Pa&Ma Club merupakan komuniti yang mengumpulkan semua pengikut setia Pa&Ma yang selama ini menyokong perkembangan jenama yang menjadi rujukan ibu bapa di Malaysia dalam membesarkan anak. Bermula dari saat bayi dalam kandungan sehingga anak membesar, Pa&Ma Club terbahagi kepada tiga kategori komuniti mengikut pengkhususan masing-masing iaitu Pa&Ma Moms To Be, Pa&Ma D’ Parents dan Pa&Ma Support BF.
Pa&Ma Moms To Be ialah komuniti khas untuk ibu hamil. Dari masa ke semasa, bengkel seperti kelas antenatal dengan kerjasama hospital-hospital akan dianjurkan sebagai persediaan dan info kepada bakal ibu mengenai kehamilan, postnatal, dan untuk melengkapkan bakal ibu dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan selepas melahirkan bayi.
Selain mendapat sumber maklumat tepat daripada mereka yang pakar dalam bidang kehamilan, penyusuan dan keibubapaan, ahli komuniti Pa&Ma Club turut mendapat keutamaan dalam setiap aktiviti dan acara yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Paling menarik sekali mereka juga berpeluang untuk mendapat pelbagai hadiah sample percuma, goodies dan hadiah cabutan bertuah.