Antara tempat kesukaan ramai anak kecil adalah kolam renang. Ibu ayah kena tahu tip menjaga keselamatan anak ketika berenang dan mandi di kolam renang.

Kanak-kanak memang tak boleh nampak kolam renang. Cepat sahaja mereka minta untuk mandi di situ. Ia menjadi tempat yang paling ramai dikunjungi oleh kanak-kanak pada waktu cuti sekolah atau pun cuti umum.

Dalam keseronokan anak-anak bermandi-manda dan bersuka ria, jangan diabaikan keselamatan mereka. Risiko anak untuk lemas atau tertelan air kolam sangat tinggi untuk berlaku.

Dr Ahmad Firdaus berkongsi tip bagaimana ibu bapa seharusnya menjaga keselamatan anak ketika sedang mandi-manda di dalam kolam renang. Pastikan aspek keselamatan sentiasa menjadi keutamaan semasa bergembira.

IKLAN
  1. Kedalaman kolam renang

Apabila di dalam kolam renang dari atas kelihatan kedalaman adalah sama mendatar. Tapi kalau kita tak perhatikan betul-betul ia sebenarnya agak dalam. Contoh, nampak kedalaman sama sahaja tapi sebenarnya di bahagian saya berada ini sedalam 6 kaki.

2. Perhatikan anak-anak

Pastikan anda tahu di mana anak-anak berada. Kalau boleh pastikan anda berada di dalam air.

IKLAN

Tapi kalau tiada pakaian renang yang bersesuaian, anda kena duduk berhampiran kolam renang dan perhatiakan anak-anak betul-betul. Jangan terlalu asyik bermain handphone sebab perkara buruk boleh berlaku dalam sekelip mata sahaja.

3. Bantuan dalam air

Kalau anak anda nampak macam nak lemas atau menghadapi kesukaran berenang cuba dapatkan bantuan dahulu jika anda tak tahu cara nak selamatkan mangsa lemas, tunggu dahulu. Jangan terus masuk ke dalam air.

IKLAN

Sebaiknya cuba dapatkan pelampung ataupun board dan hulurkan kepada mangsa untuk ditarik ke tepi. Jika anda masuk juga ada kebarangkalian anda akan lemas juga.

Safety first. Make sure you are safe.

Rawatan kecemasan selepas mangsa dibawa ke tepi

  1. Setelah bawa mangsa keluar, letakkan mangsa di permukaan yang keras dan rata.
  2. Dongakkan sedikit tengkuk mangsa untuk membuka saluran pernafasan.
  3. Berikan bantuan pernafasan sebanyak dua kali.
  4. Berikan tekanan dada di bahagian tengah dada menggunakan satu tapak tangan.
  5. Tekan sebanyak 30 kali.
  6. Dengan kedalaman 1/3 daripada kedalaman dada.
  7. Kadar 100 – 200 tekanan seminit.
  8. Pastikan dada naik semula antara tekanan (chest recoil).
  9. Berikan dua bantuan pernafasan selepas 30 kali tekanan (30:2).
  10. Teruskan sehingga bantuan tiba.

Sumber: Dr Mok

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI