Kebiasaan seorang ibu akan tengking atau pukul bila anak buat perangai kan? Jarang-jarang tindakan seorang ibu itu penuh lemah lembut memberi sentuhan dan belaian bagi meredakan hati anak yang sedang diamuk amarah.

Namun cubaan pendekatan berbeza yang dilakukan oleh Cikgu Eya Humaira terhadap anak saudaranya yang sedang diamuk amarah membuahkan hasil yang mengejutkan dirinya sendiri.

Tips tersebut dipelajari selepas membaca buku keibubapaan yang mengetengahkan perubahan kecil dalam teknik parenting yang dibuat oleh ibu bapa boleh membawa kesan yang besar dalam pembentukan akhlak, sahsiah malah mind set anak.

Bila Dituduh Koyak Buku

‘Aaaaaaaaa…….. Din tak buat lah’ jerit anak sedara saya, Muhammad.

Muka nya tegang, dada berombak deras dengan nafas yang turun naik menahan marah.
Membentak-bentak dia dengan kaki yang dihentak-hentak.
Tangan nya di kepal-kepal, dekat dengan muka si adik, Maisarah. Cuba menggertak.

Kami sedang santai berbuka puasa.

Si Muhammad sibuk jalankan projek kinestetik nya dengan mengoyakkan entah apa benda.

Maisarah nampak, terus tukar mode comel kepada makcik bawang. Mengadu pada opah dan atuk..

‘Muhammad koyak kan buku’ katanya dalam nada pelat budak empat tahun.

Seb baik comel dengan mata besar, rambut pony tail, pipi pau masak stim.

Tapi si abang tetap marah.
Terasa bagai difitnah.
Sibuk lah dia membela diri.

Kami pula khusyuk makan nasi lauk kambing masak kurma, mana nak angkat muka.
Sekadar bersuara tinggi dari meja makan yang jaraknya beberapa meter dari lokasi kejadian.

‘Muhammad, usah lah’ walid bersuara

‘Muhammad, koyak buku tu kenapa? Buku opah tu. Nanti opah marah’ ibu nya pula

IKLAN

‘Muhammad, kenapa sepah-sepah ni? Muhammad kemas sekarang’ makcik bawang ke dua tak lepas peluang. Adik saya lah tu.
Hahaha….

Reaksi bertubi-tubi tu yang membuat jeritan Muhammad meletus macam orang kerasukan. Marah betul dia. Macam kita pula yang buat salah kat dia.

Ajaibnya Kuasa Sentuhan

Bukan Tengking Atau Pukul Tapi Sentuhan Dan Belaian Boleh Redakan Hati Anak Sedang Diamuk AmarahMakin kami cuba tenangkan dia, ugut dia, ancam dia dengan bersuara dari jauh, semakin pula dia rebel dengan menjerit tak tentu hala.

Kami masing-masing dah panas hati.
Mendidih je rasa.

Mujur ada teh ais cincau kaw kaw dalam gelas masing-masing.
Boleh lagi kontrol suara.

Saya senyap. Bangun.

Berjalan dekat dengan Muhammad.
Berlutut depan dia.

‘Muhammad koyak kertas, ya? Owh… bukan koyak buku. Adik kata Muhammad koyak buku ya’ saya bersuara.

Tangan saya mengusap-usap dada nya yang bergelora menahan marah dengan muka yang berkerut-kerut. Kemudian berpindah pada ubun-ubun dan belakang badan.

Saat, hanya beberapa saat.
Mood dia berubah terus.

‘Haah, ini kertas. Bukan buku opah’ katanya.
Terus tukar suara manja mengadu.

IKLAN

Rupanya dia hanya nak membela diri.
Dia nak didengari.
Dia nak bagitau, dia tak buat salah.

Saya cukup tertegun dengan keajaiban sentuhan dan belaian, pujukan dan usaha cuba faham boleh meredakan hati yang sedang diamuk amarah.

Sungguh.
Semudah sentuhan minima itu.

**********

Semalam telah selesai sesi book review di hadapan para guru seramai 90+ orang bersama barisan pentadbir.

Bukan Tengking Atau Pukul Tapi Sentuhan Dan Belaian Boleh Redakan Hati Anak Sedang Diamuk Amarah

Saya pilih buku ini untuk dibentangkan.

Kenapa?

Pertama.
Sebab saya banyak dapat input dari buku ini tentang kaedah parenting.

Boleh lah dibuat modal berdepan dengan kerenah anak-anak sedara yang sesekali balik kampung.

Kedua.
Sebab saya tak ada anak lagi.
Jadi mereka tak boleh bash saya dengan tengok hasil iaitu kemenjadian anak. Hahaha…

Bijak, kan?

IKLAN

Bagi ibu bapa yang masih punya anak untuk dididik, mahupun guru yang berhasrat meningkatkan kualiti diri demi anak murid, buku ini WAJIB anda miliki.

Fakta nya ringkas, padat, berserta teori psikologi serta pembelajaran, termasuk maklumat kesihatan berkaitan pemakanan anak yang ringkas dan mudah.

Malah teknik parenting nya sangat santai, praktikal dan boleh jadikan amalan harian kita.

Buku ini mengetengahkan perubahan kecil dalam teknik parenting yang dibuat oleh ibu bapa boleh membawa kesan yang besar dalam pembentukan akhlak, sahsiah malah mind set anak.

Sangat bermanfaat.

Selepas pembentangan semalam, ramai yang jumpa saya dan kata..

‘Ye lah, Eya. Tak terfikir pun nak buat camtu’

‘Eya, tak sangka betul lah rupanya bagi anak makan tempe lebih baik dari bagi makan yogurt’

‘Akak nak cari kacang botor lah lepas ni, Eya’

Juga beratur lah mereka nak meminjam buku ni dari saya.

Tapi saya tetap kata, elok nya beli.
Sebab bila-bila masa kita nak rujuk, senang. Kita bukan nya ada photographic memory.
Sekali baca terus ingat semua, kan?

Tahniah, Dr Taufiq Razif kerana berjaya menghasilkan buku yang osem sangat ini.

InsyaAllah jika ada book review lagi saya pilih buku genre lain pula.

P/s: ini gambar semasa menunggu giliran untuk membentang.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI