Bila anak makan ubat tapi masih tak elok, mesti bersebab. Haa ini memang cukup merisaukan. Sebelum nak risau, ibu bapa kena tahu mungkin ada kesilapan yang kita terlepas pandang sebelum ini. Berdasarkan perkongsian dari Facebook Tengku Wdec, sekurang-kurangnya memberi satu ilmu baru kepada ibu ayah di luar sana.
Antara perkongsiannya adalah:
Sumpah selama ni tengku tak tahu. Tengku dan suami bagi ubat dekat anak macam orang lain bagi jugak. Ambik picagari tu cucuk dalam botol ubat. Tarik. Suap kat anak. Lepas tu cucuk balik dalam botol lain. Rupanya salah.
Sampailah one day anak bongsu kami demam, batuk plus selsema. So bawak ke klinik swasta dekat bandar Dungun ni.
Masuk dalam bilik doktor. Tengku cakap anak kami no 2 ni senang sangat sakit. Selalu demam, batuk dan selsema. Tak macam si abang.
Bila doktor check katanya paru-paru Rifky ‘basah’. Memang masa tu dia bernafas bunyi macam kahak dalam. Macam asma pun ada. Then doktor terangkan kenapa jadi camtu. Dia cakap sebab susukan anak sambil tidur. Bila anak sendawa dalam posisi baring. Susu automatik akan masuk dalam paru-paru dia. Benda ni memang susah nak elak. Masalah ni akan jadi berulang-ulang sampailah anak dah besar dan pandai makan minum sendiri sambil main. Means dah bercerai susu.
Oohhhh…maka terhangguk-hangguklah kepala kami. Baru aku tahu. Rasa macam kurang ilmu masa tu.
Lepas tu tiba-tiba doktor tanya. “Biasa bagi ubat kat anak macam mana?” Suami tengku dah buat muncung panjang hala ke tengku. Sebab bab suap ubat kat anak memang keje tengku.
“Suap macam biasa la doktor. Pakai cucuk ubat tu. Celup tarik”. Doktor tu senyum. “Salah tu…..”
Macam ni caranya. Doktor terangkan kat kami satu-persatu. Lagi sekali ooooo…baru aku tahu.
Ads
Nak tahu caranya? Follow gambar ok. Senang je. Perasan tak selama ni ubat cair biasanya ade penutup transparent kat atas dia tu. Penutup tu ada gunanya. Bukan hiasan tau.
Ini cara yang doktor tu ajar ye. Setiap kali nak ambik ubat. Tuang ubat masuk dalam penutup tu dulu. Sikit-sikit atau boleh ikut nombor kat penutup tu. Lepas tu baru tarik pakai picagari.
Kalau ada yang lebih WAJIB BUANG. Jangan masukkan balik dalam botol. Dan jangan sesekali main CELUP-CELUP PICAGARI dalam botol ubat.
Contoh: celup dlm botol ubat pertama. Bagi anak. Lepas tu guna picagari yang sama tanpa basuh bersih, celup lagi botol ubat kedua.
Ni lebih kepada step untuk kebersihanlah. Kalau anak dah besar boleh bagi dalam penutup tu terus. Macam Rifky kecik lagi. Jadi tengku pakai picagari. Nanti dah pakai basuh bersih.
Ads
Doktor tu kata once u celup-celup macam tu. Ubat tu dah takde fungsi dalam badan anak. Zero. Manfaat ubat tu dah hilang. Ibarat macam bagi air gula jelah kat anak. Yang mana you dah celup tu balik nanti buang. Simpan ubat baru ni. Ubat klinik i ni kalau u buat macam i ajar tadi. Boleh tahan 9 bulan dalam peti. 9 bulan luar peti. Kecuali antibiotiklah. Sebab yang tu tempoh singkat.
Maknanya kalau nak pakai picagari pun boleh. Tapi kalau 3 ubat. Sediakan 3 picagari. 1 ubat 1 picagari. Baru tak bercampur. Kalau nak pakai 1 picagari pastikan basuh bersih sebelum celup.
Memang terkejut. Anak dah 2 baru tahu. Adoi. Tapi takpelah. Baik lewat dari tak tahu langsung kan. Alhamdulillah ilmu baru. Malam tu buat misi clearkan ubat cair anak dalam peti yang dah berzaman tu. Cehhh..takde manfaat rupanya. Buat semak je.
Tengku tak sure maybe orang lain akan bagi pendapat berbeza. Ini ilmu yg kami dapat beberapa minggu lepas.
Ads
So sekarang dah tahu kan? Tepuk dahi ke idok?? Sesamalah kite ye. Tunggu ape lagi. Yang mana ubat dah berpuluh kali celup dalam peti korang tu boleh ler buang. Kesian kat anak.
P/s : please..sebelum komen baca dulu sampai betul2 faham. Jangan sensitif sangat. Point kat sini ialah tengku share cara yang seorang doktor berpengalaman kongsi dengan tengku. Jadi kalau korang lebih suka cara lain silakan.
Nak celup pakai picagari je. Lepas tu basuh bersih then celup lagi. BOLEH.
Nak tuang dalam penutup tu lepas tu bagi macam tu je. Tak payah pakai picagari. BOLEH.
Nak pakai 1 ubat 1 picagari. BOLEH.
Terpulang…..asalkan ubat tak bercampur dengan benda asing.
Gambar ubat antibiotik tu contoh sahaja. Sebab gambar tu je yang sempat ambik. Diulangi CONTOH. Kalau tak letak gambar nanti ade yang tak faham. Take note ye. Ubat antibiotik kena habiskan. Jadi boleh ambik pakai picagari terus. Sebab nak elakkan dari membazir. Nanti tak berkesan kat anak.
Pasal jangka hayat ubat tu. Itu yang doktor tu bagitau. Ada yang cakap tak betul. Wallahhua’lam. Mungkin lain pengeluar dan jenis ubat lain tempoh hayatnya. Boleh refer mereka yang pakar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masuk sahaja bulan Merdeka, ramai mak-mak mula tercari-cari pelbagai idea kreatif. Bukan sahaja untuk mempersiapkan anak dengan tema Merdeka bahkan tak kurang juga hasil kreatif mewarna tema merdeka.
Macam mana nak melukis 14 bucu bintang pada bendera Malaysia dengan cara paling pantas? Jangan bimbang! Ada cara mudah tau nak dapatkan bintang 14 bucu yang sama saiz dan bentuknya cantik seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok bernama @herbbymall.
“Zaman sekolah dulu, korang lukis bintang ni ada rupa bintang tak? Ke tak jadi, serupa tahi bintang?,” tulis muat naik perkongsian tersebut.
Barang-barang yang diperlukan untuk melukis bintang tersebut sangatlah mudah. Antara barang utama yang digunakan adalah selotaip sebagai pengukur utama selain pensel, pembaris dan pemadam.
Lukis bulatan besar sebagai tanda panduan untuk diameter luar bintang yang akan dilukis nanti.
Kemudian lukis bulatan kecil menggunakan sellotape kecil atau penutup botol yang disediakan sebelum melukis tadi. Hasil lukisan dua bentuk bulatan tadi akan menghasilkan bentuk seperti donut.
Langkah seterusnya, buat garisan lurus di tengah-tengah bulatan serta tandakan X di tengah-tengah bulatan.
Kini anda boleh garis buat segi tiga bucu bintang di bulatan tengah yang kecil tadi sebagai penanda awal.
Selepas sudah dapat dua bucu, tambahkan enam lagi bucu di setiap sisi bulatan yang masih kosong. Enam bucu sebelah kiri dan enam bucu di sebelah kanan.
Pastikan setiap kali tanda bucu garisan, anda ikut titik pusat di tengah- tengah bulatan tersebut. Proses itu dibuat supaya bila sedang lukis, anda akan dapat bucu yang seimbang kiri dan kanan.
Selepas dapat titik yang ditanda sebagai bucu, anda boleh mula buat garisan segi tiga untuk setiap bucu. Cantumkan garisan di setiap bucu sehingga dapat bilangan 14 bucu seperti pada bendera Malaysia.
Apabila bintang sudah siap, kini anda boleh padam tanda-tanda yang dibuat bagi memudahkan proses melukis bintang tersebut.
Untuk buat bulan pula, anda juga boleh menggunakan sellotape besar tadi. Hanya perlu lukis separuh daripada sellotape besar tadi, ikuti langkah berkenaan sebanyak dua kali.
Musim minyak masak tengah mahal ini apa kata kita jimatkan minyak selagi boleh. Usahakan untuk memasak menu yang ringkas tanpa menggunakan minyak. Namun salah satu cara jimat minyak pastinya menggoreng menggunakan air fryer.
Ada yang kata kering? Apa kata gunakan tip ini untuk pastikan menggoreng guna air fryer jadi sama macam menggoreng seperti biasa.
Tip jimat minyak guna air fryer yang dikongsikan oleh Lia Suriati ini simple. Wajib cuba!
Nak menggoreng tapi nak jimat minyak. Rahsia dia pakai air fryer jeeerr. Tapi ada yang kata tak suka nanti tekstur dia too dry. Jadi kerass kering tak best. Goreng dalam kuali jugak best.
Okey Lia share tips macam mana. Korang boleh menggoreng pakai air fryer. Boleh jimat minyak tapi hasil sama macam goreng dalam kuali.
Caranya korang letak sikit minyak. Lepas tu gaul-gaulkan pada bahan yang korang nak goreng tu. Dalam post ni lia tunjuk goreng bilis. So gaul minyak tu dekat bilis. Lia masukkan dalam bekas stainless steel takut mencair pulak dalam air fryer tu, nak letak gitu aje ghisaauu basket dia ada lubang-lubang kang jatuh ke bawah.
Pakai 1-2 sudu minyak pon dah cukup. Gaul rata-rata lepas tu on la air fryer macam biasa
Berapa minit bergantung pada kuantiti bilis tu. Nak pastikan bilis masak sekata. Korang bukak la air fryer tu check.
Balik-balik kan la bilis tu pakai garpu pastu masuk balik. Goreng lagi sampai dapat tahap kegaringan yang korang nak.
Lepas tu siaaaapppp!
Haaaa tips ni boleh diguna pakai jugak kalau nak goreng ayam dan ikan. Musim sekarang ni minyak masak mahal
Anak-anak kecil kita memang susah sangat nak bangun pagi. Selalu bila kena kejut awal pagi kalau tak nangis, tantrum, muka muncung itu perkara biasa. Ada je yang senang bangun tapi semuanya bersebab. Mungkin mereka ada aktiviti yang ditunggu-tunggu kat tadika pada pagi tu atau ada sukan atau majlis tertentu. Yang tu memang mereka tak sabar nak bangun. Kalau hari sekolah biasa, memang berperanglah dulu mama papa nak uruskan anak-anak di rumah.
Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh Taufiq Razif tentang rahsia nak berikan senyuman buat si kecil tersayang setiap kali bangun pagi boleh mama papa praktikkan.
3 rahsia nak buat anak tersenyum ceria bila bangun pagi
Geram betul saya tengok mimik muka bangun pagi anak bongsu saya, Aesya Soolihah ni.
Ceria semacam!
Padahal mandi tak lagi tu dan tengah mamai lagi tu tapi dia punya vibe positif tu sampai pada saya!
Rupanya ada rahsia kenapa Aesya Soolihah ni jadi ceria macam ni. Ni saya kongsi 3 rahsia macam mana nak jadikan anak kita bangun pagi dengan wajah tersenyum senyum ceria.
PERTAMA, semalam isteri saya tidurkan anak saya awal daripada kebiasaan. Sebelum tidur dia akan pastikan dulu anak mandi dalam keadaan selesa. Rupanya bukan kuantiti jam tidur je kena jaga, kualiti tidur pun sama.
Barulah anak boleh masuk ke fasa ‘deep sleep’ dengan lebih cepat dan lama.
KEDUA, saya spend banyak masa dengan anak anak semalam. Seharian duk gomol mereka sampai mereka puas. Rupanya sebelum tidur ni kita kena isi dulu tangki emosi mereka.
Kena bagi mereka rasa puas dulu. Kena peluk cium, bagi kata kata sayang dan buat aktiviti bersama mereka dulu rupanya. Pastu bila bermain dengan anak kena tinggalkan henfon tu jauh jauh. Kalau boleh campak henfon tu, campaklah pun takpe asalkan anak kita boleh rasa masa bersama kita 100% milik dia!
KETIGA, masa nampak je anak macam nak bangun tidur tu cepat cepat cium mereka. Kalau geram sangat, gomol je pipi comel mereka tu. Masam pun masamlah asal mereka rasa kita bagi 100% perhatian kita pada mereka.
Bila buat macam tu hormon bahagia Oxytocin tu akan meningkat dalam diri kita dan juga anak anak kita. Pagi pagi lagi dah dapat hormon bonding dan bahagia macam tu, anak dan ibu mana yang takkan bahagia kan?
Dah tahu ilmu ni tolong la ajar pada pasangan yang lain pula, mereka di luar sana juga berhak dapat anak anak yang bangun pagi pagi je dah jadi ceria, bahagia dan tersenyum gembira!
Taufiq Razif
Tak mampu jadi Singa bila anak pagi pagi lagi dah tersenyum ceria bak Cinderella. Cewah!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.