Jika ada tiga anak, tiga perangai yang perlu ibu bapa hadap sehingga anak betul-betul matang dan boleh berfikir dengan logik.

Marah, pukul pun tak guna sebab anak kecil tak boleh nak faham lagi. Mungkin masa kita marah anak dengar, tapi hari berikutnya anak kembali ulang perkara sama. Tak kan la ibu bapa nak hari-hari marah kan?

Perkongsian bijak daripada Puan Sharifah Shuwaidah menghadapi perangai anak-anak sangat membantu.

Saya juga mengalami perkara yang sama ada 4 anak semuanya berlainan perangai. Setelah saya banyakkan membaca cara mendidik anak serta pergi ke bengkel kursus alhamdulillah.

Bila Nak Marah Istighfar Dan Senyum Pada Anak.  Automatik Dengan Segera Mood Berubah

1) Baju kotor rumah bersepah – puan biarkan anak habiskan main dan bila anak-anak melihat muka puan, jangan ada mimik marah, jeling atau masam, tetapi puan cuba senyum (dengan semulajadi ia akan sampai ke otak dan turun ke hati akan berbisik subhanallah Ya Rabb aku amat bersyukur kerana mempunyai zuriat yang cukup sifat, comel, mencuit hati, sihat dan aktif).

IKLAN

Pandanglah anak-anak puan seperti kain putih masih suci tiada dosa.

2) Panjat, jerit tak dengar kata – saya praktikkan pergi pada anak peluk berkata dengan perkataan lembut sangat-sangat dengan penuh kasih sayang beserta gosoklah dadanya dan terangkan pada anak apa yang kita nak anak buat.

3) Puan sungguh bertuah jika tidak bekerja kerana dapat mendidik anak ke  jalan Allah swt. Cuba puan lebihkan anak-anak semasa mereka tengah main, join aktiviti mereka dan bergurau insyallah bila anak-anak melihat ibunya pun bermain selalu puan tengoklah anak-anak akan berubah. In shaa Allah.

IKLAN

Saya kata terus terang puan, saya sampai anak-anak ajak main hujan dengan air banjir saya join dengan bermain bersama-sama anak mereka lebih menyayangi, memahami dan mendengar kata.

Akhir skali sekiranya puan betul-betul tak dapat control, puan lihatlah anak-anak seperti esok kita dah tak jumpa mereka lagi. Maaf mereka dan ingat anak-anak bukan hak kita amanah Allah s.w.t jgn sekali ingat hak kita! Beri didikan dan kasih sayang.

Bila Nak Marah Istighfar Dan Senyum Pada Anak.  Automatik Dengan Segera Mood Berubah

IKLAN

4) Setiap malam amalkan membaca selawat 3x, 3 Qul, ayat kursi dan tiup ke ubun-ubun mereka dan gosok seluruh badannya kemudian wajib bercakap ke telinganya dengan menyebut namanya dan cakaplah apa yang puan impikan pada anak.

Amalan ini saya buat hanya 3x sahaja dah nampak perubahan anak-anak subhanallah doa dan bisikan seorang ibu dengan penuh kasih sayang dan ciuman betul-betul dapat merubahkan anak tak kira umur sekiranya istiqomah.

Sekarang ni cuba puan amalkan bila nak marah je istighfar dan senyum pada anak, automatik dengan segera berubah mood kita puan. Anak memang itu fitrahnya, bila kita pukul atau marah mereka itu tiada guna kerana otaknya belum lagi boleh berfikir seperti kita.

Saya doakan puan akan berjaya mendidik anak-anak puan dengan kasih sayang serta didikan agama. Ingatlah Allah s.w.t MAHA pengasih dan Allah s.w.t amat benci kemarahan atau kekasaran. Insyaallah, semoga bermanfaat.

Sumber: Puan Sharifah Shuwaidah

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI