Menunggu kehadiran cahaya mata ke-3 ternyata satu debaran buat Memey Suhaiza. Walaupun dah dua kali melalui proses bersalin, pengalaman mengandung kali ini juga antara yang dinanti oleh mereka sekeluarga.

Melalui perkongsian di Instagram, kandungan Memey dah pun memasuki trimester kedua dan kemungkinan pasangan ini akan menimang cahaya mata perempuan.

Bagaimanapun, Norman turut menyatakan dia tidak kisah bayi yang akan dilahirkan nanti lelaki atau perempuan asalkan sihat dan sempurna.

IKLAN

Dalam pada itu, Memey juga turut memuat naik video sewaktu menjalani pemeriksaan dengan doktor untuk kandungannya.

 

IKLAN

Berdasarkan apa yang dikongsikan oleh pasangan suami isteri ini, nampak gayanya rumah mereka akan dihuni oleh seorang puteri tak lama lagi. Jika betul alhamdulillah!

Sebelum ini Norman dan Memey dah pun dikurniakan dua  cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 5 dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3 tahun.

IKLAN

‘Doktor Cakap No Burung See’. Memey Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan!

Manakala perkahwinan terdahulu Norman hasil perkahwinan dengan Abby Abadi dikurniakan tiga anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Damia Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Sumber: Ig Memey Suhaiza & Norman Hakim

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI