Ibu bekerja yang sibuk tetap mahu masak sendiri bubur untuk baby yang dah mula makan setiap hari. Tetapi kadangkala bila terlewat, ibu jadi tak cukup tangan untuk memasak bubur baby bagi dihantar ke rumah pengasuh.

Kalau dapat pengasuh yang prihatin dan ringan tulang menyediakan sendiri makanan untuk anak-anak asuhan memang ibu bersyukur sangat. Apatah lagi sekiranya pengasuh tersebut mempunyai ilmu mengenai pemakanan berkhasiat si kecil.

Tip penyediaan bubur nasi untuk anak-anak asuhan Ema Amran boleh diguna pakai oleh semua ibu yang ada baby dah mula makan makanan pejal. Semoga ia membantu anda menguruskan masa dengan lebih efisien dalam menyediakan makanan berkhasiat untuk si manja.

Assalamualaikum. Sedikit perkongsian dari saya

Ni cara saya sediakan bubur makanan baby start 6 bln (anak-anak asuhan saya)

Nak jimatkan masa penyediaan bubur, nak-nak pulak ibu-ibu yang bekerja kena lagi nak cepat boleh try ye. Bubur makanan anak-anak elok dibuat hari-hari supaya khasiat dia tu serap kat anak-anak. Baru la montel.

IKLAN

Ok mula-mula saya basuh beras macam biasa dan toskan sampai tak ada air menitik-nitik. Tuang beras tadi dalam talam, ratakan kemudian jemur sampai kering.  Tak lama pun bila matahari kat atas kepala kejap je dah kering.

Bila dah kering blend beras tadi (guna blender kering ye) sampai jadi macam pasir halus. Lepas tu boleh la simpan dalam bekas kedap udara. Boleh tahan lama. Saya  tak simpan dalam peti ais pun ok je beras tu.

Masa nak masak bubur saya akan cedok dalam 2 atau 3 scop untuk seorang cukup untuk makan tengah hari dan petang. Masak macam bubur biasa cuma dia akan masak dengan cepat jadi tak boleh tinggal-tinggal ya.

Boleh letak sayur-sayuran, ayam dan sebagainya. Untuk baby 6 sampai 9 bulan saya stimkan sayur-sayur & kurma. Tak masak dalam bubur sekali. Untuk baby yang umur 10 bulan hinga estahun baru saya masuk sekali. Anak asuhan saya tu seorang tak pandai kunyah lagi. Umur dah setahun tapi still kena makan bubur blend.

IKLAN

Nota kaki :-

*Sayur tu cara saya stim

Masak bubur dalam periuk. Atas periuk saya bubuh penapis yang perah kelapa (yang besi ye). Dalam penapis tu saya bubuh sayur-sayur untuk di stim kan. Kemudian tutup dengan penutup periuk. Bila sayur-sayur dah masak alihkan dan tak  perlu stim lama sangat nanti hilang khasiatnya. Tujuan stim macam tu supaya khasiat sayur tu masuk ke dalam bubur. Bila bubur dah siap tunggu sejuk lepas tu blend bubur dan sayur sekali tanpa perlu letak air. Kalau blend tak bergerak baru tambah sedikit air masak. Pelbagaikan menu anak-anak supaya mereka tak rasa bosan makan makanan yang sama sahaja.

IKLAN

*Garam dan gula tak elok dimasukkan dalam makanan baby sebagai perasa sampai umur diaorang setahun. Takpe tawar pun sebab baby belum ada deria rasa lagi.

*Gula digantikan dengan kurma.

*Garam digantikan dengan ikan bilis. Ikan bilis tu mesti direndam terlebih dahulu dan dibuang tulangnya supaya hilang rasa masin yang pekat tu.

Ni la hasilnye anak-anak asuhan saya. Selamat Mencuba

Sumber: ema amran via Mahn

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI