Perasan tak walaupun anak kita hari-hari gosok gigi tapi gigi tetap jadi hitam dan rosak. Akhir sekali sebab malas nak fikir, ibu biarkan je dengan alasan baru gigi susu. Memang nampak mudah tapi jika dibiarkan ia akan makin melarat.

Mungkin lepas anak dah besar sikit dan tahu malu, boleh menjejaskan keyakinannya bila bersosial sementara tunggu gigi kekal tumbuh.

Doktor Beri Tip Atasi Masalah Gigi Rosak Susulan Perkongsian Wawa Mengenai Gigi Anaknya Reput

IKLAN

Susulan perkongsian Wawa Zainal di instagramnya mengenai masalah gigi anak keduanya, Hayla yang reput, Dr Iqbal Rosali berkongsikan pandangan dan tip penjagaan gigi untuk anak-anak.

IKLAN
  1. Jangan biarkan anak tertidur dengan botol mengandungi susu atau air manisan. Walaupun anak sudah tidur dan tidak menghisap lagi, susu tetap akan menitik dan menyebabkan bertakung di dalam mulut. Pengumpulan susu ini boleh merosakkan gigi.
  2. Bersihkan mulut anak 2 kali sehari seperti mana kita menggosok gigi. Gunakan kain lembap yang dibalut pada jari manis anda dan digosok pada gigi dan gusi.Bagi anak yang sudah mempunyai banyak gigi susu, boleh bertukar kepada berus gigi kanak-kanak atau gunakan ‘finger toothbrush’.

Doktor Beri Tip Atasi Masalah Gigi Rosak Susulan Perkongsian Wawa Mengenai Gigi Anaknya Reput

IKLAN
  1. Perlahan-lahan perkenalkan penggunaan ubat gigi. Anak kecil sudah boleh gunakan ubat gigi mengandungi flourida. Pastikan yang dibeli adalah untuk kanak-kanak. Cuma letakkan ubat gigi dengan saiz sebiji beras. Ia akan lebih mudah dibersihkan dan tidak takut ditelan oleh anak kerana kuantiti yang sangat sedikit.
  2. Anak yang sudah besar sikit (2-3 tahun), pastikan jangan dibiarkan mereka gosok gigi sendiri. Pastikan ibu bapa menolong mereka menggosok gigi.
  3. Kurangkan penggunaan botol susu secara berperingkat. Galakkan minum menggunakan cawan, ‘sippy cup’ atau sudu seawal usianya 6 bulan.
  4. Bilas mulut bayi anda dengan menggalakkan meminum air kosong selepas menghabiskan susu atau hidangan ‘solid food’.
  5. Elakkan memasukkan gula ke dalam susu bayi anda. Malah, elakkan menggantikan dengan apa-apa jenis minuman manis ke dalam botol susu.
  6. Jika anak menangis semasa membersihkan gigi, kentalkan jiwa, cekalkan hati. Biarlah mereka menangis seketika itu. Ia tidak akan membawa trauma sepanjang hayat hanya semata-mata membersihkan gigi.
  7. Yang paling penting, bawalah anak masing-masing untuk pemeriksaan gigi seawal gigi pertama tumbuh. Kemudian, disusuli pula dengan setiap enam bulan sekali. Pada masa inilah ibu bapa boleh menilai dan muhasabah adakah penjagaan gigi anak selama ini betul dan berkesan.

Sumber: Dr Iqbal Rosali

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI