Mama papa adakalanya buntu, tidak tahu bagaimana nak tenangkan tangisan bayi. Apa kata cuba teknik yang dicadangkan ini.

Semua bayi mamalia termasuk bayi manusia menangis banyak pada beberapa bulan awal kelahiran. Bayi kecil masih belum boleh bercakap. Mereka berkomunikasi menerusi tangisan untuk memenuhi keperluan diri. Justeru, mama dan papa perlu tahu bagaimana untunk menghentikan tangisan bayi.

Buntu Nak Tenangkan Tangisan Bayi Baru Lahir, Bimbang Terkena Sawan Tangis. Ikuti 5 Tip Konsultan Tangisan Bayi Ini

Menurut Uswatun Hasanah Mohd Habib, Konsultan Tangisan Bayi, pada awal kelahiran, bayi sensitif kepada persekitaran yang wujud di sekelilingnya. Malah bayi mudah merasa over stimulate (letih) dengan semua perkara yang berlaku di sekelilingnya. Ia merangkumi bunyi, cahaya, sentuhan serta perubahan drastik terhadap jadual rutinnya seperti jadual makan dan tidur, suasana dan orang asing.

Namun, bagi yang pertama kali bergelar mama dan papa, tangisan bayi pastinya menjadi sesuatu yang asing buat anda hingga ada yang buntu untuk tenangkan bayi. Tidak tahu bagaimana untuk menenteramkannya? Hakikatnya terdapat pelbagai cara untuk menenteramkan bayi termasuk teknik Cuddle Cure. Ia adalah teknik yang membuatkan bayi berasa seakan berada dalam rahim ibu.

5 LANGKAH CUDDLE CURE TENANGKAN BAYI

Cuddle cure yang dibuat dengan sempurna mampu mengaktifkan refleks yang memberi ketenangan kepada bayi dalam masa yang amat singkat! Ia merangkumi kombinasi 5S ini iaitu:

1.Swaddle

Membalut bayi dengan kemas dan ketat. Langkah pertama ini bertujuan mengekang gerakan tidak terkawal tangan dan kaki bayi yang sedang mengamuk.

Ads

2.Side/Stomach Position

Memegang bayi secara mengiring atau di perutnya. Ia juga dipanggil ‘fetal postion’ merujuk posisi bayi semasa dalam rahim.

3.Ssshing

Membuat bunyi ‘Ssshhhh’ yang kuat dalam jarak dekat dengan telinga bayi. Ia meniru bunyi berirama yang dicetuskan gabungan aliran deras darah ke setiap salur darah ibu pada setiap saat, degupan jantung ibu serta pergerakan cecair amniotic (air ketuban). Irama semulajadi rahim ini telah menemani bayi selama lebih sembilan bulan yang lepas!

4.Swing

Menghayun bayi dengan intensiti ayunan yang berpadanan dengan kekuatan tangisan bayi. Bayi terbiasa ‘dihayun’ ketika masih dalam rahim, setiap kali ibu bergerak.

Ads

Buntu Nak Tenangkan Tangisan Bayi Baru Lahir, Bimbang Terkena Sawan Tangis. Ikuti 5 Tip Konsultan Tangisan Bayi Ini

5.Sucking

Membiarkan bayi menghisap pada puting atau jari yang bersih. Situasi ini memberikan rasa ketenangan kepada si manja.

ALTERNATIF MEREDAKAN TANGISAN BAYI

Menurut Uswatun, antara alternatif lain yang boleh dicuba untuk menenteramkan bayi ialah seperti berikut;

Ads

a)Menaiki kereta; beberapa pusingan singkat sudah mampu menenteramkan.

b)Urutan; berkesan jika bayi belum di puncak tangisan.

c)Ambil angin luar; bersiar-siar sambil mendukung atau menggunakan kereta sorong.

d)Mandikan dengan air suam; tidak perlu lama. Setelah bayi tenang, lap dan sapukan minyak hangat sebelum dodoi lagu tidurnya.

Buntu Nak Tenangkan Tangisan Bayi Baru Lahir, Bimbang Terkena Sawan Tangis. Ikuti 5 Tip Konsultan Tangisan Bayi Ini

TANDA SAWAN TANGIS

Anda boleh mengenali jika bayi anda mengalami sawan tangis atau bayi kolik. Bayi yang mengalami sawan tangis selalunya akan mulai kerap menangis seawal usia tiga minggu iaitu tiga jam sehari, tiga hari dalam seminggu, tiga minggu berturut-turut dan selalunya berakhir selepas usia tiga bulan.

Buntu Nak Tenangkan Tangisan Bayi Baru Lahir, Bimbang Terkena Sawan Tangis. Ikuti 5 Tip Konsultan Tangisan Bayi Ini

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI