Ibu ayah mana yang tak risau bila anak ada masalah perkembangan. Menjadi ibu ayah bukan sekadar menjaga anak sahaja tetapi perlu tahu tahap perkembangannya.

Kalau anak anda tidak mencapai tahap perkembangan yang sepatutnya mengikut umurnya, maka tolonglah lebih ‘alert’ ya.

Bawa anak berjumpa pakar untuk pemeriksaan lanjut. Tindakan awal anda boleh membantu si kecil. Cuba ambil tahu info ini seperti dikongsi oleh Puan Iffah Rashida seorang Speech and Languange Therapist.

Bila nak red flag jika anak ada masalah perkembangan adalah

Bila Ibu Ayah Perlu Risau Yang Anak Ada Masalah Perkembangan? Tolong Lebih Alert Ya!

IKLAN

Apabila anak berumur 1 tahun

  • Perkataan pertama tak muncul-muncul
  • Tidak faham arahan mudah
  • Bermain dengan cara yang tidak betul
  • Terlalu aktif sehingga tidak dapat menumpukan perhatian

Apabila berumur 2 tahun

  • Masih tiada words atau menggunakan sepatah sepatah perkataan dan tidak boleh menggabungkan 2 perkataan menjadi ayat
  • Bila bermain, masih bermain dengan cara yang salah atau pelik
  • Tidak menunjukkan minat untuk berkawan atau bermain bersama orang lain
  • Hanya faham arahan mudah bila kita guna kita punya isyarat tangan atau badan

Bila Ibu Ayah Perlu Risau Yang Anak Ada Masalah Perkembangan? Tolong Lebih Alert Ya!

IKLAN

Yes if ada tanda-tanda begini,
Yes anak perlukan bantuan
Yes perlu jumpa pakar
Yes kena tahu kenapa
Yes perlu buat intervensi dgn kosisten
Yes perlu usaha dengan konsisten

1) Ada sebab kurang stimulasi persekitaran (too much gadgets) less quality interaction

Bila Ibu Ayah Perlu Risau Yang Anak Ada Masalah Perkembangan? Tolong Lebih Alert Ya!

IKLAN

2) Masalah – masalah lain seperti
– masalah pendengaran
– lewat perkembangan keseluruhan
– hiperaktif atau kurang daya tumpuan
– autisme
– masalah kefahaman dan penghasilan bahasa
– masalah sensori.

Dan lain-lain.
#dosomethingaboutit

Sumber: Iffah Rashida

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI