling penting jangan terus marah. Terus terang dengan anak apa yang dilakukan sebenarnya salah.Beri masa pada anak untuk memahi peraturan yang anda dah tetapkan.
Contohnya jika dia suka menyepahkan mainan dan tidak mahu kemas, ajar anak kemas dan beritahu padanya selepas bermain letak ditempat asal.Mungkin awalnya dia sukar tapi lama-kelamaan dia akan ikut.
SELALU CAKAP TIDAK
Kanak-kanak yang selalu cakap tidak mungkin dia dah tebiasa dengar arahan yang keluar dari mulut ibu ayah atau orang lain yang. Walau bagaimanapun, berkata tidak sangat normal pada kanak-kanak kecil kerana ia adalah cara untuk mengawal dirinya sendiri.
Sebagai ibu bapa jika anak selalu mengatakan ‘tidak mahu’ ‘tak nak’ anda kena tahu apa sebabnya. Tanya dalam nada gurauan supaya anak mahu bercerita.
Jika dia tetap juga memberi alasan apa salahnya anda sama-sama membantunya buat dan elakkan memberi arahan semata-mata kerana anak akan fikir yang negatif.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Suruh Anak Berhenti Waktu Menangis. Dia Pun Nak Luah Perasaan Jadi Biarkan
Biasanya apabila anak-anak menangis, kita akan minta mereka berhenti dan jangan buat bising. Sebenarnya anak menangis itu normal, ia salah satu tanda mereka menzahirkan emosi yang terpendam.
Benarkan anak-anak menangis, tetapi usahlah dibiarkan mereka bersendirian. Menangis itu salah satu bentuk komunikasi, jangan sesekali dihalang proses itu berlaku.
Ikuti penerangan dari Nurul Sheriena Musa ini.
BAHAYA BILA TIDAK BENARKAN ANAK MENANGIS
MENANGIS JE PANDAI!
Bijak lah tu Anak itu Menangis.
Sebab Menangis itu Perlu.
Tapi itulah masih ramai tidak faham keperluan menangis itu dan risau sungguh jika Anak Menangis
“Kenapa dia Nangis?”
“Selalu dia tidak macam itu”
“Lah Nangis lagi ke?”
Sebenarnya tidak salah bertanya.
Yang SALAH bila tidak benarkan Proses Menangis berlaku.
BIAR itu maksudnya bermaksud BENARKAN bukan semata mata tinggalkan Anak.
Bukannya kita tidak pandai jaga anak dengan biarkan dia menangis.
Menangis itu Perlu.
Jadi jom kita betulkan Salah Faham ini.
Sedarkah Kita MENANGIS adalah satu bentuk Komunikasi?
Jika anda RASA sedih ke, marah ke ada ke kita dewasa tidak menangis?
Kalau kita boleh menangis kenapa Anak tidak boleh pula ya?
Dan kalau kita tidak menangis kita SIMPAN dan Pendam apa jadi?
Artikel Lain: [Salah Sikit Mengamuk! Jangan Marah, Anak Buat Hal Sebab Tak Cukup Tidur]
INI ANTARA SALAH TIDAK BENARKAN ANAK MENANGIS
ANAK mudah Shut down tapi dia akan Pendam semua perasaan.
Bila dia ada isu di masa hadapan contoh ada orang Sentuh dia Cara Tidak sihat terus dia Shut down tidak beritahu Ibu Ayah
Jadi benda Happy atau Buruk semua dia tidak mahu kongsikan dengan Anak.
Padahnya bila anak cari Orang Lain luah emosi. Kalau orang itu baik niatnya tidak mengapa.
Yang perlu risau bila Niat tidak berapa nak baik.
ANAK lagi mudah Tantrum bila dia tidak dibenarkan Menangis.
Sudah lah kena pendam lepas itu tiada Ruang luah emosi dia.
Sampai satu Masa dia tidak boleh Tahan meletus juga api kemarahan dia itu.
Bila sudah meletus Ibu Ayah akan lebih mudah ikut Cakap Anak. Dan Anak pula akan dominasi Ibu Ayah.
Mula pula Fasa ‘Anak is the King’. Masa ini isu lain pula timbul.
ANAK tidak mudah percaya orang dan sukar kawal emosi diri
Bila emosi dia tidak diraikan. Dia juga tidak tahu mana perlu dia tunjukkan emosi dia.
Dia Sedih nak buat apa?
Dia Marah nak buat apa?
Dengan Anak kita perlu beri ruang dan tunjuk dia cara kendali emosi.
Anak Nangis Respon segera Anak Mudah faham kawal emosi sendiri
Begitulah kitarannya
IBU AYAH perlu Faham yang Menangis adalah Satu Proses Belajar untuk Anak anak
Memang perlu kita benarkan Anak menangis terutama bila anak di awal Fasa Perkembangan iaitu 0 ke 3 bulan Pertama.
Kerana tangisan masih dalam bentuk REFLEK di usia ini.
Masa ini Anak Menangis kerana ada KEPERLUAN penting badan dia perlukan seperti Lapar, Tidak selesa dan bukannya suka suka
JADI ini adalah Komunikasi. Anak bukan ada Perkataan lain untuk dia beritahu Ibu Ayah pada Fasa ini.
Pada usia 4 Bulan anak mula develop Sense of Authority. Jadi dia bereksperimen dengan Menangis.
Masa ini Perkembangan Visual dia juga lebih Jelas dia lihat Muka Ibu Ayah. Jadi dia sukalah tengok Muka Ibu Ayah.
Nak Tengok perlu lah dia komunikasi kan. Jadi dia Nangis. Salah satu sebabnya selain sebab-sebab lain.
Tapi Masa ini Otak dia belum fully develop jadi dia tidak lah faham konsep Waiting atau Sabar itu Perlu.
Dia akan belajar konsep Tengok apa Respon Ibu atau Ayah saya bila menangis.
Yes anak seawal 4 bulan sudah eksperimen ya.
Ini bertepatan dengan Piaget Theory yang banyak saya terangkan sebelum ini.
Pada usia 5 ke 7 bulan Anak mula eksperimen konsep jarak & ruang.
Anak mula sedar Ibu Atau Ayah boleh ambil masa lama bila dia akan menangis.
Anak mula eksperimen jika Ibu Ayah Jauh akan ambil masa.
Masa ini memang mencabar sebab itu bila kita nak ke tandas pun anak punya jerit lain macam.
Nak Angkat Punggung masa ini juga sangatlah perlu berhati hati kan?
Jadi untuk Anak yang kemampuan Mobile dia terbatas maka dia Menangis dan meraung.
Mulalah Anak ada Fasa Separation Anxiety.
Anak mula sedar yang ibunya boleh pergi jauh dan laju darinya. Sedangkan dia tak mampu buat apa-apa untuk ‘kejar’ mak. Ini adalah Separation Anxiety.
Dan ini adalah NORMAL. Separation anxiety kekal selama lamanya ya dan sangat memuncak ketika fasa 5 ke 7 bulan ini sebab dia mula kenal Siapa Primary Caregiver dia.
Bila anak masuk usia 7 ke 9 bulan fasa Anak lebih Panjang Akal.
Dia akan Belajar lebih mendalam tentang Manipulasi dan Bereksperimen dengan semua benda di sekeliling dia.
Bila Merangkak ke Tangga Apa Respon Ibu Ayah?
Bila Dia Menjerit Apa Respon Ibu Ayah?
Dia menangis berapa lama Ibu Ayah akan datang kepada dia sebagai Penyelamat keadaan untuk ajar dia Tenangkan diri.
Ha begitulah
Ibu Ayah Dapat Sesuatu?
Keperluan Menangis itu sudah jelas ke?
Jadi perlu buat apa ya?
Artikel Lain: [Jangan Paksa Anak Berjalan Sebab Anak Orang Lain Seusia Dah Boleh Berjalan, Sabarlah]
KUNCI untuk benarkan anak Menangis adalah:
1. Kekal Tenang Ibu Ayah.
Pause bila rasa Anak menangis itu buat anda Gelabah.
Pause dulu. Seek for Help. Self Care anda dulu Ibu Ayah.
2. Tegas dan Penyayang
Yes perlu ada Dua dua. Tapi perlu Tahu bagaimana untuk terus kekal Sayang dan Tegas.
Perlu ada Sempadan juga untuk anak. Jadi perlu Tegas.
Perlu Tunjuk pada Anak cara luah emosi. Jadi perlu Sayang.
Dan ini Perlu ada Masa.
3. Belajar cara Tenang dan Pujuk Anak
Bukan Mengikut sahaja Anak ya. Perlu belajar.
Gali lah Ilmu supaya kita sama sama belajar.
Jangan rasa Rugi belajar Ilmu Parenting. Sebab Nak Jadi Doktor pun perlu masuk Universiti.
Nak Jadi Ibu Ayah. Perlu rajin Belajar juga
Saya juga masih belajar. Jadi saya kongsikan dengan Anda
Mahu Belajar lebih lagi?
Jemput #share post ini agar lebih ramai belajar sama sama kita.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI