Jangan samakan zaman sekarang dengan zaman dulu. Bila perasan anak dah masuk umur setahun lebih tapi masih belum bercakap, ibu ayah kena cepat ambil tindakan.

Jangan hanya tunggu sahaja dan sedapkan hati sebab tengok anak pakcik sebelah rumah yang kini dah bergelar doktor pun dulunya lambat bercakap.

Puan Ruby Atika yang berpengalaman luas sebagai Speech Therapist berkongsi tip dan panduan berguna kepada ibu ayah yang mempunyai anak masih belum bercakap.

Biasanya pada umur 1 tahun 8 bulan, anak masih belum bercakap, ibubapa sudah perasan yang ada sesuatu tak kena dan mula bertindak.

Bertindak dari segi apa saja. Mungkin ajar anak cakap di rumah. Mungkin selama ni tak pernah nak beli mainan atau buku gambar-gambar, terus beli.

Mungkin juga, bertindak dengan lebih banyak membaca topik-topik berkaitan speech delay atau aktiviti nak guna untuk ajar anak.

Mungkin juga bertindak dengan mula cari appointment untuk jumpa ST.

Jadi….detect awal, anda bertindak awal. Tak kisahlah apa pun jenis tindakan anda.

IKLAN

Berbalik pada kisah ramai sangat dalam waiting list ST, maka biasanya anda hanya dapat berjumpa therapist selepas 3 bulan.

Jadi dalam tempoh itu, ajarlah anak anda di rumah. Jangan duduk saja-saja sementara tunggu appointment.

Bila Perasan Anak Umur Setahun Lebih Masih Belum Bercakap, Cepat Ambil Tindakan !

 

Ajar dia tunjuk
Ajar dia kenal objek, kenal gambar
Ajar dia sebut anggota badan
Ajar dia sebut bunyi-bunyi haiwan
Ajar dia sebut bunyi-bunyi kereta, polis, jet, keretapi

IKLAN

Ajar sendiri di rumah, sambil tunggu appointment.

Tapi ada orang yang anaknya sudah 3 tahun tidak bercakap, dah ibu bapa masih blur saja….tak tau nak bertindak ke, nak tunggu…. Masih rasa yang dulu-dulu pakcik saudara pun bercakap umur 5 tahun, sekarang dah kerja jadi doktor.

Ok, bagi saya yang dah biasa dengan lapangan ni, seawal 6-8 bulan tu, dah boleh nampak kelainan kalau 
1. dia tak toleh apabila nama dipanggil. 
2. dia tak senyum apabila diagah dan tidak peduli eye contact.

Tapi bagi doktor-doktor perubatan, mereka ada senarai MChart. Maka mana-mana budak yang gagal saringan tu, terus dirujuk ke ST. Iaitu pada umur 1 tahun 6 bulan.

Jika dia lulus MChart sekalipun, tapi masih belum ada 1st word, terus rujuk juga pada umur 1 tahun 6 bulan. Kenapa?

Sebab julat normal untuk keluar 1st word ialah 1 tahun 3 bulan. Maka jika sudah 1 tahun 6 bulan dan masih diaaaam saja, kenalah rujuk.

IKLAN

Itu kisah doktor. Bukan semua orang pergi klinik kesihatan kerajaan kan?

Ha….kat situlah yang tercicir. Maka, biasanya ibu bapa akan terus tunggu. Tapi apabila sudah masuk 1 tahun 8 bulan, masih tiada perkataan, maka di saat itulah ibubapa sendiri kena bertindak.

Ajar dia.
Budak-budak umur kecil ni, cepat dapat. Laju otaknya proses.

Dalam tempoh 2-3 bulan saja, dia boleh progress banyak.

Dengan harapan apabila umur sudah masuk 2 tahun, dia sudah ada perkataan. Bukannya eh eh uh uh ek ek saja.

Tapi kalau diikutkan, jarak dari 1 tahun 3 bulan ke 1 tahun 8 bulan tu…jauh juga. 5 bulan lamanya, ruang yang ada untuk ibubapa berfikir, adakah anaknya terlewat?

Sumber: Ruby Atika

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI