Rata-rata kita akan dapati anak-anak ketika masih kecil biasanya akan kerap dibelai dan dicium. Namun keadaan ini kadangkala tidak berterusan apabila semakin besar.

Pernah tak kita terfikir bagaimana sentuhan tersebut mampu memberikan kesan mendalam yang tidak terhingga sehingga boleh membuatkan diri mereka rasa dihargai dan disayangi oleh ibu bapa?

Jika ibu bapa rasa amalan ini sudah lama terhenti, bolehlah  amalkan semula. Manakala bagi ibu bapa yang sudah biasa mengamalkan sentuhan atau ciuman mesra pada diri anak, teruskanlah tabiat baik ini sehingga mereka dewasa, pasti ia bakal mengeratkan hubungan mesra yang sudah terjalin.

Cium Anak Dapat Pahala, Cium Suami Gugur Dosa, Cium Isteri Dapat Bahagia Selamanya

Fadhilat cium anak

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Barang siapa keluar ke pekan dan membeli barang-barangdankembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak.

IKLAN

Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan. Dengan wujudnya sifat suka mencium anak, hormon dan bau anak kita itu akan sebati ke dalam otak kita sekaligus mesej yang mengatakan “aku sayang anak aku” akan tersemat terus ke dalam jiwa

Fadhilat cium suami

Bila isteri salam dan cium tangan suami, maka gugurlah dosa-dosa kecil si isteri. Restu seorang suami tu penting dalam rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dapat pahala. Suami pun mendapat pahala juga kalau di kucup dahi isteri.

Satu lagi perkara yang ramai isteri tidak sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit sahaja isteri yang tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami dan dalam dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.

IKLAN

Cium Anak Dapat Pahala, Cium Suami Gugur Dosa, Cium Isteri Dapat Bahagia Selamanya

Fadhilat mencium isteri

Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sebagai satu perkara yang baik, bahkan dapat memberikan pahala kepada suami.

Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yang gundah, boleh menjadi bahagia. Gelap kesedihan, boleh menjadi cerah dengan keriangan. Dilihat kepada Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW di kala bersama isteri.

IKLAN

Kesimpulannya seeloknya amalkanlah budaya mencium ini ketika baru berkahwin / mendirikan rumahtangga. Kerana jika tidak diamalkan sekarang, agak kekok pula bila dah beranak-pinak nanti.

Nota :Rugilah mereka yg sudah berkahwin tetapi malu utk mencium anak dan pasangan mereka sendiri.. JANGAN BERCIUM DITEMPAT AWAM

Kredit : Ustaz Sayuthi / Sumber: Cahaya Mata

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI