Untuk membentuk keyakinan diri kepada anak-anak, ibu ayah mesti bertanya dan menjawab pertanyaan dengan sempurna. Komunikasi ini sebegini sejak kecil penting supaya ia tidak memberi kesan kepada anak apabila memasuki alam prasekolah.

Kebetulan admin melihat aksi spontan selebriti popular ini diinstagramnya,  Fasha Sanda bersama anak-anak melakukan aktiviti riadah sambil bertanya soalan kepada anak-anaknya.

“What colour is the butterfily, adik?” Bagusnya Fasha Sanda ni, walaupun sibuk dengan shotting dan sebagainya, masa sempat ‘curi’ masa untuk  bersama-sama anak. Kadang, anak-anak tidak memberikan jawapan. Ia tidak mengapa. Namun cara ini sudah cukup sebagai latihan untuk merangsang anak untuk berfikir.

Buat Soalan Dan Jawab Pertanyaan Bentuk Keyakinan Diri Anak. Ketahui Juga Tahap Percakapan Anak Mengikut Umur
Back to nature…Fasha membawa anak-anaknya melakukan aktiviti riadah yang membantu merangsang minda

Hahaha! Pernah tak ibu ayah buat pertanyaan sebegini apabila pergi melakukan aktiviti riadah bersama anak-anak? Jangan asyik kata  ‘Ya, ‘Tidak’ atau Ok’, apabila anak-anak membuat pertanya tanpa menoleh pada anak sedangkan mata anda asyik kepada telefon bimbit, ketahuilah bahawa itu bukanlah perbualan yang menggalakkan komunikasi anak-anak. Simpan dulu telefon tu dalam poket masa melakukan aktiviti riadah bersama anak-anak.

Apa yang jelas, ibu bapa hendaklah menggalakkan kanak-kanak bercakap. Menerusi percakapan kanak-kanak menyalurkan pemikirannya. Bermakna apabila kanak-kanak bercakap itulah yang difikirkannya. Kanak-kanak tidak dapat memberi penerangan atau memperjelaskan pemikirannya sebagaimana orang dewasa. Oleh itu menggalakkan kanak-kanak meneruskan perbincangan dengan rakan semasa di taska atau tadika dapat memperkembangkan perkara yang difikirkannya.

Sekiranya kanak-kanak sedang berbincang terus diberi galakkan. Suasana perbincangan sesama kanak-kanak dapat menjana pemikiran kreatif dan keyakinan diri. Sebaliknya menyuruh kanak-kanak duduk diam dan menghalang kanak-kanak berbual atau berbincang kerana dianggap membuat bising akan menjadikan kanak-kanak pasif dan kurang keyakinan diri.

Seharusnya, jika kanak-kanak itu membuat pertanyaan jika atau kalau? Anda harus memberikan jawapan yang betul. Ia dapat membantu kanak-kanak memikirkan keputusan atau hasil sesuatu perkara terhadap kesan dan akibat perubahan berlaku.

Selain itu, anda pula boleh kemukakan soalan dan beri masa kanak-kanak untuk meneka hasilnya sebelum sesuatu perkara dilakukan. Contoh:

IKLAN

“Apa yang akan berlaku kalau saya masukkan ice cream ke dalam air panas?

“Apa akan berlaku jika tidak ada matahari?”

“Apa akan berlaku jika awan hitam

Oleh itu, berbualah dengan anak-anak. Jika anda seorang yang bekerjaya, pastikan ada perbualan dan pertanyaan. Jika anda bekerjaya, jadikan waktu kesesakan jalan raya sebagai ruang untuk berkomunikasi dengan anak-anak.

IKLAN

Tahap Percakapan Mengikut Umur

Setiap kanak-kanak mempunyai tahap komunikasinya mengikut umur. Pastikan anda membuat semakan tahap anak mengikut usianya. Jadikan panduan tahap-tahap komunikasi ini sebagai panduan untuk anda berkomunikasi dengan anak-anak.

USIA 10 HINGGA 14 BULAN

Semasa kanak-kanak tatih berusia antara 10 hingga 14 bulan perkataan pertama biasa disebut ialah kata nama. Kanak-kanak peringkat ini tidak menyebut kata kerja. Antara 12 bulan hingga 18 bulan kanak-kanak tatih ini suka melihat sesuatu (atau orang), menunjuk dan kemudian menyebut satu atau dua perkataan. Kesalahan sebutan merupakan suatu kebiasaan. Dianggarkan kanak-kanak di peringkat ini menyebut dua perkataan seminggu. Perbendaharaan kata kanak-kanak tatih semakin meningkat apabila berusia 18 bulan hingga 24 bulan sebanyak 200 perkataan. Terdapat kanak-kanak tatih pada peringkat usia 18 bulan-24 bulan yang berterusan bertanya “Apa itu?” atau cuma menyebut “Tu?” Kanak-kanak ini mahukan nama objek. Terdapat orang dewasa atau ibu bapa yang merasa bosan untuk menjawab pertanyaan yang sama berkali-kali.

IKLAN

USIA 2 HINGGA 3 TAHUN

Pada peringkat usia 2 tahun hingga 3 tahun kanak-kanak sudah menguasai lebh kurang 500 perkataan. Ibu bapa dan orang dewasa dinasihatkan jangan bosan kerana kanak-kanak di peringat ini sepanjang masa suka menyoal,”Kenapa?” Layanilah persoalan yang ingin diketahui dengan memberi penerangan mudah untuk memuaskan perasaan ingin tahu kanak-kanak ini.

USIA 3 HINGGA 4 TAHUN

Kanak-kanak berusia 3 tahun hingga 4 tahun sudah mempunyai perbendaharaan kata sebanyak 800 perkataan. Kanak-kanak ini mula menggunakan perkataan “tidak” atau “tidak boleh”. Begitu juga kata arah atau kedudukan sesuatu benda seperti “atas” ataupun “dalam”. Menjelaskan tentang masa seperti “siang” dan “malam.” Apabila berusia 4 tahun hingga 5 tahun kanak-kanak dianggarkan sudah mempunyai lebih 1,500 perkataan. Pada masa ini kanak-kanak sudah boleh bercakap dengan jelas. Membina ayat menggunakan lima dan enam perkataan. Malahan mereka boleh membuat cerita.

Pada masa ini orang dewasa hendaklah berhati-hati tentang kesahihan cerita yang direka oleh kanak-kanak ini. Namun, terus galakkan kanak-kanak ini berkomunikasi dan membetulkan cerita jika tidak sesuai. Semasa kanak-kanak berumur 5 tahun hingga 7 tahun telah mengguasai lebih kurang 11,000 perkataan. Kanak-kanak pada usia ini sudah boleh menceritakan semula dan berbincang cerita yang didengar, Mereka mempunyai banyak perkataan dan terus meningkat sehingga boleh mengetahui lebih daripada 50,000 perkataan seperti orang dewasa.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI