Seminggu selepas Sari Yanti melahirkan anak, Jep akhirnya berkongsi wajah comel anaknya dengan nama yang penuh makna.

Kehadiran puteri yang ditunggu-tunggu selama ini melengkapkan rumah tangga yang dibina mereka sejak tahun lalu.

Dariya Inara Anak Abah! Genap Seminggu Jep Dedahkan Wajah Dan Nama Bayi Perempuannya

Bersikap terbuka, Jep sesekali tidak menyembunyikan wajah anak untuk tatapan peminat dan turut mengumumkan nama anak perempuan di instagramnya iaitu Dariya Inara.

Comel sungguh wajah Dariya Inara ni, semanis ibunya.

Nampaknya lagi meriah la rumah tangga Jep dan Sari Yanti dengan kehadiran bayi perempuan ini.

IKLAN

Susulan pendedahan Jep mengenai wajah dan nama anak perempuannya, rata-rata peminat memuji kecomelan baby girl Jep dan mengucapkan tahniah pada pasangan ini.

SUBHANALLAH.. DARIYA INARA ??❤️ @sariyanti #AnakAbah

A post shared by Jepsepahtu (@jepsepahtu) on

Ada yang kata, copy paste muka abah. Manis macam ibu.

IKLAN

Apa yang membuatkan peminat tersentuh hati, selepas Sari Yanti melahirkan anak, Jep telah mula memuatnaik #anakabah di setiap gambar anak.

Dariya Inara Anak Abah! Genap Seminggu Jep Dedahkan Wajah Dan Nama Bayi Perempuannya

Nampak gayanya lepas ni macam ada potensi je Dariya Inara ni nak jadi anak abah dan manja dengan Jep.

IKLAN

Bukan itu sahaja, kehadiran Dariya Inara juga telah membuatkan Jep tampil dengan imej baru iaitu dengan berambut pendek.

Apa-apa pun semoga kehadiran Dariya Inara akan menguatkan lagi kasih sayang Jep dan Sari Yanti.

Sumber: instagram jepsepahtu

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI