Bukan sengaja mengada-ngada minta bayi disendawakan selepas menyusu. Ia dilakukan bersebab. Jangan sekali-kali rasa menyusahkan. Selain mama, papa boleh bantu sendawakan bayi.

Papa boleh mengambil tugas untuk menyendawakan bayi setiap kali selepas penyusuan. Selalu ingatkan ahli keluarga dan penjaga bayi supaya memastikan bayi disendawakan setiap kali sesi penyusuan.

Bukan Sengaja Atau Mengada-Ngada Minta Sendawakan Bayi, Jangan Sekali-Kali Rasa Menyusahkan. Ada 4 Sebab Penting

KENAPA IA PENTING?

Langkah untuk sendawakan si kecil ialah satu kewajipan setiap kali selepas penyusuan walau pun ia mengambil masa dan bayi susah disendawakan. Ada ibu bapa yang kurang cakna kepentingan sendawa pada bayi.

Bukan Sengaja Atau Mengada-Ngada Minta Sendawakan Bayi, Jangan Sekali-Kali Rasa Menyusahkan. Ada 4 Sebab Penting

Perlu diingatkan agar jangan culas untuk sendawakan bayi. Lazimnya bayi baru lahir akan mudah tertidur semasa menyusu. Walaupun bayi sudah tertidur selepas menyusu, langkah menyendawakannya perlu diteruskan.

IKLAN

Bukan Sengaja Atau Mengada-Ngada Minta Sendawakan Bayi, Jangan Sekali-Kali Rasa Menyusahkan. Ada 4 Sebab Penting

#1 SENDAWA BOLEH ELAK KEMBUNG PERUT

Sendawa penting untuk mengelak bayi kembung atau kolik. Ia bertujuan untuk mengeluarkan  udara yang masuk ke dalam perut bayi semasa bayi menyusu atau menangis. Sekiranya bayi tidak disendawakan, udara akan terkumpul di dalam perut dan bayi akan berasa tidak selesa.

Tindakan sendawakan bayi boleh mengurangkan risiko berlakunya kolik. Walau pun kembung perut boleh dirawat, tapi langkah mengelakkannya dari awal adalah lebih baik. Tambahan pula, bahaya jika bayi dibiarkan  menangis terlalu lama kerana ia mungkin akan mengundang risiko sawan tangis. Bayi juga akan keletihan dan tidak cukup tidur. Malah, mama papa juga akan keletihan setelah berjaga malam untuk meredakan tangisan anak.

IKLAN

Bukan Sengaja Atau Mengada-Ngada Minta Sendawakan Bayi, Jangan Sekali-Kali Rasa Menyusahkan. Ada 4 Sebab Penting

#2 TIDUR LENA

Apabila angin dapat dikeluarkan, bayi lebih selesa dan tenang. Ini secara tidak langsung akan membantu mereka tidur lebih nyenyak.

Bukan Sengaja Atau Mengada-Ngada Minta Sendawakan Bayi, Jangan Sekali-Kali Rasa Menyusahkan. Ada 4 Sebab Penting

IKLAN

#3 SENDAWA BOLEH BOLEH ELAKKAN TERSEDAK SUSU

Apabila bayi disendawakan, risiko terjadinya tersedak susu dapat dikurangkan. Mama dan papa amat tidak digalakkan meninggalkan bayi selagi masih belum sendawa selepas menyusu kerana bayi berkemungkinan akan memuntahkan susu/ muak susu selepas seketika selepas menyusu.

Bukan Sengaja Atau Mengada-Ngada Minta Sendawakan Bayi, Jangan Sekali-Kali Rasa Menyusahkan. Ada 4 Sebab Penting

#4 BAYI LEBIH GEMBIRA

Dengan menyendawakan, bayi lebih ceria, selesa dan aktif. Maka dia boleh bermain dan melalui perkembangan yang baik seiring usianya. Jika tidak, rasa sebu akan menyebabkan mereka  menangis, meragam dan rasa tidak selesa.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI