Psikologi adalah cara untuk bentuk displin pada anak seawal usia empat tahun antaranya kemas rumah bukannya membiarkan anak menjadi tuan di rumah.

Apabila sebuah rumah itu ada kanak-kanak, kebiasanya ruang tamu atau biliknya berselerak dengan barang mainan ataupun makanan yang bersepah di sana sini. Dan ia perlu dikemaskan setiap hari! Akibatnya kebanyakkan ibu bapa memarahi sikap si anak yang malas.

Didik Seawal Usia Empat Tahun Kemas Rumah Bukannya Menjadi Tuan. Cara Psikologi Ini Bentuk Displin Pada Anak

Arahan ‘kasih

Kanak-kanak yang rajin biasanya akan melakukan kerja yang diberi dengan kemas dan penuh keseronokkan. Sebaliknya bagi yang malas pula, masih melakukan kerja tetapi hasil kerjanya tidak memuaskan dan tidak teratur. Ini kerana dia berasa tugasan itu satu bebanan kepadanya. Jadi apabila anda memberi sesuatu arahan pastikan intonasi suara itu memberitahu bahawa tugasan itu menyeronokkan bukan membebankannya. Ini kerana kanak-kanak tahu nada suara ibu bapa mereka dalam keadaan marah ketika memberi arahan. Sebaliknya kanak-kanak suka apabila dirinya diberi arahan dengan intonasi suara yang mesra seperti ‘Sayang, boleh kan kemaskan bilik sayang ni, kalau mama mahu disiapkan dalam masa satu minit.”

Memuji kerja yang dibuat

Selepas dia berjaya mengikut arahan anda, berikan pujian. Tindakan secara psikologi ini amat disukai oleh kanak-kanak. Lakukan begitu selepas mereka melakukan tugasan mengemas bilik atau ruang yang berselerak dengan barang mainan. Juga memberitahu kepada mereka jika berjaya mengemas bilik pada waktu yang ditetapkan, dia adalah seorang kanak-kanak yang bagus. Jadi, dengan pujian ini, apabila anda memberikan arahan untuk melakukan tugasan itu sekali lagi, ia akan dilakukan dengan gembira.

Tunjukkan pencapaian kejayaan

IKLAN

Kanak-kanak memang sukar apabila disuruh menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru tadikanya. Jadi anda perlu tunjukkan kepadanya situasi pencapaian kejayaan jika dia bersikap rajin atau malas. Katakan kepadanya, jika adik mahu berjaya menjadi doktor atau angkasawan mesti rajin baca buku dan  buat kerja sekolah. Sebaliknya jika malas, adik tidak akan berjaya mencapai cita-cita yang diimpikan.

Lakukan ia seperti ‘permainan’

Boleh anda menjadikan kerja kelihatan seperti satu permainan? Ya anda boleh!, Lakukan ia supaya kanak-kanak melihat ia seperti ‘permainan’ yang menyeronokkan. Wujudkan satu permainan seperti pertandiangan mengutip barang permainan di ruang tamu dan hadkan masa. Lakukan bersama-sama dengannya supaya aktiviti itu seolah-olah seperti si kecil sedang bersaing dengan anda untuk bergelar ‘juara!

Ganjaran

Kanak-kanak begitu menyukai ganjaran. Beritahu kepadanya apabila dia telah berjaya menyiapkan kerjanya ( contohnya; mengemas bilik), anda akan membawanya ke suatu tempat yang menarik, memberinya kek atau makanan kegemarannya. Walau bagaimana pun, apabila anda masuk ke biliknya untuk melihat hasil kerjanya, jangan tunjukkan rasa tidak puas hati kerana biliknya masih lagi tidak teratur seperti yang anda inginkan. Kanak-kanak akan merasa sedih apabila usahanya tidak dihargai. Apa yang penting dalam usia ini, kanak-kanak sepatutnya didik supaya menghargai hasil kerjanya. Cara ini membuatkan ia berasa bangga dan yakin diri.

IKLAN

Lakukan untuk si dia

Apabila arahan anda tidak mahu diikuti oleh anak, jangan terus meninggikan suara. Misalnya jika dia tidak mahu membasuh pinggan atau mengemas biliknya, seterusnya, andalah yang harus melakukan untuk dia tanpa membebel atau memarahinya. Ini adalah tindakan psikologi supaya si dia akan merasa rasa bersalah apabila melihat anda pula yang mengemas biliknya. Cara ini akan membuatkan dia terus berubah sikap mahu melakukan kerja  yang diberi oleh ibunya. Dia mahu dirinya berkelakuan baik dan disayangi!

Didik Seawal Usia Empat Tahun Kemas Rumah Bukannya Menjadi Tuan. Cara Psikologi Ini Bentuk Displin Pada Anak

Idola kesukaan

Salah satu personaliti kanak-kanak ialah sikapnya yang suka meniru perwatakkan orang lain. Jadi untuk merangsangnya bersikap rajin, cuba cari idola yang disukainya. Beritahu sikap positif idolanya itu contohnya rajin membaca buku, dan menolong ibu bapa mengemas rumah. Katakan kepadanya jika bersikap begitu disukai oleh semua orang. Lakukan dalam bentuk penceritaan supaya kanak-kanak ini mudah memahami perwatakan idola kesukaannya.

IKLAN

Kesihatan

Ceritakan kepada anak anda tentang realiti kehidupan dengan mengaitkan dengan kesihatan. Katakan kepadanya jika mahu sentiasa sihat dan ceria, mestilah hidup dalam rumah yang bersih. Dan apabila rumah bersih, badan pun sihat. Adik juga tidak selalu batuk dan demam. Katakan untuk mendapat semua itu, mestilah menjadi seorang yang rajin menjaga persekitaran rumah supaya tiada bakteria yang mengganggu sistem imun badanya.

Tuhan suka kebersihan

Anak yang malas biasanya sukar untuk di pujuk membantu anda. Dia akan memberi pelbagai alasan untuk mengelak daripada diberi tugas. Jadi, katakan kepadanya yang tuhan suka dan sayang kepada anak yang menjaga kebersihan. Untuk memastikan biliknya kemas dan bersih, adik mestilah selalu membersihkan bilik dan barang mainan.

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI