Ada anak-anak yang dilahirkan memang mempunyai bakat dan kebolehan luar biasa berbanding rakan sebayanya. Bersyukur dan bertuahlah si ibu ayah. Tetapi sejauh mana kita tahu yang anak kita mungkin mempunyai kebolehan luar biasa berbanding kawan-kawannya?

Kadangkala kita tak perasan pun mengenai pencapaian dan kebolehan si anak. Pada anggapan kita ia adalah perkara biasa dan mungkin dicapai oleh semua kanak-kanak seusia mereka. Ini kerana ada ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan kerja yang tak pernah berkesudahan.

Makanya sebagai ibu bapa, kita hendaklah lebih prihatin dan berinformatif mengenai perkembangan kanak-kanak. Jika anak kita mempunyai tanda-tanda yang dia dianugerahkan bakat dan kebolehan luar biasa maka ibu ayah sepatutnya memberikan sokongan dan perhatian supaya kebolehan mereka akan lebih berkembang dengan positif.

Perkongsian daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad mengenai tanda-tanda istimewa atau kebolehan luar biasa pada seseorang kanak-kanak mungkin membantu anda mengenali potensi diri si kecil.

Tanda-tanda tersebut dimiliki oleh anak pada usia antara 2- 4 tahun ialah:

IKLAN

1. Mempunyai bakat tertentu, seperti kebolehan melukis atau kebolehan luar biasa dengan nombor.

2. Mencapai tahap perkembangan fizikal dan berfikir lebih awal dari rakan-rakan.

3. Mempunyai perkembangan menguasai bahasa yang lebih baik berbanding dengan rakan-rakan, seperti perbendaharaan kata yang luas atau keupayaan untuk bercakap dalam ayat yang lebih awal daripada kanak-kanak lain yang sebaya.

Doktor Kongsi Tanda-Tanda Anak Diberikan Bakat Dan Mempunyai Kebolehan Yang Luar Biasa

IKLAN

4. Mempunyai keinginan untuk tahu dan tidak pernah berhenti bertanya.

5. Sangat aktif (tetapi tidak hiperaktif). Walaupun kanak-kanak hiperaktif sering mempunyai tahap tumpuan (focus) yang singkat, kanak-kanak aktif dan berbakat pula boleh menumpukan perhatian kepada satu tugas yang diberikan untuk jangka masa yang lama, bersemangat untuk menghabiskan tugas itu, dan suka melakukan aktiviti yang sukar.

6. Mempunyai daya imaginasi yang jelas. Kanak-kanak berbakat boleh bercerita dan berimaginasi tentang suatu pengembaraan dengan baik.

IKLAN

7. Mampu menghafal fakta dengan mudah dan ingat maklumat yang sukar dipelajari dari rancangan televisyen, filem, atau buku.

Sesetengah kanak-kanak pintar cerdas menyedari bahawa mereka adalah “berbeza” dari rakan-rakan mereka. Ini boleh membuat mereka merasa terpencil dari rakan-rakan yang lain. Ini menyebabkan mereka menjadi mangsa buli.

Kenali anak kita dan berilah sokongan kepada perkembangan fizikal dan mental mereka.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI