Anak yang dah sampai tahap ketagih gajet memang akan susah nak lepas. Jadi sebelum keadaan ini berlarutan ibu bapa kena ambil tindakan cepat untuk memastikan anak tidak bersikap di luar kawalan bila keinginannya tak dipenuhi.

Perkongsian dari seorang ibu, Nurul Diana yang dilakukan bersama suaminya untuk anak yang dah ketagih gajet boleh dimanfaatkan bersama.

Dalam 2 Bulan, Anak Dah 100 Peratus Hilang Ketagih Gajet. Ibu Ini Kongsi Caranya

Kami suami isteri bangunkan company. Anak ( Uwais ) mangsa kesibukan kami. Uwais umur 3 tahun, nak perhatian tapi kami sibuk. Suap dia dengan CARTOON . 24jam. Dekat rumah tv, kt opis hp, dalam keta hp, nak makan hp, nak tido pun hp. Nak keluar shoping SEMUA IPAD / HP.

Sampai kan aku beli 1 ipad khas untuk Uwais. Sentiasa hotspot dengan hp aku . TERUK KAN ? Tapi 1 hari aku rasa Uwais tahap yang teruk. Aku tengah tidur, dia gerak aku nk hp. Balik umah Tok dia nak hp walaupun ada sepupu dia , dia tetap nak hp, tak dapat menangis tahap teruk. Berguling-guling.

JADI APA AKU BUAT ??
KESAN dapat di lihat seawal minggu pertama

Sekarang dah 2 bulan lebih uwais tanpa gajet langsung takde walaupun 1 minit. Tiada istilah main kejap, takde pantau . STOP KAN TERUS .

Dalam 2 Bulan, Anak Dah 100 Peratus Hilang Ketagih Gajet. Ibu Ini Kongsi Caranya

1. PERMULAAN TUKAR IPAD KEPADA TV

Kenapa ? Sebab nak buang fokus mata dia kepada ipad. Bila anak terlalu tenung ipad, lama-lama mata dengan tangan dia akan rosak.

Umah aku smart tv , boleh link dengan youtube. Tapi cakap kat dia tak boleh buka.Tengok tv je. So setiap pagi dia nak tengok hp, aku akan buka tv. Mula-mula memang dia menangis sebab tv takde cartoon yang dia suka. Dia akan suruh kita tukar tukar tapi lelama dia akan redha dgn konsep TV tu. Dia tetap tengok walaupun bukan cartoon fav dia.

2. DEKAT OFFICE PUN ADA TV

Bila berjaya kat rumah tapi pergi office dia akan boring. Dia nak hp lagi so aku beli lak 1 TV letak kat office.

Dalam 2 Bulan, Anak Dah 100 Peratus Hilang Ketagih Gajet. Ibu Ini Kongsi Caranya

  1. BELI APA YANG DIA SUKA DAN BOLEH BELAJAR

Uwais takde mainan, teruknye kami sebagai ibu bapa
kalau ada pun setakat patung otomen je. Patut gila gajet.
Dia boring sebenarnya, permulaan aku hanya beli 1 mainan LEGO. First aku duduk dengan dia susun-susun lego. Bina lego.

Sekarang dia pandai bina lego sendiri. Istana, pistol,kereta.Tugas kita? Setiap kali dia ckap ” ami ami”, dia tunjuk apa yang dia buat. Walaupun kita sibuk hanya 1 word yang buat dia semangat .

IKLAN

“ WAHHH CANTIK NYEEE . atau WAHHH UWAIS PANDAI “ tepuk tangan .. dia akan seronok sangat, percaya lah.

4. TAMBAH MAINAN MASA KE SEMASA

Aku sibuk jadi aku takde masa , semua mainan aku beli . Aku beli yang dia boleh explore dan learn. Contoh abc dan animal puzzle, patung kereta, robot, otomen.

Lego dan beberapa mainan aku bawak ke opis dan tinggal kan kat sana. Sebab bagi dia main kat sana. Bila dia dah biasa dengan keadaan umah. Kalau youtube OTOMEN pun dia buat bodo je, seronok susun lego. Masa ni Uwais 70% dah lupa gajet dia. Bangun pagi sambil tengok tv dia akan susun lego.

Dalam 2 Bulan, Anak Dah 100 Peratus Hilang Ketagih Gajet. Ibu Ini Kongsi Caranya

  1. MINIMA 1 MINGGU SEKALI MAIN PLAYGROUND

Ni memang ramai parent susah buat faktor kekangan masa. Tapi sebenarnya aktiviti luar ni sangat penting, bagi dia berkawan.
Playground sebenarnya tak terhad kepada kawasan taman je. Aku bawak semua playground yang aku sempat.

PLAYGROUND BUKAN TERHAD WAKTU PETANG SAHAJA ..
Pukul 9 malam pun aku bawak main playground, kol 10 balik

Contoh aku ada nk jmpa client, aku set kan jumpa kt KFC . knp ? ada playground. Jumpa kat MCD, jumpa kat Mydin.

Kadang tak makan pun tapi sebab hampir dengan playground. Duduk seat paling dekat dengan playground. Sangat membantu didik Uwais jadi disiplin.

6. PLAYGROUND DISPLIN KAN ANAK 
” UWAIS . Jom pergi playground. Tapi kul 10 kita balik ok. Uwais budak baik. Janji? ”
uwais : anjiiii …
ulang ayat ni 10 kali masa otw pergi main playground

bila dah dia dok main tu, kol 9.55.

IKLAN

“Uwais kita nak balik dah, lagi 5 minit je ( tunjuk jam kt tangan) Uwais dah janji kan ?

Tepat kul 10 panggil dia “Uwais pukul 10 dah, jom balik Uwais dah janji kan ” memula dia memang akan nangis.

Dia nak main lagi . Tak puas main. Tapi lelama dia pegang dengan janji dia. Habis main ..

“Uwais tak nangis. Nanti kita datang lagi”.

  1. DIDIK DISPLIN TAPI MAK AYAH JANGAN MENIPU ATAU MUNGKIR JANJI

“Uwais kemas rumah, kemas semua lego. Kalau tak kemas petang ni kita tak pergi PLAYGROUND, kalau tak mamy tak tgk otomen , uwais kemas rumah mamy bg coklat ” . kalau dia kemas .. mesti bawak playground atau apa2 janji yang kita buat

Aku tak suka menipu anak. Kalau aku takleh bawak aku paksa suami aku bawak hehehe .
kadang-kadang aku sorok lego dia . dia cari UWAIS Jom MANDI .. pas mandi mamy bagi lego

konsep ni boleh displin kan anak dengan semua keadaan. dia nak air kotak..dia nak tengok tv uwais kemas umah dulu, mamy bagi air kotak..dia faham untuk di didik. kita jangan tipu dia dengan janji palsu bulan dan bintang.

Dalam 2 Bulan, Anak Dah 100 Peratus Hilang Ketagih Gajet. Ibu Ini Kongsi Caranya8. BELI BUKU MEWARNA DAN CRAYON COLOUR

Yang ni best, buku n crayon colour murah je. Uwais suka sangat mewarna. Semua buku beli semua habis dia warna walapunnnnn SEDIH ! haha tak betul warnanya tapi dia dapat pegang batang warna dengan kenal warna.
kenapa CRAYON ? 12 batang baru 3.90. beli size jumbo. Yang besar so tak patah, tak payah susah nak asah.
buku baru rm1.50. mudahnya nak buat anak seronok
beli pensil box spiderman. Lepas warna simpan dalam crayon colour dalam box .

Semua anak-anak sangat rajin sebenarnya. Kalau aku cakap UWAIS JOM KEMAS UMAH, dia akan kutip semua crayon colour, lego. Semua simpan. Dia akan cakap ” AMI ENAT NYEE ” ( mamy penat nye )
kadang-kadang dia malas .. kadang-kadang tak kemas gak tapi before tido ajar dia kemas semua mainan dia.

IKLAN

Dalam 2 Bulan, Anak Dah 100 Peratus Hilang Ketagih Gajet. Ibu Ini Kongsi Caranya9. BELI PLAYDOH DAN MAINAN NO 1 PALING DIA SUKA

Uwais suka sangat-sangat dengan playdoh. Playdoh modal tak mahal pun. Yang basic dalam RM45 kat toy & us kalau kt MR DIY murah skit.

aku beli playdoh sbb tanah liat tu tak melekat kat lantai atau kotor kan lantai.. aku beli jugak pemotong sayur ( kayu )
So lantai tak kotor, nanti dia buat piza, dia buat roti ,
dia letak dlm pinggan bagi kita makan.. walaupun kita sibuk dengan laptop.

Buat-buat je makan. Uwais happy sangat kita makan dianya playdoh. kalau nak bagi reward kat uwais sebab perangai baik, beli doh tu rm5.90 je. Berbaloi kan?

10. MACAM MANA KALAU TENGAH MAKAN ? DALAM KERETA ? MESTI NAK HPKAN ?

Benda yang sama gak. Betul memang nak hp. Selalunya aku bawak mainan dia, mainan yang simple contoh macam puzzle, otomen, animal. (tengok gambar tengah makan)

Dulu sampai 1 tahap aku takut nak bawak Uwais pergi mall. Nanti dia duduk dalam stroller dia nak hp. Tapi sebenarnya tu semua atas diri kita as ibu bapa nak didik anak.
GAJET atau tak semua boleh di bentuk. Dalam kereta pun ada otomen, pergi hotel pun ada otomen. Bagi dia tak boring dan sentiasa nak bermain, otomen patung ye bukan otomen UTUBE. Kalau tak otomen pun animal pun dia suka.

Sekarang Uwais 99.9% dah tak bergajet, tinggal dengan mak tok pun dia tak minta gajet. Semua mainan dia aku bawak balik umah mak tok.

Paling aku happy dalam tempoh 2 bulan ni..
NO TV ? NO PROB. Pasang otomen atau tobot pun tak tgk sangat.

TV KAT OFFICE ?sekadar tv.. tak pasang pun no prob
perubahan sangat besar bagi aku dan suami ..

Dalam 2 Bulan, Anak Dah 100 Peratus Hilang Ketagih Gajet. Ibu Ini Kongsi Caranya

LECEH ? permulaannya memang rasa macam tu. Tapi percaya lah bila korang tengok anak tanpa gajet 1 kepuasan teramat sangat. Rasa lapang dan bahagia bila anak tanpa gajet 1 benda yang sangat ketara perubahan Uwais DENGAR CAKAP

Jujur cakap anak gajet atau tak 100% adalah kehendak ibu bapa tu sendiri. Kalau kita sendiri malas dan rimas dengan tangisan anak-anak, jadi ubat kepada kemalasan kita tu adalah GAJET !

Paling sedih ipad Uwais aku sorok, tapi punya sorok sampai sekarang entah mana.. aku sendiri lupa ipad tu heheheheheh..

Sumber: Nurul Diana

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI