Kejayaan Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Menteri Besar Selangor untuk penggal kedua selepas PRU-14 bukan sahaja diraikan penuh gembira oleh seluruh rakyat Selangor tetapi sudah tentu oleh ahli keluarganya.

Dilantik sekali lagi sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua bagi menerajui negeri paling maju di dalam negara, Farah Afifah berbangga dengan kejayaan abahnya.

‘Cinta Dan Sokongan Sejak 20 Tahun Lalu’. Anak Azmin Ali Kongsi Resipi Kejayaan Abahnya

Benarlah kata pepatah di sebalik kejayaan seorang lelaki itu kerana ada seorang wanita hebat di belakangnya.

Sudah tentu ibunya yang tetap setia dan memberi sokongan tanpa berbelah bahagi walaupun melalui pelbagai onak dan duri menjadi inspirasi kejayaan tersebut.

Dalam posting di Instagramnya, Farah Afifah menggambarkan betapa berterima kasih abah kepada ibunya atas segala cinta dan sokongan yang diberikan sejak 20 tahun lalu.

Abah: “Terima kasih atas cinta dan sokongan sejak 20 tahun lalu. Akhirnya kita berjaya”

Anak-anak tunjang kekuatan Azmin

IKLAN

Selain daripada sokongan kuat sang isteri, peranan ahli keluarga paling rapat tak kurang penting untuk terus menaikkan semangat juang si bapa.

Azmin bertuah kerana dikurniakan anak-anak yang juga bersemangat kental dalam perjuangan menuju kejayaan dan tak jemu memberikan sokongan kepadanya.

Sudah tentu tiga orang anak perempuan dan tiga anak lelakinya perlu setabah dirinya dalam melalui susah senang dunia politik yang sukar diduga arusnya.

Berkat kesabaran dan ketabahan mereka sekeluarga melalui ranjau dunia politik akhirnya dikurniakan kejayaan manis.

IKLAN

Azmin tak banyak cakap 

Farah Afifah, sebagai anak yang memerhatikan perjalanan politik abahnya menggambarkan Ahli Parlimen Gombak ini sebagai individu yang tak banyak cakap sebaliknya lebih banyak buat kerja.

Justeru tak hairanlah di bawah pentadbirannya Selangor menjadi antara negeri yang paling berjaya di Malaysia.

“@azmin_ali lebih banyak buat kerja dan bukan banyak cakap. Dia lebih suka buat kerja dan biarkan keputusan bercakap untuk diri mereka sendiri. Dia mendapat pengiktirafan kerana menjadikan Selangor antara negeri terbaik di Malaysia. Sejak dia mengambil alih, Selangor telah berkembang sebagai penyumbang utama kepada KDNK Malaysia, dengan banyak inisiatif kerajaannya dalam pelbagai industri dikatakan menjadi penyebabnya”

IKLAN

Mengagumi cinta Abah dan Mummy

Anak yang dibesarkan dalam suasana bahagia dan melihat ayahnya sangat mencintai dan sayang isteri (ibunya) akan membesar sebagai orang yang hebat dan berjaya satu hari nanti.

Farah Afifah menganggap abahnya adalah sumber inspirasi kepadanya di dalam dunia ini dan merasakan perkara paling penting seorang ayah boleh buat untuk anak-anaknya adalah mencinta ibu mereka.

“The most important thing a father can do for his children is to love their mother.”

Semoga keluarga ini dikurniakan kebahagiaan berpanjangan dan abah Farah Afifah dapat terus menerajui negeri Selangor dengan lebih berjaya.

Sumber: Instagram Farah Afifah

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI