Ini cara Dr. Sheikh Muszaphar bonding dengan bayi termasuk menggunakan 4 kelebihan kad imbasan hitam putih untuk rangsang bayi.

Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor adalah antara ikon bapa yang membanggakan. Angkasawan negara dan bapa kepada empat cahaya mata ini banyak berkongsi ilmu keibuapaan pada laman Instagram beliau. Apa yang dilakukan oleh beliau ini jelas menunjukkan dia enjoy dengan kehadiran pasangan anak kembar lelakinya baru-baru ini.

Selain memuat naik foto dan video anak-anaknya, terkini beliau telah berkongsi posting mengenai bonding time beliau bersama anak kembarnya, Adam dan Noah dengan menunjukkan kad imbasan kepada mereka. Berikut adalah perkonsian beliau di Instagram;

Flashcards dengan si kembar

Adam di sebelah kanan saya dan Noah di sebelah kiri saya.

Saya menikmati masa dengan bayi saya dengan menunjukkan kad imbasan kepada mereka. Ia boleh menjadi gambar haiwan, bentuk atau nombor yang baik untuk rangsangan otak.

Saya dapati anak-anak menjadi peka dan fokus apabila gambar ditunjukkan kepada mereka. Mereka juga sering tersenyum ketika gambar kegemaran mereka muncul. Adam menyukai ikan manakala Noah menyukai burung.

Seorang ayah tidak boleh bersaing dengan ibu tentang bonding time mereka dengan ibu mereka ketika menyusu. Oleh itu, waktu bermain adalah masa yang terbaik untuk kami seperti flashcards, masa mandi, menukar lampin dan juga masa tidur dengan meletakkan pipi anak anda pada dada untuk sentuhan kulit maksimum.


Selain penggunaan kad imbasan hitam putih, beliau juga mengimbaskan kad imbasan bergambar kepada anak kembarnya.

Sumber: Instagram drsheikhmuszaphar

KAD IMBASAN KEPADA BAYI PADA TIGA BULAN PERTAMA

Apa yang dilakukan oleh Datuk Dr. Sheikh Muszaphar ini memberikan banyak manfaat kepada bayi.

Bayi pada tiga bulan pertama  hanya boleh melihat sejauh 12 inci dihadapannya. Seawal minggu pertamanya, dia akan mula memberikan respons kepada pergerakan.

Mereka juga hanya boleh melihat objek yang berwarna hitam, putih dan kelabu sahaja. Seiring dengan perkembangan deria penglihatan mereka, mereka kemudian akan mula melihat warna merah sebelum spektrum warna yang lain apabila mencecah usia tiga bulan. Ya, tidak lama lagi bayi akan mula tersenyum bila anda mengagahnya. Ia tentu akan menyeronokkan!

4 MANFAAT KAD IMBASAN KEPADA BAYI

Kajian menunjukkan bahawa rangsangan visual bayi terletak pada warna kontras yang tinggi seperti hitam dan putih memberikan kesan positif kepada perkembangan mereka. Selain memberikan rangsangan kepada penglihatan mereka, ia juga memberikan manfaat seperti berikut;

  1. Ia juga membantu menenangkan dan melegakan bayi.
  2. Meningkatkan daya tumpuan mereka.
  3. Meningkatkan rasa ingin tahu semula jadi.
  4. Merangsang penciptaan sambungan sel otak.

Kredit gambar: Amazon.com

Tinggalkan Komen