Sebagai ibu bapa pastinya kita akan bimbang apabila melihat kesihatan anak terganggu. Ia termasuk Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD). Memang ia sering menyerang kanak-kanak bawah 10 tahun. Penyakit ini akan mengakibatkan  ada  lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa dalam tempoh lima  hingga tujuh hari. Dalam tempoh itu tentu anak tidak selesa apabila dijangkiti penyakit ini. Selain mendapatkan nasihat doktor untuk rawatan selanjutnya. Boleh juga mencuba alternatif lain untuk meredakan penyakit ini. Boleh cuba perkongsian ibu ini, Sharifah Nurul Shahida

“Saya saya nak kongsi petua yang jiran India saya bagi ni. Ibu-ibu boleh amalkan ye jika nak anak cepat sembuh kita juga kena yakin semuanya atas keizinan ALLAH SWT.

Tip 1- Askrim perasa vanilla

Saya bagi anak saya makan aiskrim vanila. Ais krim ini nak bagi luka dalam mulut reda. Cubalah memang berkesan.

IKLAN

Tip 2- Mandian daun semambu

Ambil sebesen air paip. Masukkan serbuk kunyit satu sudu besar.Ramaskan daun semambu ke dalam air tersebut. Letakkan air tersabut di bawah cahaya matahari antara dua hingga tiga (saya letak pukul 10.40pagi sampai pukul 1petang). Apabila  sudah agak suam. Mandikan anak guna air ini dan siram perlahan-lahan dari kaki ke kepala. Jangan bilas dengan air paip. Biarkan air kunyit dan daun sembambu ini di badan anak. Jadikan penawar.

IKLAN

Tip 3- Bedak sejuk daun semambu

IKLAN

Ramaskan daun semambu dengan bedak sejuk. Lumurkan ke tangan,kaki dan bahagian yang kena sakit ni. Jangan masukkan dalam mulut ye. Bahagian dalam mulut hanya bagi makan ais krim vanila sahaja.

Insyaallah selepas tiga hingga empat hari pasti akan hilang. Cubalah sebab saya  sendiri dah alami. Parut pun sudah tiada dibadan anak. Sangat mujarab petua ini.
Saya cuma cerita berdasarkan pengalaman. Kita hanya perlu ikhtiar dan tawakal.

Bila Anak Kena Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut, Perkongsian Ibu Ini Boleh Dicuba!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI