Mengetahui diri sedang hamil merupakan saat yang sangat menggembirakan. Namun, terdapat beberapa perubahan semasa hamil perlu diketahui agar ibu tidak terkejut dengan perubahan yang bakal dialami.

Jangan ada rasa takut kerana ia sebenarnya pengalaman terindah buat ibu hamil yang bukannya di alami oleh semua orang. Mungkin bagi setiap individu ia berbeza-beza. Jom baca apa perubahan yang berlaku untuk pengetahuan bakal ibu seperti dikongsikan oleh Aya Chalo dalam blognya.

#1: Warna Payudara Berubah

Apabila hamil, perkara terawal yang kerap dialami adalah perubahan warna di sekitar payudara yang akan menjadi lebih gelap berbanding biasa. Ini disebabkan oleh peningkatan kadar estrogen.

Ibu juga mungkin mengalami sengal-sengal atau gatal di bahagian puting atau areola kerana pembuluh darah mengembang. Payudara juga akan membesar lebih daripada biasa.

#2: Timbul Garisan Tegak Di Perut

Ketika hamil, garisan tegak berwarna gelap akan timbul di bahagian tengah perut. Gunakan losyen pelembab untuk mengurangkan garisan halus tersebut. Losyen juga bagus untuk mengelakkan atau mengurangkan kesan “stretch mark” di bahagian bawah perut ibu.

Bila Anda Disahkan Hamil, 10 Perubahan Ini Mungkin Tak DiJangka. Ini Normal Ya

#3: Kulit Kelihatan Gelap Seperti Berdaki

Terdapat ibu hamil yang akan mengalami perubahan fikizal ini. Leher, celah ketiak, paha menjadi lebih gelap seakan-akan berdaki. Perubahan ini adalah normal. Ia akan hilang selepas bersalin. Namun, selepas bersalin, ibu dinasihati agar mandi lulur agar daki-daki tersebut hilang dengan pantas.

IKLAN

#4: Rambut Lebih Tebal

Rambut akan menjadi lebih tebal dan kurang gugur di sepanjang tempoh kehamilan. Ini disebabkan oleh peningkatan kadar estrogen. Namun, selepas bersalin, rambut ini mula gugur. Tu yang rambut banyak gugur terutama bila baby dah memasuki 3-4 bulan tu.

#5: Risiko Penyakit Gigi Meningkat

Perubahan hormon menyebabkan gusi lebih terdedah kepada jangkitan dan kadangkala mulut menjadi kering. Alahan dan kerap muntah mengakibatkan gigi terdedah kepada asid perut yang boleh menyebabkan gigi terhakis dan haus. Jadi, ibu perlu meningkatkan kebersihan mulut dan gigi agar mengurangkan risiko masalah gigi dan gusi.

#6: Ubat-ubatan Menjadi Terhad

Semasa hamil, tidak semua ubat boleh diambil oleh ibu. Ibu wajib mendapat nasihat doktor sebelum mengambil mana-mana ubat.

Pengambilan ubat yang tidak dipantau boleh membahayakan bayi. Namun, ibu amat digalakkan untuk mengambil vitamin tambahan seperti asid folik, zat besi, vitamin c dan vitamin b complex.

IKLAN

#7: Berlaku Pigmentasi

Disebabkan peningkatan hormon estrogen di dalam badan ibu hamil turut memberi perubahan kepada kulit ibu. Pigmen mungkin akan lebih banyak timbul di bahagian muka. Oleh itu, jangan abaikan penggunaan pelindung sinaran uv untuk mengelakkan pigmen bertambah gelap dan kekal walaupun selepas bersalin.

Bila Anda Disahkan Hamil, 10 Perubahan Ini Mungkin Tak DiJangka. Ini Normal Ya

IKLAN

#8: Menjadi Pelupa

Ramai ibu mengeluh kerana semakin menjadi pelupa ketika hamil. Ini dinamakan momnesia ataupun pregnancy brain .Kajian menunjukkan, penurunan memori ini adalah disebabkan kurang tidur, stress dan kurangnutrisi kehamilan.

#9: Kerap Berlaku Lelehan Cecair Dari Vagina

Semasa hamil, peningkatan kadar lelehan cecair berwarna putih atau pucat melalui vagina akan kerap terjadi. Ini disebabkan oleh peningkatan hormon dan aliran darah ke vagina.

Untuk mengatasi masalah ini, ibu boleh menggunakan pantyliner untuk menjaga kebersihan. Jika cecair ini berubah warna ke kekuningan, kehijauan dan menyebabkan kegatalan, sila berjumpa doktor dengan segera kerana itu tanda berlakunya infection. Infeksi boleh membahayakan bayi.

#10: Kerap Membuang Air Kecil

Situasi ini kerap berlaku di awal kehamilan sehingga minggu ke 28. Kandungan yang semakin membesar menekan pundi kencing dan menyebabkan ibu kerap berasa ingin membuang air kecil. Ini juga berlaku disebabkan oleh peningkatan darah di dalam badan yang menyebabkan lebih banyak air dihantar ke ginjal untuk diproses.

Walau apa pun perubahan yang ibu alami, dinasihatkan ibu untuk sentiasa berbincang, mendapatkan pandangan atau nasihat daripada rakan, adik beradik atau doktor untuk memastikan bayi dilahirkan dengan sihat dan selamat.

Sumber: Aya Chalo

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI