Kalau ibu kreatif bolehlah buat sendiri mainan teddy bear untuk anak hanya guna tuala sahaja. Boleh jimat dan menarik untuk dicuba. Alat mainan adalah sebahagian daripada hidup seorang anak kecil.

Tapi dalam keadaan ekonomi yang tak menentu, mainan bukanlah barang keperluan yang mesti dibeli oleh ibu ayah. Maklum sahaja harganya boleh tahan mahal.

Mainan teddy bear antara yang digemari oleh anak kecil tak kira lelaki atau perempuan. Kadang-kala boleh terkejut melihat harga teddy bear bersaiz kecil boleh mencecah sehingga RM40 satu! Terus tak jadi beli tapi si kecil dah ‘excited’ pula.

Sebagai ibu yang penyayang dan kreatif apa kata cuba buat sendiri menggunakan tuala kecil yang ada di rumah. Ikut langkah demi langkah seperti diajar oleh Puan Yatie Eimra ini.

Kat rumah banyak tuala kecik fydh ni punye la, dapat doorgift kenduri kawen la. Dari tak guna, kita transform jadik teddy. Dah comel camni boleh buat idea doorgift/baby shower jugak.

Nak buat teddy ni tak sampai 3 minit pun & tak perlu jahit kecuali mata/hidung (boleh jugak guna glue gun je). Kalau lepas buat teddy nak guna sebagai tuala muka semula, boleh bukak je balik ikatan getah.

IKLAN
  1. Gunakan tuala muka (segi 4 tepat)

2. Lipat supaya sisi kiri berada lebih dari garisan tengah. Bentuk tuala selepas dilipat tak semestinya jadi segi 4 sama. Bergantung pada saiz & panjang tuala yang anda gunakan.
Fungsi lipatan ni selain untuk berikan ‘volume’ atau bentuk kepala teddy, ia jugak berfungsi untuk tebalkan kaki teddy supaya boleh berdiri.

3. Gulung bahagian bawah & bahagian atas hingga ke tengah. Perhatikan kedudukan jari saya ketika ini. Pegang bahagian ini dengan tangan kiri.

4. Kemudian pintal tuala ditengah-tengah seperti gambar di atas supaya bahagian kanan dalam keadaan terbalik.

IKLAN

5. Lipat 2 tuala tadi (bahagian berpintal) untuk buat kaki & tangan teddy.

6. Ikat dengan getah untuk buat bentuk kepala.

7. Buatkan 2 ikatan kecil di atas kepala untuk buat telinga.

IKLAN

8. Dah jadi teddy bear.

9. Jahit mata & hidung teddy bear. Pastikan hanya jahit lapisan kain paling atas/luar sahaja (supaya bila nak bukak balik, mata/hidung tak tercabut). Ikat reben sebagai aksesori. Siap.

Sumber: Yatie Eimra

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI