Jika nak badan sihat, kita mestilah amalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat selain dari rajin mengambil suplemen makanan sunnah. Ia bagus untuk menguatkan imun badan anak daripada mudah dijangkiti penyakit.
Memang di pasaran ada bermacam suplemen makanan sunnah boleh dibeli tapi kadangkala dengan harga yang agak mahal kita pun berkira nak beli.
Apa kata buat sendiri suplemen untuk kegunaan seisi keluarga. InsyaAllah badan sihat dan bertenaga. Pahala pun dapat sebab amalkan makanan sunnah!
Resipi buat sendiri suplemen daripada facebook Puan Siti Hanisah Azhari yang juga seorang ibu yang sedang hamil sangat bermanfaat untuk semua.
Mak buyong nak share resepi supplement makanan sunnah yang mak buyong rajin buat untuk anak-anak dan keluarga mak buyong.
Nak beli mahal sangat, so kita buat sendiri sambil kita baca surah2 dan ayat penerang hati.
1kg madu,
IKLAN
Sebotol pati kurma,
Sebotol pati delima,
Sebotol kecik minyak zaitun,
Suku botol kecik minyak habatul sauda,
IKLAN
Campurkan dalam bekas plastik, kacau sampai sebati menggunakan senduk kayu atau plastik.
Dah betul-betul sebati, masukkan dalam botol kaca atau plastik.
Minum sesudu setiap pagi dan malam,
IKLAN
Amat bagus untuk perkembangan dan antibodi anak-anak dan kita.
Ejas rasa ikut selera kita, kalau boleh jangan lebihkan minyak habatul sauda, kerana ia bersifat panas, dan anak-anak yang tak biasa agak kurang mengemari.
Tak yah dah nak beli kat luar, kita sebutkan la nama anak-anak kita seorang demi seorang berserta doa kita untuk zahir dan jiwa mereka.
Inilah rupanya apabila telah siap dibuat.
Jadi selepas ini boleh buat sendiri supplemen ini di rumah. Bahan-bahannya juga mudah didapati dan paling penting 100 peratus halal. Selain boleh disimpan untuk stok, boleh juga dikongsi bersama anak-anak buah yang datangke rumah.
Sumber: Facebook Siti Hanisah Azhari
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jangan ingat orang dewasa sahaja yang mengalami masalah tidur malam, kanak-kanak pun tidak terkecuali juga. Aduh, ibu bapa susah hati fikirkan langkah mengatasi keadaan tersebut?
Masalah tidur malam dalam kalangan kanak-kanak
Umumnya, terdapat beberapa keadaan yang melibatkan masalah tidur malam kanak-kanak. Ia boleh diatasi dengan melakukan penyesuaian rutin waktu tidur mereka.
Walau bagaimanapun, terdapat juga gangguan tidur yang memerlukan perhatian khusus serta rawatan profesional. Ini bagi mengetahui langkah mengatasi masalah yang dialami. .
Langkah mengatasi masalah tidur malam anak
Berikut disenaraikan 6 masalah tidur malam yang sering dialami kanak-kanak serta langkah mengatasi untuk dicuba.
Antara masalah tidur anak adalah:
Insomnia
Biasanya kanak-kanak boleh melelapkan mata dalam tempoh 20 minit setelah berada di tempat tidur.
Tetapi ada juga anak yang kerap mengalami masalah untuk tidur, kekal tidur atau sukar untuk melelapkan mata kembali setelah terjaga. Jika ia kerap berlaku,anak anda mungkin mengalami insomnia.
Ia bukan masalah serius. Namun, keadaan itu boleh mengakibatkan anak letih dan mudah terganggu emosi keesokan harinya.
Langkah mengatasi gangguan ini adalah dengan mengikuti rutin tidur yang baik selama 2 minggu. Ia merangkumi waktu tidur dan bangun yang teratur. Bagi anak yang lebih dewasa, elakkan mereka daripada tidur siang.
Hindari daripada memberikan makanan atau minuman yang mengandungi kafein kepada anak.
Adakalanya masalah tidur malam insomnia ini boleh jadi gejala kemurungan, gangguan kegelisahan atau hiperaktif.
Tidur berjalan
Keadaan ini biasa berlaku pada kanak-kanak berusia 2 tahun sehingga awal remaja.
Ia dipercayai berlaku jika anak terlalu letih, mempunyai suhu badan tinggi atau berasa tertekan mahupun gelisah.
Individu yang tidur berjalan biasanya:
Mempunyai pandangan kosong
Sukar untuk bangun pagi
Tidak mendengar atau melihat sesiapa
Tidak ingat apa yang berlaku pada keesokan harinya
Mungkin keliru dengan apa yang berlaku apabila terjaga
Tiada sebab jelas mengapa anak anda tidur berjalan.
Namun berkemungkinan besar kerana mereka terlalu letih, mengalami suhu badan yang tinggi mahupun berada dalam keadaan gelisah dan tertekan.
Mimpi yang menakutkan
Anak yang mengalami mimpi buruk biasanya akan bangun selepas beberapa jam pertama tidur dan menjerit mahupun memanggil ibu bapanya.
Keadaan ini sering berlangsung untuk tempoh beberapa minit dan adakalanya melangkau sehingga 30 minit atau lebih.
Sekiranya anak mengalami mimpi yang menakutkan, ibu bapa sila lakukan perkara ini:
Jangan kejutkan mereka semasa mimpi itu terjadi
Kekal bertenang dan bersama anak. Tunggu sehingga anak terjaga
Pastinya ia akan mendatangkan kerisauan pada ibu bapa, kan? Tetapi masalah tidur malam dialami anak ini tidak berbahaya dan merupakan sebahagian daripada fasa tidur yang normal.
Tidur apnea
Kanak-kanak yang mengalami tidur apnea biasanya akan tidur berdengkur dan berhenti bernafas selama beberapa saat ketika melelapkan mata – sekali gus memberi isyarat kepada otak untuk membangunkan mereka.
Kekerapan tidak bernafas diikuti dengan terjaga daripada tidur pada waktu malam, biasanya cenderung membuat anak akan letih dan tantrum pada siang harinya.
Punca berlakunya tidur apnea pada anak adalah tonsil atau adenoid membesar dan membengkak.
Hipersomnia
Merupakan keadaan di mana anak akan tidur lebih banyak daripada biasa pada usia mereka.
Seorang kanak-kanak dengan hipersomnia akan selalu letih walaupun selepas tidur untuk tempoh yang lama, mudah meragam dan cepat marah.
Mereka juga dikatakan kurang daya tumpuan dan mempunyai ingatan yang lemah.
Jika anak anda mempunyai hipersomnia, langkah mengatasi yang boleh dicuba adalah dengan menetapkan rutin waktu tidur malam dan siang untuk beberapa hari.
Jika tiada perubahan, lakukan pemeriksaan doktor.
Mengetap gigi
Sesetengah kanak-kanak akan mengetap gigi mereka saat tidur. Dalam istilah perubatan, masalah tidur malam ini dipanggil bruxism.
Tingkah laku ini juga turut dilakukan saat mereka sedang marah, kecewa ataupun gelisah.
Umumnya, ibu bapa tidak perlu risau jika keadaan ini terjadi sekali-sekala. Tetapi jika ia kerap berlaku, keadaan tersebut boleh menjadi punca kerosakkan gigi atau rahang anak.
Atasi kondisi ini dengan mencuba untuk mengurangkan tekanan mereka. Tetapkan waktu tenang sekurang-kurangnya setengah jam sebelum tidur tanpa mengira usia anak anda.
Jika gangguan tidur malam menyebabkan kerosakan gigi anak, anda mungkin perlu mendapatkan rundingan doktor gigi untuk membantu mengatasinya.
Kesimpulannya
Tidur adalah keperluan mutlak untuk semua individu, terutamanya bagi anak kecil.
Mereka memerlukan tidur cukup dan berkualiti untuk tumbesaran pembelajaran untuk tumbesaran, pembelajaran dan mengekalkan fungsi tubuh pada tahap yang terbaik.
Jika anda mempunyai kebimbangan mengenai masalah tidur malam yang dialami anak, berjumpalah doktor untuk mendapatkan penyelesaian yang terbaik.
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan bayi dengan harga murah, dapatkan di SINI.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pening juga bila anak-anak asyik minta aiskrim ketika singgah di kedai atau mengisi minyak di pam minyak. Boleh kopak juga bila tiba waktu hujung bulan. Nak tolak, kesian pula anak menangis.
Elakkan hal semacam ni berlaku lagi dan lagi apa kata mama sediakan sendiri aiskrim homemade buat anak-anak. Paling menarik, katanya resipi Aiskrim Kacang Merah yang dikongsikan oleh Siti Nailah ni sedap tak terkata, sama macam kedai.
Aiskrim kacang merah nampak rumit untuk disediakan di rumah tapi sebenarnya nak menyediakannya teramatlah mudah. Sedap pulak tu. Guna tiga tepung je.
Jom cuba resipi perkongsiannya ini. Sedap tak terkata.
Aiskrim kacang merah…
Sebijik rasa mcm aiskrim potong yang kat kedai tu… Trust me.
Resepinya:
250gm kacang merah -direndam semalaman
Direbus empuk, disejukkan dan di kisar. Terpulang nak halus ke tak.
1 cwn gula
500ml air
Daun pandan
Masak hingga larut
2 sdb tpg ubi
2sdb tpg jagung
1sdb tpg gandum
Caranya:
1. Larutkan dengan sikit air lepas tu masukkan dalam air gula tadi. Teruskan kacau jangan berhenti.
2. Sambil tu masukkan 2 tin susu cair, 1/2 cawan susu pekat, sikit sirap kordial dan garam.
3. Kacau sebati…masukkan kacang merah yang dikisar tadi dan tutup api.
4. Dah suam masukkan dalam plastik aiskrim. Bekukan dan boleh di makan…
Kredit. Siti Nailah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kebanyakan mee yang ada di pasaran terlalu kuat baunya selain rasa pahit kerana kandungan bahan pengawet dan kapur terlalu banyak untuk tahan lebih lama. Jadi untuk ibu yang ingin cuba buat sendiri mee kuning, boleh cuba resipi ini.
Resipi yang dikongsikan oleh Nama Saya Siti Aisyah ini sangat mudah. Sesiapa yang nak buat mee tapi tak ada mesin untuk buat mee tu, jangan risau. Boleh buat sendiri. Mudah sangat sebab hanya guna lima bahan sahaja.
Saya selalu buat cara manual macam ni walaupun ada je mesin mee kat rumah.. Saja suka buat macam ni.
Bahan-bahan untuk mee kuning :
Tepung gandum ½ kg
Air (saya agak-agak je.. tuang sikit-sikit)
Pewarna kuning/kunyit
Telur 1 biji
Garam sikit
Campur semua bahan, uli tapi jangan lembik sangat.
Cara-cara boleh tengok gambar kat bawah:
*Mee ni boleh simpan dalam chiller antara tempoh 1 ke 2 hari sebab tak menggunakan apa-apa bahan pengawet.
*Teksturnya lembut dan sesuai untuk anak-anak. Sedap untuk digoreng atau jenis masakan berkuah.