Bila perut ibu mengandung makin besar, waktu malam makin susah nak tidur lena. Selain tak selesa, ibu juga akan semakin kerap bangun ke tandas buang air kecil.

Rasa mengantuk sangat tetapi tidak boleh tidur. Kejap-kejap mengiring ke kiri, kemudian ke kanan, lepas tu rasa nak terkencing pula. Belum lagi rasa pedih ulu hati dan susah nak tidur sebab bayi dalam perut aktif bergerak.

Semua rasa tidak selesa ini akan dialami oleh ibu mengandung terutamanya apabila semakin dekat dengan hari hendak bersalin.

Bila kurang tidur waktu malam, ibu akan mudah rasa keletihan dan kurang bermaya pada waktu siang. Keadaan ini tak bagus untuk kesihatan ibu di akhir kehamilan dan persediaan untuk melahirkan bayi nanti.

Bila Perut Ibu Mengandung Makin Membesar Ini Cara Tidur Lebih Lena Waktu Malam
Susah tidur memang biasa waktu akhir kehamilan

Apa Yang Perlu Ibu Lakukan?

  1. Elakkan tidur siang supaya anda senang untuk melelapkan mata pada waktu malam.

2. Cuba masuk tidur lebih awal dari biasa dan elakkan tidur melebihi waktu kebiasaan.

IKLAN

3. Pastikan anda terhidrat untuk mengelakkan kekejangan otot.

4. Berhenti mengambil cecair beberapa jam sebelum tidur untuk mengurangkan kekerapan ke tandas waktu tidur.

IKLAN

5. Senaman secara berkala sekurang-kurangnya tiga kali seminggu membantu anda nyenyak pada malam hari. Senaman ringan seperti pilates, berjalan kaki, berenang selama 30 minit sehari akan meningkatkan aliran oksigen yang membuatkan anda tenang dan mudah tidur.

6. Jauhkan gajet seperti tablet, TV atau telefon pintar daripada anda sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu tidur kerana ia boleh melambatkan penghasilan melatonin yang membantu anda tidur.

Bila Perut Ibu Mengandung Makin Membesar Ini Cara Tidur Lebih Lena Waktu Malam
Tidur mengiring lebih selesa

7. Tidur dalam posisi mengiring sama ada ke kiri atau ke kanan. Anda tidak digalakkan untuk tidur terlentang semasa hamil, tentunya tidak selesa dan menyebabkan sakit belakang. Ia juga tidak digalakkan kerana boleh menekan vena kava yang menyalurkan oksigen dan nutrien kepada bayi di dalam kandungan.

IKLAN

8. Bagi ibu hamil, anda perlukan banyak bantal untuk memberikan sokongan pada bahagian belakang dan perut. Bantal kehamilan berbentuk ‘C’ adalah opsyen terbaik.

9. Suhu badan yang tinggi menyebabkan anda mudah berpeluh dan panas. Pastikan bilik tidur mempunyai sistem pengudaraan yang baik seperti membuka tingkap atau kipas angin.

10. Elakkan mengambil makanan yang pedas semasa makan malam kerana ia boleh menyebabkan pedih ulu hati.

Diharap selepas mencuba tip-tip berikut ia dapat membantu ibu mengandung mendapatkan tidur lena dan berkualiti pada waktu malam.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI