Bila bayi dah mencecah umur setahun, tapi masih belum tumbuh gigi, ramai ibu bapa yang mulai risau. Macam-macam difikirkan dan di tambah pula dengan cakap-cakap orang sekeliling.

Jika diikutkan ada beberapa faktor yang menyebabkan anak lambat tumbuh gigi. Menurut Dr Izaza Mohd Zan setiap bayi tak sama. Ada yang dah tumbuh gigi awal dan ada yang lambat. Ikuti perkongsian ini.

Ada parents yang risau bila anak dah 12 bulan dan masih tak ada gigi. Ada beberapa faktor yang menyebabkan bayi lambat tumbuh gigi.

Doktor Jelaskan Kekurangan Zat Makanan Dan Anak Kurang Aktif Boleh Jadi Penyebab Lambat Tumbuh Gigi1. Faktor genetik, mak ayah kena confirm dengan kedua keluarga sama ada belah mak atau ayah yang ada masalah yang sama, iaitu anak tumbuh gigi lambat.

IKLAN

2. Anak kekurangan nutrisi makanan. Bayi yang sedang membesar perlukan pelbagai sumber nutrisi, mineral, vitamins A,C dan D dan juga kalsium serta fosforus untuk sihat.

3. Ada anak yang kurang aktif atau pertumbuhan lambat atau delay development juga akan mengalami lambat pertumbuhan gigi. Boleh rujuk pada pakar pergigian kanak-kanak sekiranya pada usia 18 bulan anak masih tidak ada gigi.

IKLAN

Doktor Jelaskan Kekurangan Zat Makanan Dan Anak Kurang Aktif Boleh Jadi Penyebab Lambat Tumbuh Gigi4. Hypotirodism adalah sejenis masalah di mana bayi mengalami perkembangan pembentukan tiroid yang kurang aktif dan boleh juga melambatkan pertumbuhan gigi.

IKLAN

5. Pada usia 13 bulan, bayi yang masih belum tumbuh gigi perlu dibawa ke pakar pergigian kanak-kanak atau Dr Gigi general untuk kepastian faktor gigi lambat tumbuh.

Rajin-rajin cek gigi anak, pada usia 3 tahun anak sepatutnya sudah ada 20 batang gigi dalam mulut.

Dr Izaza Mohd Zan
#dentistampang
#drizzidentalclinic

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI