Ramai ayah yang menghisap rokok mungkin tak perasan atau sedar, asap rokok mereka boleh jadi punca anak kecil kena serangan asma. Bila kecil-kecil lagi sudah dapat asma, maka keraplah mereka dimasukkan ke hospital untuk rawatan.

Tanpa sedar rupanya asap rokok si ayah telah menyebabkan anak kecil mendapat kesan bahaya pada kesihatannya. Kisah sedih keadaan si kecil yang baru berusia 2 tahun tapi kerap masuk ke hospital akibat asma diharap boleh dijadikan pengajaran semua ibu ayah.

Anak 2 tahun.

Berat badan tak naik (-2SD).

Asthma tidak terkawal (poorly controlled bronchial asthma). Kemasukan ke hospital hampir 6 kali setahun akibat serangan asthma akut (acute exacerbation of bronchial asthma). Dalam sebulan, perlukan 2 hingga kali rawatan nebuliser di klinik.

“Ada siapa – siapa merokok di rumah tak?”

Jawapan ibu, “Ya”.

IKLAN

Suaminya merokok di rumah. Tak hiraukan keadaan anak. Yang bawa anak ke klinik pun si ibu sahaja. Itupun setelah selesai mengambil anak sulong dari sekolah sesi pagi. Kesian juga melihatkan usaha si ibu.

Ya, kami di pusat kesihatan akan terus merawat. Kami ada ubat untuk diberikan kepada anak – anak apabila asthma menyerang. Jika teruk sangat, kami ada ICU.

Tetapi dalam situasi begini, lebih baik ia dikawal dari rumah. Mulakan dengan berhenti merokok.

Doktor Kongsi Kisah Anak Umur 2 Tahun Masuk Hospital 6 Kali Setahun Akibat Asma Kesan Asap Rokok Ayah!

Tak tahu nak buat macam mana?

IKLAN

Boleh datang ke klinik berhenti merokok di klinik kesihatan berdekatan.

Sebagai bapa, anda bertanggungjawab untuk memastikan anak anda hidup dalam suasana yang selamat dan sihat. Jika anak sengsara diserang asthma akut, anda rasa bagaimana masa depannya?

Paru paru nya belum matang seperti orang dewasa. Lagi banyak bendasing yang masuk terus ke paru – paru, semakin sukar untuk mengawal penyakitnya.

IKLAN

Persekolahannya akan terganggu akibat sering dimasukkan ke hospital. Sebulan sekali masuk hospital. Sekali masuk wad, dah 2 hingga 3 hari. Bagaimana anak nak menghabiskan pelajarannya dengan cemerlang?

Orang yang nak berhenti merokok biasanya memerlukan motivasi yang tinggi. Adakah kesihatan anak – anak tidak cukup ‘motivasi’ bagi anda?

Mulakan sekarang.

Sayangi nyawa anak anda jika bukan nyawa diri sendiri.

Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris
Pengerusi dan Pengasas
Medical Mythbusters Malaysia

Sumber: Medical Mythbusters Malaysia

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI