Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut atau HFMD mudah menjangkit pada bayi dan kanak-kanak akibat persekitaran yang kurang bersih mengakibatkan tersebarnya virus.

Menurut portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71).

Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD.

Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri.

Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

Hati ibu ayah mana tak sedih lihat keadaan anak kecil menahan kesakitan akibat jangkitan penyakit Kaki, Tangan & Mulut (HFMD).

IKLAN

Bayangkan dalam masa dua hari dijangkiti HFMD, keadaan si kecil ini sudah begitu teruk sekali.

Tidak mahu anak orang lain pun terkena juga jangkitan penyakit yang sangat memeritkan ini, Affi Ariff berkongsi bagaimana anaknya terkena jangkitan ini serta mengingatkan ibu ayah lain agar ambil tahu tentang penyakit ini.

Salam rakan2 dan kenalan FB.

Saya nak pesan,sekarang musim raya mintak semua beringat-ingat sebelum terlambat. Anak saya Mia Rumaisya kena jangkitan HFMD masa pergi open house beraya, dalam masa 2 hari saja boleh jadi teruk macam ni.

IKLAN

“Dalam Masa 2 Hari Boleh Jadi Teruk Macam Ni”. Si Kecil Dijangkiti HFMD Masa Pergi Open House Beraya

Dari semalam sampai sekarang anak saya tak boleh tidur sebab badan panas gatal-gatal. Saya nak pesan, mak ayah tolong jangan ambik ringan hal mcm ni. Orang sekeliling pun kena main peranan, kalau anak kita dah kena, mintak dijauhkan dengan anak orang lain, kalau anak kita belum kena, kita sendiri yang bawak anak kita jauh-jauh.

Kita seronok beraya, anak kita yang merana kemudian. Biarlah keseronokan beraya tu tak ada sekarang, dari kita merana tengok anak macam ni.

IKLAN

Penyakit ni seakan demam campak, tapi petanda HFMD adanya bintik-bintik merah kecil, bintik-bintik merah besar dan ulser mulut.

Punca penyakit ni boleh kena dari persekitaran yang tidak bersih dan sangat mudah berjangkit untuk budak berumur bawah 2 tahun.

Penyakit ni lebih tertumpu pada mulut, tangan dan kaki dan tak ada ubat yang boleh merawat cuma perlu persekitaran yang bersih sahaja. Boleh baik tapi dalam tempoh yang agak lama.

Posted by Affi Ariff on Friday, 22 June 2018

Saya cuma berpesan untuk rakan-rakan supaya beringat dan tolong ambik sedikit pengetahuan tentang penyakit ni untuk kebaikan kita kelak. Ni saja yang boleh saya bantu. Tolong doakan anak saya cepat sembuh. Amin…

Sumber: Affi Ariff

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI