Kalau bayi kena selsema, guna cara mudah rawatnya hanya menggunakan kunyit. Selama ini kita mungkin pandang rendah pada kunyit tanpa mengetahui rupanya ia boleh rawat macam-macam penyakit.

Maklumlah ia hanya digunakan untuk jadi bahan menggoreng ikan atau masak lemak cili api. Bahkan ibu-ibu sekarang lebih suka pilih serbuk kunyit berbanding kunyit hidup kerana tak mahu tangan berwarna kuning lepas goreng ikan.

Tapi selepas ibu-ibu tahu kegunaan kunyit yang dikongsi oleh Puan Ufairah Ahmad Mizam, jangan lupa masukkan kunyit dalam list barang dapur anda!

RAWATAN SECARA ALAMI DENGAN KUNYIT

“Kunyit bukan sebarang kunyit,

Kuning jingga bak sang suria,”

Kebiasaannya watak kunyit ini pasti ada di setiap dapur rumah kita sama ada dalam bentuk serbuk kunyit atau kunyit hidup. Tanpa kunyit pasti terasa tidak lengkap kehidupan kita yang selalu ke dapur ni. ‘Basic thing’ yang wajib ada sokmo kat dapur tu.

Untuk saya, kunyit ni seperti ‘first aid kit’ sebab macam-macam remedi boleh dibuat dari kunyit ni. Kunyit sebagai ubat selesema merupakan remedi yang selalu saya buat khas untuk ‘heroes’. Yang nak sedut hingus tak reti, nak hembus pun tak reti.

Biasanya saya tumbuk-tumbuk kunyit bagi halus + minyak kelapa dara, kemudian sapu ke pangkal hidung.

Alhamdulillah, serasi dengan kami.

IKLAN

Remedi lain menggunakan kunyit boleh rujuk di bawah ya.

Cara Mudah Rawat Selsema Bayi Hanya Menggunakan Kunyit. Jangan Pandang Rendah Pada Kunyit Lagi!

1. Kunyit dan jerawat

Secubit serbuk kunyit dan beberapa sudu tepung beras dicampur dengan sedikit air. Hasil campuran tersebut disapukan ke kawasan jerawat. Juga boleh dijadikan masker kunyit (gantikan tepung beras dengan yogurt perisa asli).

2. Kunyit dan kegatalan

Segenggam daun semambu, beberapa ulas bawang putih dan 2 inci kunyit ditumbuk halus. Campurkan dengan minyak zaitun atau minyak kelapa dara dan letakkan campuran tersebut ke kawasan yang alergi.

IKLAN

3. Kunyit dan selesema

Ambil lebih kurang seinci kunyit, tumbuk halus-halus dan campurkan dengan minyak kelapa dara/minyak zaitun dan minyak habatussauda. Sapu minyak di pangkal hidung, dada, ubun-ubun dan tapak kaki anak.

4. Kunyit dan demam

Ambil lebih kurang seinci kunyit. Tumbuh halus dan masukkan ke dalam air yang telah dicampurkan dengan cuka epal(boleh juga gantikan cuka epal dengan air asam jawa atau air lemon atau cuka kurma). Sapu campuran tersebut dan lap ke seluruh badan. Boleh juga rendam stoking ke dalam campuran tersebut dan dipakaikan ke kaki anak/sesiapa yang demam.

5. Kunyit dan sakit tekak

Rebus air yang dicampurkan dengan seinci kunyit. Tuang ke dalam cawan dan tambahkan 2 sudu madu ke dalam air rebusan kunyit.

IKLAN

6. Kunyit dan sakit gigi

Rendam seinci kunyit yang ditumbuk halus di dalam minyak kayu putih. Biarkan sebentar dan tampalkan di bahagian gigi yang sakit. Rebus air yang dicampur kunyit dan garam himalaya sebagai air untuk kumur mulut.

Hakikatnya segala jenis rawatan tidak memberi kesan dan bekas melainkan dengan izin Allah. Dia memandang usaha-usaha kita untuk sembuh sama ada dengan kaedah alami, alopati, tradisional atau apa saja kaedah. Tiada yang salah, tiada yang betul.

Pastikan kita jelas dalam beriktiqad ketika merawat atau setelah sembuh dari penyakit. Allah yang memberi kesan dan bekas. Bukan ubat dan usaha kita.

Apapun kita cuba jadikan sumber makanan yang halal lagi thoyyib, menjauhkan diri dari sumber makanan bermudharat sebagai usaha pencegahan kepada penyakit kerana dalam makanan itu ada ubat dan sebaliknya pula di dalam ubat tiada makanan.

Disclaimer: Tidak semua orang serasi dengan rawatan ini terutama untuk anak kecil. Pastikan ibu buat patch test terlebih dahulu sebelum mencuba rawatan tersebut.

Sumber: Facebook Ufairah Ahmad Mizam

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI