Memang mencabar ibu ayah yang mendidik anak millennia pada zaman sekarang. Silap hari bulan boleh migrain dibuatnya! Pendekatan berbeza perlu digunakan untuk mendidik mereka.

Ibu ayah kena banyak cari info dan tips supaya dapat mendidik generasi millennia ini dengan cara yang betul dan berkesan untuk menjadikan mereka anak yang berjaya dunia dan akhirat.

Baca perkongsian Dr Rozita Shaary atau lebih dikenali sebagai Ibu Rose, Pakar Keibubapaan & Kekeluargaan ni sampai habis.

Hadis Nabi SAW pernah menyatakan, Didiklah anak mengikut zamannya. Dan ya, di era moden ini, kita ibu bapa tempuhi saat mencabar dalam mendidik juga membesarkan anak-anak sekarang kan?

Kenapa? Sebab 3 perkara:

+ Setiap generasi mempunyai karektor berbeza. Lain sangat dah dengan zaman kita dulu. Ada cara didikan yang boleh digunapakai, tapi tak semua. Kene folow trend anak-anak sekarang

+ Disebabkan berbeza karektor, maka kita mudah bersangka buruk pada anak-anak.

+ Kenapa begitu? Sebab kita sendiri kurang ilmu dan skill dalam mendidik anak-anak mengikut zaman ini!

Sebenarnya Gen Millennia bukan degil, tapi kuat keinginan dan mahu cara mereka. Oleh itu bila kehendak mereka ditangani DENGAN TIDAK BIJAK DAN BERHEMAH, ini yang menyebabkan mereka memberontak.

Dan sekiranya ini terus-menerus berlaku, anak ini akan membesar dengan semangatnya patah atau menjadi agresif yang tidak menentu.

Itulah yang menyebabkan keadaan bertambah kritikal. Jika tidak diperbaiki, anak-anak ini akan membesar menjadi remaja yang payah dibentuk.

Jadi IBU KONGSIKAN 5 LANGKAH MUDAH DIDIK GENERASI MILLENNIA untuk pengetahuan semua. 

Nak didik anak dengan sabar tapi tak boleh nak istiqamahkan sabar tu – mesti terbabas juga pukul jerit marah anak!

Tahukah anda kenapa kita tak boleh istiqamah sabar? Sebab takda teknik yang betul dan berkesan untuk istiqamahkan sabar ni..susah!payah

1. Bawa anak-anak bermain dengan aktif

Bawa anak-anak bermain dengan aktif, seperti di padang mainan indoor atau outdoor. Lebih baik outdoor.

IKLAN

Elak Stres Cabaran Didik Anak Zaman Sekarang, Ibu Ayah Buat Cara Ini“BILA MEREKA BERMAIN, MEREKA DAPAT MENGEKSPRESI DIRI MEREKA.

MEREKA BOLEH MENJERIT-JERIT, MELOMPAT DAN BERPELUH”

Ini membolehkan tenaga negatif yang tersimpan dikeluarkan dengan cara yang sihat.

Cucu sulung ibu, semasa itu baru berusia 2 tahun suka sangat menjerit, menjadi garang dan agak agresif. Ibu dan mamanya perasan perkara ini. Bila kami kaji balik, rupa-rupanya sudah berbulan-bulan dia tidak dibawa bermain di padang.

Semenjak itu mamanya memastikan dia bermain di padang sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Semenjak mamanya melakukan perkara itu, cucu ibu tidak lagi berkelakuan seperti tadi.

2. Kurangkan gajet

Kurangkan masa menonton TV, bermain video games di komputer atau ipad atau TV.

Elak Stres Cabaran Didik Anak Zaman Sekarang, Ibu Ayah Buat Cara Ini“BILA ANAK-ANAK BERMAIN VIDEO GAMES, MEREKA AKAN MENGALAMI ADRENALIN RUSH”

Bila mereka tidak dapat bermain lasak di luar terutamanya, maka adrenalin rush itu tiada jalan keluar dan menyebabkan anak-anak kecil itu menjadi tidak keruan perlakuan mereka.

Ini selain daripada pengaruh games itu sendiri termasuklah mesej tersirat yang subliminal dimasukkan ke dalam games itu.

IKLAN

“PILIH GAMES YANG BAIK DAN CUBA GAMES ITU DAHULU SEBELUM DIBERI KEPADA ANAK-ANAK KECIL ANDA.

JIKA ANDA SENDIRI RASA TAK MENENTU SELEPAS BERMAIN GAMES ITU, APATAH LAGI ANAK-ANAK KECIL”

3. Kurangkan gula

Kurangkan pengambilan gula secara nampak atau tidak nampak.

Elak Stres Cabaran Didik Anak Zaman Sekarang, Ibu Ayah Buat Cara Ini“GULA YANG TAK NAMPAK, MAKSUDNYA KITA SENDIRI YANG MEMASUKKAN GULA ITU.

GULA YANG TAK NAMPAK, CONTOHNYA MINUMAN SODA, FAST FOOD DSB”

Jika menyediakan makanan sediakanlah dengan penuh kasih sayang dan tenang.

Makanan itu masuk ke dalam badan mereka dan menjadi darah daging. Tenaga dan ‘state’ kita semasa memasak adalah amat penting kerana itulah tenaga yang sampai kepada anak-anak kita.

Jika keadaan diri kita semasa masak banyak menyumpah-nyumpah, maka ke manalah perginya tenaga negatif itu kecuali keada makanan yang dimasak dan kemudiannya dimasukkan ke dalam badan anak.

IKLAN

Tenaga tidak boleh dimusnahkan atau dicipta. Ia hanya berubah bentuk.

4. Elak menjerit dan kerap marah anak

Boleh marah, tapi simpan marah itu untuk sesuatu isu yang sangat memerlukan marah itu.

Elak Stres Cabaran Didik Anak Zaman Sekarang, Ibu Ayah Buat Cara IniContohnya sesuatu yang merbahaya baginya, seperti bermain di tengah jalan dsb.

“BILA TERLALU SUKA MEMARAHI, MARAH KITA ITU SUDAH TIDAK ADA MAKNANYA.

MALAH IA MENJADI CARA HIDUP YANG ANAK-ANAK AKAN IKUT”

Marah yang tidak dikawal dengan baik akan menyalurkan tenaga negatif yang akan diserap oleh anak-anak itu.

Maka kita akan lihat mereka pula mempunyai karakter suka marah-marah.

Ibu tahu para ibu bapa semua adakalanya tidak boleh mengawal diri dan terus marah. Itu sekali sekala, tak pe. Kita manusia, kita buat silap. Apa yang kita tidak mahu jadi ialah kita menjadikan itu karakter kita – suka marah-marah dan berleter.

5. Kawal diri bila nak marah

Jika anda nak marah sangat, jika anda sedang berdiri, duduk, istigfar atau bilang sampai sepuluh.

Elak Stres Cabaran Didik Anak Zaman Sekarang, Ibu Ayah Buat Cara IniJika marah juga, pergi tempat lain yang anak tu tak nampak, maka keluarkan marah itu dengan menjerit sambil memekup muka ke bantal atau yang lebih baik, pejamkan mata dan bayangkan anda berada di bawah air terjun yang indah dan air itu memandikan anda sehingga semua marah anda tadi dibasuh keluar dan pergi bersama air yang luruh daripada badan anda.

Bila sudah selalu melakukan sedemikian, anda akan mengambil masa yang lebih singkat dan bila tenang, anda boleh mengambil langkah yang lebih bijak.

Marilah kita bersama-sama membentuk generasi yang genius dan berhati mulia.

Sumber: Ibu Rose

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI