Mesti seronok kalau dapat buat aktiviti dengan anak. Apa kata kita cuba buat playdoh atau tanah liat? Macam-macam cara nak buat playdoh yang dikongsikan di internet. Kalau nak ikutkan, tentulah yang homemade ini lebih murah dan selamat, lebih-lebih lagi kalau ada bayi yang suka masukkan benda dalam mulut.

Buat DIY Playdoh Homemade Untuk Anak Hanya Guna Bahan Di Dapur. Mudah Dan Selamat!

Tapi biasalah, bila dah banyak olahan, makin banyak versi. Ada yang hanya guna bahan di dapur sahaja dan mudah penyediaannya. Kali ini dikongsikan cara buat playdoh homemade dari Puan Yatie Eimra.

Buat DIY Playdoh Homemade Untuk Anak Hanya Guna Bahan Di Dapur. Mudah Dan Selamat!

Saya pernah cuba beberapa resipi playdoh, tapi setakat ni, ni yang paling saya suka sebab guna bahan-bahan basic kat dapur. Yang bagusnya playdoh ni tak perlu simpan dalam bekas kedap udara atau dalam fridge pun masih lembut.

Cuma perlu elakkan kena cahaya matahari direct (contohnya simpan dekat dengan tingkap dan sebagainya). Kalau boleh elakkan juga playdoh terbiar semalaman lepas anak main tu untuk elak playdoh cepat kering dan berderai..

Setakat 4-5 jam terbiar dan kena udara tu ok jer lagi. Kalau kering sikit dan susah nak bentuk, boleh je uli balik dan tambah beberapa titik air/minyak sebelum anak main. Jom tengok resipi dan cara-caranya.

Buat DIY Playdoh Homemade Untuk Anak Hanya Guna Bahan Di Dapur. Mudah Dan Selamat!

IKLAN

Bahan-bahan:

½ cawan tepung gandum

1 sudu makan garam

30 ml air panas

3 sudu makan cuka

IKLAN

1 sudu kecil minyak (apa-apa jenis minyak pun boleh)

Sedikit pewarna

Buat DIY Playdoh Homemade Untuk Anak Hanya Guna Bahan Di Dapur. Mudah Dan Selamat!
Larutkan garam dalam air panas.

Ada 2 cara yang mak-mak boleh guna untuk buat playdoh ni. Ikutlah nak guna cara mana yang korang suka.

Buat DIY Playdoh Homemade Untuk Anak Hanya Guna Bahan Di Dapur. Mudah Dan Selamat!
Campurkan cuka, pewarna & minyak. Saya gunakan minyak bayi sebab jadikan playdoh berbau wangi. Tapi lama-lama baunya akan hilang jugak

Cara #1:

IKLAN
  1. Campurkan semua bahan-bahan kecuali pewarna.
  2. Gaul sebati dengan berhati-hati sebab adunan agak panas.
  3. Asingkan doh kepada 2 bahagian jika ingin gunakan 2 warna berbeza. Tambah pewarna.
  4. Uli sebati hingga doh tak melekat. Jika adunan agak lembik, tabur sikit lagi tepung dalam bekas jika perlu.
Buat DIY Playdoh Homemade Untuk Anak Hanya Guna Bahan Di Dapur. Mudah Dan Selamat!
Gaul sebati. Tabur sikit lagi tepung jika adunan lembik. (lebih banyak pewarna cecair yang digunakan, adunan jadi lebih lembik)

Nota kaki**

Cara #1 ni agak messy & sebabkan tangan terkena pewarna. Mulakan dengan warna yang cerah dulu, jika tak nak warna bercampur (sebab kat tapak tangan melekat warna yang sebelumnya)

Buat DIY Playdoh Homemade Untuk Anak Hanya Guna Bahan Di Dapur. Mudah Dan Selamat!
Bila guna cara #1, tangan akan comot terkena pewarna. Mulakan dengan warna yang cerah kalau tak nak warna bercampur. Cara #1 ni lebih sesuai untuk buat warna berbeza dalam kuantiti yang sikit.

Cara #2:

  1. Larutkan garam ke dalam air panas.
  2. Masukkan cuka, minyak dan pewarna dalam air panas. Kacau sebati.
  3. Tuangkan campuran air panas tadi dalam bekas berisi tepung. Gaul dengan berhati-hati sebab adunan agak panas.
Buat DIY Playdoh Homemade Untuk Anak Hanya Guna Bahan Di Dapur. Mudah Dan Selamat!
Kalau takde sangat plastic wrap, masuk je dalam plastik pembungkus macam ni & ikat ler dengan getah. Simpan kat suhu bilik jer. Boleh bertahan lebih dari 3 bulan bergantung pada cara simpan

4. Uli sebati hingga doh tak melekat. Jika adunan agak lembik, tabur sikit lagi tepung dalam bekas jika perlu.

Nota**

Saya lebih suka gunakan cara #2 ni sebab tangan tak comot. Bila doh dah suam, boleh ajak anak join uli sekali macam dak Fydh ni ha.. Tapi cara #2 ni sesuai untuk buat 1 warna je. Biasanya saya buat 2x untuk 2 warna berbeza.

Sumber: Yatie Eimra

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI