Ada bermacam cara mudah untuk buat milkbooster sendiri bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi dan nak menambahkan susu badan. Walaupun penghasilan susu ibu akan terus kekal ada selagi mana bayi menghisap tetapi tak salah kalau ibu nak mengamalkan pengambilan milkbooster yang dibuat sendiri menggunakan bahan-bahan berkhasiat.
Sesetengah pendapat daripada mereka yang pakar tentang ilmu penyusuan mengatakan tak perlu ibu menyusu mengambil sebarang milkbooster yang ada di jual di pasaran kerana mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang sudah mampu membuatkan susu badan cukup untuk bayi.
Tapi kalau minuman tersebut dibuat sendiri menggunakan bahan-bahan yang diketahui sebagai milkbooster semula jadi untuk ibu-ibu menyusu dan bagus pula untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat maka apa salahnya kita cuba buat. Ia sesuai diminum semasa dalam pantang dan ketika masih menyusukan anak. Tapi kalau selepas itu nak teruskan amalkan minuman ni pun tak ada masalah.
Perkongsian resipi minuman tambah susu yang dikongsi oleh seorang ibu, Mardziah Abdul Rahman yang mengamalkan minuman tersebut sekeluarga boleh dicuba oleh ibu-ibu lain. Mana tahu serasi dengan anda, lepas ni bertambahlah penghasilan susu ibu terutama kalau agak berkurangan sebelum ini. Selamat mencuba.
IKLAN
Petang-petang yang santai ni nak share minuman yang saya amalkan especially time pantang dan breastfeed. Sangat sesuai untuk mommies yang tengah breastfeed untuk tambah susu badan, nak kulit cantik dan nak sihat.
Bahan-bahan
1 genggam kurma merah
1 genggam longan kering
2 sudu besar barli
4 -5 batang ‘tong sum’ / ‘dong shen’ ( boleh dapat di kedai sensei)
6-7 biji goji
Air secukupnya
IKLAN
Cara membuat
Rebus semuanya sampai kembang. Saya tak letak gula sebab kurma tu dah manis kan. Tapi kalau nak manis lagi, boleh tambah gula batu madu.
IKLAN
Tong sum aka dong shen ni sangat bagus untuk kulit. Yang saya tau, ini sumber kolagen paling murah. So, tak dapat makan bird nest atau marine collagen, boleh rebus minuman ni. Saya saja tambah barli untuk reduce heat badan di kala musim panas ni. Boleh diminum seisi keluarga
Ada yang top up susu formula bila anak menyusu kerap sebab menganggap baby tidak puas menyusu.
Ada yang top up susu formula bila perah dapat 1-2oz sedangkan anak menyusu kerap disangka susu sikit, baby tak dapat cukup susu. Mereka bukan tidak cukup susu. Mereka tidak faham ragam baby baru lahir.
Baby menyusu dengan susu ibu memang kebanyakkannya kerap menyusu. Bagi yang baru lahir, setengah jam sekali itu biasa, sejam sekali itu normal.
Baby membesar bukan dengan tidur berlama-lama tetapi perlu susu yang cukup dan kekerapan menyusu membantu penghasilan yang lebih lagi.
Lebih dari sejam boleh bantu nap baby. Light sleep, deep sleep boleh kenalpasti kedua-dua jenis tidur.
Usah mengeluh wahai ibu sekalian. Kebanyakkan ibu menyusu melalui keadaan yang sama. Baby menyusu setiap setengah jam, terlena setengah jam dipangkuan, cuba diletak di atas tilam terjaga mencari-cari susu.
Seolah-olah tidak pernah kenyang. Memang begitulah fitrah baby menyusu dengan susu ibu. Sifat susu ibu mudah hadam dan kekerapan menyusu membantu penghasilan susu yang cukup dan berpanjangan.
Mama jangan patah semangat menyusukan walau pun memiliki puting tenggelam atau rata. Ikuti 12 tip kaunselor laktasi ini.
Saiz dan bentuk puting payudara berbeza mengikut individu. Ibu yang memiliki puting tenggelam sering menghadapi rasa tidak yakin serta merasakan kesukaran untuk bayi melekap pada payudara dengan baik.
Menurut kaunselor laktasi Noorfazila Abdul Rahman, puting tenggelam ialah masalah yang lazimnya berlaku kepada ibu menyusu kerana bentuk puting berbeza bagi setiap wanita. Tiada saiz standard khas puting bagi penyusuan kerana setiap wanita berbeza fizikalnya.
PELEKAPAN BUKAN PADA PUTING SAHAJA!
Menurut Noorfazila, puting tenggelam atau rata tidak menimbulkan masalah kerana bayi melekap bukan sahaja kepada puting tetapi mencakupi bahagian aerola. Ada dia antara ibu yang mengalami masalah ini kebiasaannya terjadi pada sebelah payudara sahaja.
Ibu jangan putus asa kerana penyusuan masih boleh diteruskan dengan teknik tertentu. Apa yang penting bayi dikenalkan dengan puting ibu sejurus selepas kelahiran dan jangan sesekali perkenalkan bayi dengan puting tiruan bagi mengelakkan anak mengalami masalah keliru puting dan usaha untuk mengajar anak menyusu terus ke payudara ibu akan menjadi lebih sukar.
PERIKSA PAYUDARA DENGAN UJIAN CUBITAN
Pertama, ibu perlu memeriksa puting sama ada ia tenggelam atau rata dengan ujian cubitan (pinch test).
Caranya ialah dengan mengampu payudara sehingga jari telunjuk dan ibu jari menghala ke aerola. Tekan dengan lembut kira-kira satu inci daripada puting.
Jika puting timbul maksudnya puting tersebut bukan dalam kategori tidak tenggelam. Jika tidak timbul atau terkeluar, ia bermakna puting tadi adalah tenggelam atau rata.
3 JENIS PUTING
Melekuk
Bahagian puting lekuk ke dalam tetapi boleh ditarik keluar tetapi akan tenggelam semula selepas itu.
Tenggelam
Puting hanya terkeluar sedikit sahaja selepas diuji. Bayi dengan daya hisapan normal boleh menyusu tanpa masalah. Cuma bagi bayi pramatang atau yang lemah hisapan akan mengalami masalah pelekapan.
Rata
Bagi ibu yang memiliki puting rata akan menghadapi masalah untuk melekap. Gunakan teknik pelekapan dalam di mana bayi perlu duduk dalam posisi tertentu ketika menyusu. Rawatan dan rangsangan kepada puting boleh dimulakan sejak hamil lagi.
6 CARA BANTU PUTING TENGGELAM
Nipple Puller
Gunakan nipple puller untuk menggalakkan puting keluar. Tekanan pada bahagian sekeliling akan mengeluarkan puting yang terkeluar secara semula jadi. Boleh mula dipakai sejak hamil atau setengah jam sebelum menyusukan bayi. Nipple puller boleh juga dibuat sendiri menggunakan picagari/ syringe.
Teknik Hoffman
Letakkan dua ibu jari pada pangkal puting dan tekan lembut ke payudara dan tariknya keluar, teknik ini akan meregangkan puting yang tenggelam. Lakukan dua kali sehari.
Rangsangan
Gunakan pam payudara untuk ‘menyedut’ keluar puting sebelum menyusukan bayi bagi memudahkan bayi melekap semasa menyusu.
Stimulasi puting
Rangsang puting dengan menggentelnya dengan jari dan telunjuk selama satu hingga dua minit. Selepas itu, demahkan dengan kain lembap yang bersih.
Tolakan
Tolak payudara dengan ibu jari semasa tangan mengampu payudara semasa bayi mula melekap. Ini boleh menggalakkan puting yang tenggelam ‘terkeluar’
Nipple shield
Ia adalah silikon yang nipis berbentuk seperti hadapan payudara. Ia mempunyai lubang yang membenarkan susu keluar untuk bayi.
POSISI MEMBANTU PENYUSUAN SECARA TERUS
Posisi penyusuan tertentu membantu bayi untuk menyusu secara terus daripada ibu;
PELEKAPAN
Pastikan bayi membuka mulut dengan luas sebelum memasukkan puting agar gusinya mencakupi bahagian aerola secara maksimum. Pastikan kedudukan puting setentang dengan hidung atau bahagian bibir atas supaya anak dapat mengambil lebih banyak bahagian bawak payudara kerana salur susu lebih banyak di bahagian bawah payudara.
POSISI
Bereksperimen dengan beberapa posisi sehingga anda mendapat posisi yang selesa. Posisi football hold atau cross-cradle hold membantu kebanyakan ibu yang tenggelam puting melatih anak menyusu dengan lekapan yang betul.
SEBELUM BAYI MENANGIS & ELAK PAYUDARA BENGKAK
Menyusu awal sebelum bayi menangis dan tingkatkan kekerapan setiap satu hingga dua jam. Ibu yang mempunyai puting tenggelam perlu elak payudara bengkak kerana ia menyukarkan penyusuan. Semakin lembut payudara maka semakin mudah puting ‘dikeluarkan’.
PANGKU RAPAT SUPAYA PELEKAPAN DALAM
Usahakan pelekapan yang dalam dengan memangku rapat bayi ke tubuh ibu. Pastikan badan bayi mengiring menghadap ibu. Peluk bayi dekat agar telinga, lengan dan pinggulnya lurus.
Usik tepi bibirnya supaya bayi membuka mulut lebih luas (seperti menguap) dan pelekapan perlulah mencakupi kawasan aerola bawah lebih banyak berbanding areola atas. Dagunya juga perlu menyentuh pada payudara dan hidungnya tidak tertutup sebagai tanda pelekapan yang dalam.
TENANGKAN BAYI & CUBA SEMULA
Jika bayi meragam dan menangis kerana puting tenggelam, hiburkan dengan pelukan dan nyanyian. Pastikan dia tenang sebelum mencuba semula.
LATIHAN
Latihan demi latihan perlu dilakukan kerana setiap bayi memang gemarkan rutin yang sama setiap hari sementara bayi belajar menyesuaikan diri dengan bentuk puting ibu.
Setiap ibu akam melalui pelbagai cabaran dalam penyusuan termasuklah masalah puting tenggelam tersebut. Walau apa pun cabarannya berusahalah sebaiknya dgn penuh kesungguhan dan tidak kenal erti putus asa.
Ibu perlu cekal dan melatih anak dengan penuh sabar. Percayalah, setiap usaha dan ketabahan dalam memberikan titisan susu ibu kepada anak adalah sebuah jihad dan akan diberikan ganjaran dengan izin Allah. Dapatkan bantuan daripada kaunselor atau pakar laktasi sekiranya usaha anda menemui jalan buntu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berbeza dengan amalan berkhatan bagi lelaki, berkhitan bagi bayi perempuan tidak dijelaskan mahupun disarankan dari aspek perubatan. Ia lebih kepada tuntutan agama atau amalan tradisi masyarakat.
Menurut Dr Rosni JAmalludin, Pakar Pediatrik KPJ Klang Specialist, secara klinikalnya berkhatan bagi lelaki disyorkan bagi kes-kes jangkitan air kencing (urinary tract infection) yang berulang, phimosis/paraphimosis di mana kulit depan bahagian penis terlalu kecil atau ketat sehingga proses pembuangan air kecil terganggu atau mengalami masalah.
Oleh itu prosedur berkhatan dari segi perubatan dipraktikkan secara tetap atau ‘standard’, dimana bahagian ‘prepuce’ akan dipotong dan dibuang. Ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara sama ada conventional, klip ataupun laser bergantung kepada kebiasaan dan kemahiran seseorang doktor, serta peralatan surgeri yang terdapat di fasiliti terbabit.
KHITAN BAYI PEREMPUAN, TIADA PROSEDUR TETAP
Walaubagaimanapun, tidak terdapat apa-apa indikasi/keperluan untuk berkhitan bagi bayi perempuan dari segi perubatan. Amalan berkhitan bagi bayi perempuan adalah sesuatu yang dilakukan atas sebab suruhan/hukum agama atau amalan tradisi sesuatu masyarakat. Oleh yang demikian, tiada cara/prosedur yang tetap atau ‘standard’ bagi berkhitan untuk bayi perempuan. Malahan amalan ini dilakukan dengan pelbagai cara yang berbeza mengikut kebiasaan masyarakat setempat contohnya di timur tengah, Afrika dan di Asia.
Di Malaysia, kebanyakan ibu bapa Melayu mengkhitankan bayi perempuan di klinik doktor perubatan ataupun oleh bidan kampung. Selepas dibersihkan, ‘clitoris’ sama ada dipotong sedikit atau hanya di lukakan dengan menggunakan jarum. Luka yang sedemikian hanyalah minimum, tanpa pendarahan yang ketara, dan sembuh dengan segera tanpa memerlukan apa-apa cara penjagaan khas.
DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT DARIPADA DOKTOR JIKA RAGU-RAGU
Saya mengesyorkan ibu bapa mendapatkan maklumat lanjut terlebih dahulu dari pengamal perubatan atau bidan yang mahu melakukan prosedur khitan tersebut. Secara amnya, prosedur berkhitan bagi bayi perempuan haruslah tidak mendatangkan apa-apa kemudaaratan dan kecacatan kepada alat kelamin/kemaluan bayi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!