Ayah dan anak elok ada bonding time sama-sama. Ia bukan saja-saja bawa anak jalan-jalan di mall pada hujung minggu. Tahu tak kenapa bonding time ayah dan anak tu penting?

Dah banyak kajian dan penyelidikan yang dilakukan oleh pakar-pakar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan perkembangan anak mengakui betapa pentingnya pengaruh bonding ayah dan anak terhadap tumbesaran positif anak.

Kalau dah terlupa tentang hal tersebut, ada baiknya kita semak balik dan baca perkongsian daripada ayah ini. Semoga tulisan dari Shahrizal Redwan ini membuka mata ayah-ayah semua yang mungkin selama ini kurang bonding time dengan anak.

Daddy-daddy…

Banyak kajian dah dibuat, bila dunia anak banyak dipengaruhi oleh ‘bonding’ dari si ayah,

Mereka akan lebih tahu menjaga diri sendiri.

3 tahun pertama, bila si ayah dilihat sebagai orang yang rapat padanya (si anak),

Mereka akan,

+ Lebih mudah bersosial.

IKLAN

+ Ada self confidence, jika tidak pandai (atau gagal buat sesuatu) akan anggap ia bukan satu kesalahan.

+ Kurang agresif, tidak terlalu sensitif dan tahu apa goal, dan fokus kepada mencapai goal dengan cara yang yang baik.

Bukanlah maksud bonding itu dengan bawa anak pergi jalan ke Aeon, beli barang mainan, atau menghantar mereka ke sekolah setiap hari dan kata, “Belajar rajin-rajin.”

Tapi semua aktiviti yang anak kita berulang-ulang buat.

Seperti :

Bonding Ayah Dan Anak Bukan Saja-Saja Tapi Penting Untuk Anak Jadi Orang Hebat

+ Tonton tv sama-sama. Tanyalah soalan kalau karakter kartun tu ke. Atau bagi pendapat kita kartun itu (lawak ke) dan tanyalah pendapat anak pula.

IKLAN

+ Makan malam sama-sama, cubitkan lauk. Tuangkan air minum sambil tanyalah hari mereka. “Suka papa dengar!” Bagilah emosi teruja. Bukan fokus mencari salah sehingga anak rasakan kebaikan atau pencapaiannya, bukanlah satu priority buat kita (papanya).

+ Masa mereka main game pada ipad. “Bagi papa main pula. Lihat. Siapa score lebih banyak!” Ada masa bagilah mereka menang. Puji kecekapan tangan mereka bermain ipad.

+ Makan keropok lekor dalam kereta. Sambil tu cerita zaman kecil-kecil kita, dulu-dulu masa petang-petang makan apa. Opah, Atuk selalu cerita apa…

+ Main bola tangkap-tangkap dalam rumah/taman, atau main tembak-tembak macam askar. Buat kubu. Bantu anak buat kubu. Tak apa semak sikit rumah. Lepas main sama-sama kemas.

Itulah antara contoh bila kita bersama anak-anak, kita sebenarnya hadir dalam dunia anak-anak.

IKLAN

Masa memanglah setiap hari hanya 24 jam.

Tapi bagi anak, mereka tidak sesekali meminta 24 jam itu hanya untuk mereka.

Cukuplah buat mereka bersama daddy-nya, sehingga berkata,

“Sukalah main dengan Papa!”

Kata-kata itulah yang akan kita kenang, yang akan kita ceritakan kepada cucu-cucu pula.

Kalau…. Allah panjangkan usia.

Shahrizal Redwan
Kuala Kangsar.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI