Semakin besar Yusuf Iskandar anak pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ini, semakin comel wajahnya.

Sudahlah comel, bijak pula Yusuf dengan pelbagai aksi dan telatahnya yang sering dirakam dalam video oleh mummy atau daddy nya.

Kerap kali video-video gelagat Yusuf dimuat naik dalam akaun Instagram peribadinya oleh Hanis atau Hairul.

Baru-baru ini Hairul memuat naik video telatah Yusuf yang comel bila mengemas permainan yang dia main dengan penuh tertib dan teratur.

Pandai sungguh Yusuf! Ramai netizen memuji tindakan Yusuf tersebut.

Mommy @haniszalikha dia kemas sendiri, daddy tak suruh pun 😍 that’s my boy

Nampaknya mummy dan daddy Yusuf telah berjaya mendidik si kecil ini erti tanggungjawab dan berdikari.

Sememangnya ibu ayah perlu mengajar anak sejak kecil lagi membuat kerja rumah yang sesuai dengan usia mereka.

Contohnya seperti mengemas permainan sendiri lepas bermain. Lama-kelamaan mereka akan terbiasa membuat kerja tersebut tanpa perlu disuruh.

Mendidik anak lelaki biasa membuat kerja rumah bermula dengan tugas sekecil mengemas permainan sendiri patut diterapkan sejak mereka kecil lagi supaya dia membesar sebagai anak lelaki yang bertanggungjawab terhadap ibu bapanya dan isteri serta bakal anak-anaknya bila sudah berkahwin nanti.

Semoga ia menjadi contoh ikutan para ibu bapa lain dalam mendidik anak lelaki menjadi seorang yang bertanggungjawab.

Pa&Ma doakan semoga Yusuf membesar sebagai anak yang soleh dan menyenangkan hati mummy dan daddy.

Sumber: Instagram theyusufiskandar

 

 

 

Tinggalkan Komen