Ibu ayah yang nak harap anak-anak tolong kita buat kerja rumah tak perlu tunggu dia orang dah besar baru nak suruh. Banyak ibu sekarang anak 3, 4 even 5 dan 6 orang selalu rasa tertekan dan letih yang melampau.

Sebab apa? Sebabnya semua kerja rumah ibu sorang yang pikul. Baik dari sapu rumah, sidai baju, mop lantai, masak dan banyak lagilah kerjanya. Dahlah kerja rumah memang tak pernahnya selesai.

Perkongsian dari Puan Ezzaty Suffian ini memang sangat bermanfaat untuk ibu ayah tahu bahawa ajar anak buat kerja rumah dari kecil satu kelebihan.

Kerja rumah ni macam roda. Sentiasa berpusing. Sentiasa kena buat. Malangnya bila anak dah jangkau usia 8 tahun ke atas, bila kita minta tolong, dia tak mampu tolong. Taknak tolong, tak reti nak buat.

Kena ubah mindset ni. Tak perlu tunggu anak besar baru nak suruh itu ini. Mulakan pendedahan dari awal. Mulakan latihan dari awal. Seawal usia 2 tahun atau seawal usia anak yang dah mula faham arahan, tahu fungsi objek kegunaannya untuk apa.

Bila kita pergi sidai baju, minta anak ambilkan baju dalam bakul bagi kat kita. Atau bagi hanger kat anak suruh dia masukkan baju. Sambil-sambil kita sembang, ini baju fayyadh. Ini seluar adik, ini tudung ummi.

Bila Anak Nak Tolong, Suruh Pergi Main Jauh-Jauh. Sepatutnya Masa Kecil Waktu Sesuai Anak Belajar

IKLAN

Sama juga macam kerja rumah yang lain. Lipat baju, potong sayur, kemas rumah. Libatkan je anak-anak. Mula-mula memang diorang main-main. Mula-mula memang hasil kerjanya entah apa-apa, kadang menyakitkan mata.

Nanti lama-lama dia akan jadi lebih faham akan fungsi sebenar setiap kerja rumah yang dibuat. Lama-lama, hasil kerjanya makin cantik sampai boleh buatkan kita senyum puas hati.

Kalau ibu ayah perasan, start anak umur 2 tahun (atau awal lagi), dia memang dah tunjuk minat untuk libatkan diri dalam setiap aktiviti yang kita buat. Apa benda yang kita buat semua nak tiru, nak ikut, nak menyibuk.

Cuma silap kita bila kita selalu suruh dia jangan kacau kerja kita. Suruh dia pergi main jauh-jauh. Suruh dia duduk diam-diam. Padahal inilahhhh masa yang paling tepat kita nak ajar dia macam-macam.

So, lepas ni kita mulakan pendedahan dan latihan dari awal pada anak-anak untuk buat kerja rumah.

IKLAN

1) Make sure SEMUA anak mesti diajar dan didedahkan dengan kerja rumah. Tak kiralah anak lelaki atau perempuan. Anak sulung atau anak bongsu. Semua kena buat.

2) Untuk permulaan, buat tugasan rumah sama-sama dengan anak. Ini pun masa paling sesuai kita nak create bonding dengan diorang. Sampai satu tahap kita tengok dia dah mahir buat sendiri, then kita dah boleh bagi tanggungjawab tugasan tu pada dia.

3) Untuk permulaan, kalau anak suka melihat/tunggu kita buat kerja rumah, tapi takde minat nak tolong lagi atau belum sesuai masanya untuk menolong, its okay.

IKLAN

Cerita kat anak apa kerja yang kita tengah buat. Kenapa kita buat kerja tu. Ini biasanya bila kita buat aktiviti memasak, basuh pinggan.

4) Jangan lupa untuk puji anak bila dia sudi ringankan tulang tolong kita buat kerja rumah hatta tolong lipat sehelai baju sekalipun (walaupun lipatannya entah apa-apa)

Penting kita tunjuk penghargaan pada anak-anak dan inipun salah satu bentuk encouragement pada dia. So next time dia minat nak tolong kita lagi.

5) Bagi tugasan ikut kesesuaian umur anak atau ikut kemampuan dia. Janganlah umur 3 tahun kita suruh goreng ikan. Amboiiiii sangatt kan!

Jadinya lepas ni kita jangan ada rasa bersalah nak mintak anak tolong buat macam-macam. Banyak manfaat yang kita boleh bagi kat anak. Boleh ajar anak perkataan baru, boleh eratkan hubungan kita dengan anak, boleh latih HABIT yang baik pada anak. Kan best tu?

Sumber: Ezzaty Suffian

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI