Kadangkala anak sengaja ugut nak buat sesuatu yang dia tahu kita akan marah, itu tandanya dia cuma nak dapatkan perhatian dari ibu ayah. Tak perasan atau memang biasa situasi ini berlaku tanpa kita sedar ia adalah petunjuk yang anak-anak mahukan ibu ayah memberi perhatian kepadanya.

Sedar atau tidak kurangnya perhatian dari ibu ayah akan membuatkan si kecil menjadi nakal, tak duduk diam dan mengamuk tak tentu pasal. Mungkin anda beranggapan ia perkara remeh kerana ketika itu anda sedang sibuk dengan urusan kerja atau menghadap handphone. Namun disebabkan hal yang kecil dan remeh ini ia boleh memberi kesan terhadap tingkah laku dan emosi anak.

Perkongsian daripada Noor Afidah Abu Bakar, Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK) ini boleh dijadikan panduan berguna kepada semua yang bergelar ibu bapa!

“Pecahkan ni ye Mama. Pecahkan ye!”

Tumpuan kepada kerja-kerja saya terganggu apabila mendengar nada ugutan yang keluar dari mulut seorang anak kecil kepada ibunya. 
Saya menjeling ke arah datangnya suara itu. Seorang wanita duduk bersama dua orang anaknya, seorang lelaki yang berusia lingkungan 8 tahun dan seorang perempuan yang berusia lingkungan 6 tahun.

Anak perempuan masam mencuka sementara anak lelaki buat hal sendiri seakan kebosanan.

“Tengoklah abang ni Mama. Tengoklah, Dia kacau.”

IKLAN

Ibu masih khusyuk dengan telefonnya tanpa sebarang ekspresi. 
“Sekejap la, Mama nak balas ni kejap.” Si Ibu bersuara memberi respon kepada anak tanpa memandangnya.

“Nak pecahkan ni! Nak pecahkan!” Anak perempuan masih mengugut hendak pecahkah ‘tablet’ yang dipegangnya. 
“Sekejap la.” Balas ibu lembut dengan matanya melekap pada telefon. Sedikit pun tidak dijelingnya kepada anak yang mengugut.

Anak itu kelihatan kecewa kerana tiada perhatian daripada ibu.

Bila Anak Ugut Nak Buat Sesuatu Yang Anda Akan Marah, Tandanya Dia Nak Perhatian Ibu Ayah

IKLAN

“Nak kencing dalam seluar!” Ugutan anak berterusan tetapi kali ini bukan lagi tentang ‘tablet’.

“Kencing dalam seluar!” Sambil anak memegang seluarnya dan memerhatikan si ibu.
Mata ibu masih pada telefonnya. Langsung tidak terganggu seolah-olah itu perkara biasa.

Rimas saya melihat si Ibu. 
“Oh ibu, pandanglah sekejap anak itu. Sudah lama dia cuba mencuri perhatianmu. Sekejap pun jadilah. Dia hanya ingin mengadu.” Getus hati saya.

Selama hampir 20 minit anak mengugut ibu supaya memberi perhatian kepadanya. Dia ingin mengadu tentang abangnya yang mengganggu.

IKLAN

Abang kebosanan, adik diganggunya. 
Itu biasa.

Balasan ibu hanyalah “Sekejap” “Sabar” “Ibu perlu balas e-mail” 
Jeling pun tidak.
Mungkin itu juga perkara biasa dalam dunia yang serba terkejar-kejar sekarang ini.

Tetapi anak kecil mengugut untuk merosakkan harta benda dan melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya, itu luar biasa.

Anak sanggup lakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian ibubapa. Apa saja seperti anak perempuan ini. 
Perhatian yang diberikan adalah isyarat bahawa dirinya bernilai dan dihargai. Jika dirinya dirasakan tidak bernilai bagi ibu, kenapa perlu dia peduli tentang tablet atau seluar yang dikotorkan? Itu hanyalah material yang boleh diganti.

‘Attention seeking’ adalah sifat semulajadi anak-anak, tidak kiralah kecil atau remaja. 
Tingkah laku anak akan dipengaruhi oleh matlamat inginkan perhatian.

Ingatkah lagi penulisan saya tentang ‘sense of belonging?’

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Sumber: Parent Connect

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI