Ozlynn yang juga isteri kepada pelawak, pengacara dan penyampai Radio Era terkenal, Johan memuat naik gambar gelagat suaminya di hari raya dengan anak tersayang, Chantiq di Instagram.

Bila baca kapsyen yang ditulis memang betul dan sama sangat sikap sebenar ibu ayah pada semua anak bila hari raya.

Bila sudah bergelar ibu ayah, hari raya automatik perhatian tertumpu pada anak-anak. Ragam anak-anak kecil memang akan menjadikan suasana hari raya ibu ayah bertambah meriah dan penuh kenangan.

“Bila Anak Jenis Melekat Dengan Bapak, Lupakan Sampin, Butang Baju Melayu,” Ozlynn Dedah Dunia Sebenar Abah-Abah

Bila ada anak kecil, ibu dan ayah jangan harap boleh bergaya dan maintain cantik atau hensem dengan pakaian raya sepanjang hari.

Ragam mereka kadangkala menyebabkan ibu ayah terpaksa melupakan segala keinginan untuk melaram dan bergaya apatah lagi kalau anak jenis yang asyik nak melekat sahaja.

IKLAN

Ko pakai la ensem mcm mane pon pagi raya.. tp kalau ko sejenis bapak2 yg prihatin pasal anak.. n anak plak jenis yg nak melekat jek ngan bapak.. so lupakan sampin.. lupakan “ butang baju melayu aku mane pahhhh?…” haaaaaaa jagaaaaaa.. anak ko yg lain maneeeeeeeeee??? Sorg dok berlari, sorg dok bukak wallet kuarkan duit dr sampul, sorg dok melantak… haiissshhh.. yg mak2 slalu mcm mane???.. mcm aku slalu dok usha n tanya… haa.. angpow u mane?? ?.. nampak nauuu mama korg mata duitan?????

Ramai Netizen Setuju!

IKLAN

“Bila Anak Jenis Melekat Dengan Bapak, Lupakan Sampin, Butang Baju Melayu,” Ozlynn Dedah Dunia Sebenar Abah-Abah

Ternyata apa yang dialami oleh pasangan selebriti popular Ozlynn dan Johan sama sahaja seperti ibu bapa lain yang ada anak kecil.

Ramai yang memberikan komen setuju bila ada anak kecil selain meriah suasana hari raya, mereka juga akan jadi ‘huru-hara’ dengan ragam si kecil.  “Bila Anak Jenis Melekat Dengan Bapak, Lupakan Sampin, Butang Baju Melayu,” Ozlynn Dedah Dunia Sebenar Abah-Abah

IKLAN

“Bila Anak Jenis Melekat Dengan Bapak, Lupakan Sampin, Butang Baju Melayu,” Ozlynn Dedah Dunia Sebenar Abah-Abah

Apa pun bila masing-masing dah besar, semua akan jadi kenangan paling berharga. Betul tak?

Sumber: Instagram jozlynnhanania

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI