Panik bila si kecil tiba-tiba tercekik? Video bantuan kecemasan dikongsi oleh doktor ini wajib ibu ayah tahu untuk mengelakkan daripada berlaku perkara lebih buruk.

Bila ada anak kecil macam-macam perkara yang di luar jangkaan kita boleh berlaku. Semakin anak membesar, semakin aktif dan bijak dia meneroka maka semakin tinggilah risiko dia terdedah pada bahaya.

Tabiat suka mengutip objek dan masukkan ke dalam mulut di kalangan bayi kecil boleh meningkatkan risiko mereka tercekik. Bagi anak yang sudah besar sikit, tabiat mereka yang suka makan sambil berlari dan ketawa juga boleh menyebabkan masalah tercekik.

Jangan main-main bab anak tercekik objek kecil atau makanan, kalau tidak diberi bantuan segera boleh mengundang maut!

Maka bagi yang bergelar ibu ayah, wajiblah mempelajari bantuan kecemasan asas untuk menyelamatkan nyawa si kecil sebelum dibawa ke hospital berjumpa doktor.

Dr Ahmad Firdaus berkongsi video bagaimana bantuan kecemasan boleh diberikan sekiranya anak kecil anda tercekik.

Sambil bersantai di rumah, tiba-tiba anak kecil kelihatan batuk dengan kuat. Semakin lama, batuknya semakin perlahan sehingga tiada lagi pernafasan.

Apa yang harus dilakukan?

IKLAN

Nak bawa terus ke klinik, perjalanan memakan masa hampir 5 minit. Dalam masa 5 minit jantungnya boleh terhenti akibat salur pernafasan yang tersumbat.

Sebelum bantuan tiba, lakukan langkah-langkah BANTUAN KECEMASAN. Tonton video ringkas yang saya hasilkan ini.

Share dan like video ini supaya lebih ramai rakyat Malaysia boleh ketahui bantuan asas ini.

Anda boleh membantu.

IKLAN

Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris

Medical Mythbusters Malaysia

#andabolehmembantu

#basiclifesupport #bls

IKLAN

#paediatricchoking

*Video ini adalah contoh ringkas bantuan kecemasan yang boleh dilakukan. Untuk dapatkan ilmu yang lebih mendalam, daftarkan diri anda untuk menghadiri kursus BASIC LIFE SUPPORT.

Sumber: Facebook Ahmad Firdaus

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI