Mendidik anak-anak adalah perkara yang sering memeningkan kepala ibu bapa. Tidak ada seorang ibu pun yang mahukan anak-anak mereka membesar menjadi orang yang gagal dan bermasalah.

Dalam mendidik anak-anak perlu diingatkan, didikan bukan melalui paksaan tetapi teladan. Anak-anak lebih percaya dengan apa yang dilihat daripada apa yang didengar.

Bagaimanapun, apa yang dikesalkan kegagalan ibu bapa hari ini dalam mendidik anak adalah langsung tidak boleh ditegur oleh orang lain jika anak sendiri buat silap.

Perkongsian dari Puan Intan Dzulkefli boleh dijadikan peringatan buat semua ibu bapa dalam membentuk akhlak anak.

Bila Orang Tegur Sikap Anak, Mak Ayah Pula Tak Puas Hati! Ini Yang Kena PerbetulkanAdab Anak Bercakap

Petang semalam, menemankan anak solehah ke taman permainan. Kelihatan lebih kurang 10 orang anak-anak berumur 7-12 tahun bermain di situ.

Sedang menghayunkan buaian Maira sambil mendukung Insyirah. Tiba-tiba kuat suara menerjah.

“Wei babi! Tak boleh pijak pasirlah!
Jerit seorang kanak-kanak dari atas papan gelongsor.

“Bodohlah perempuan ni. Sakitlah siak!” Seorang lagi menjerit apabila kawan perempuannya berlari merempuh badannya.

Bulat mata ini mendengar perbualan sesama mereka. Rasa tidak percaya pun ada. Tidak enak telinga ini mendengar. Kelihatan tidak padan kata-kata itu keluar dari mulut kanak-kanak seusia itu.

Paling tersentuh, padahal ibubapa yang menemani turut mendengar kata-kata itu. Namun, mungkin tidak berapa jelas kerana fokus hanya pada handset di tangan.

Allahu..

IKLAN

Iya betul, kadang di rumah puas kita mengajar berkata yang baik, namun bila bercampur gaul, anak-anak ni mudah terikut.

Tak Tegur Kesilapan  

Malamnya pergi ke Tesco untuk membeli pampers anak yang tinggal berbaki dua keping.

Suami offer nak beli apa yang dihajati. Katanya sebagai balasan jaga anak. Fuh, alhamdulillah berbunga hati.

Bila Orang Tegur Sikap Anak, Mak Ayah Pula Tak Puas Hati! Ini Yang Kena Perbetulkan

Terus menolak troli berisi anak-anak solehah ke ruang pastri. Alhamdulillah lengang. Hajat nak beli donut Tesco yang sedap tu.

Alih-alih nampak seorang kanak-kanak perempuan sedang berdiri di hadapan deretan donut, selamba mencolek-colek topping donut & memasukkan ke mulutnya. Dua tiga topping ‘selamat’ dirasanya.

“Adik, jangan buat macam tu..” Spontan mulut ini menegur.

IKLAN

Wallahi, tak perasan langsung ibunya rupanya ada tidak jauh dari situ memerhati. Sangka saya, akan ditegahnya anak itu.

Namun sebaliknya pula berlaku. Bukan sahaja tidak ditegur perbuatan anaknya, sebaliknya patik pula dijelingnya.

MasyaAllah, ampun!

Saya terus menolak troli menjauhi. Cuba senyum pada si ibu, tapi si ibu mengalih pandangan ke arah lain. Dipanggilnya anak itu untuk memilih cupcakes.

Terbiarlah donut yang telah ‘disentuh’ itu begitu sahaja.

Allahu.. terus hilang selera nak ber-donut.

Salah Tetap Salah, Perbetulkan Dari Awal

Dua peristiwa ini menjadi iktibar untuk diri ini sebagai seorang ibu yang mempunyai dua amanah yang besar ini.

IKLAN

Anak-anak ibarat kain putih. Kitalah ibu bapa yang mencorakkannya. Sesuatu perbuatan jika dibiasakan akan menjadi tabiat. Tabiat yang telah sebati dalam diri akan membentuk akhlak anak-anak.

Perbuatan salah anak-anak perlu ditegur. Ya memang penat kerana sekali tegur takkan terus menjadi. Namun, tetap tugas ibubapa, hal yang salah perlu dibetulkan.

Sayang bagaimanalah kita kepada anak, yang batil tetap batil, hak tetap hak. Jangan kerana kita biarkan perbuatan salah, menyebabkan anak berfikir apa yang dilakukannya itu adalah benar.

Bila Orang Tegur Sikap Anak, Mak Ayah Pula Tak Puas Hati! Ini Yang Kena PerbetulkanImpak kepada masyarakat

Maka, apabila kemudiannya kesalahan itu ditegur orang luar termasuklah guru, jiran, mak/pak saudara, sudah tidak lagi dapat ‘diserap’. Tambahan pula jika ibubapa tetap bermatian menyokong si anak.

Saya menulis ini berpesan pada diri saya sendiri. Tugas kita sebagai ibubapa ini amat berat. Bukan sekadar bagi makan, pakai & belikan segala kehendak anak.

Bahkan yang paling penting ialah, ‘sentuhan’ tarbiyyah kita kepada anak-anak yang bakal diwaqafkan untuk masyarakat, bangsa, agama & negara.

Apakah anak kita kelak menjadi generasi yang memberi manfaat untuk agama atau sekadar menjadi beban kepada masyarakat, & tentu menjadi beban kepada kita di dunia & akhirat.

Iya, jangan lupa, segalanya akan dipersoalkan kelak di hadapan Allah.

Astaghfirullah.
Allahumma islih dzuriyyati.

Sumber: Intan Dzulkefli

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI