My father is smoker

Kebanyakan perokok memandang ringan kesan asap rokok terhadap orang sekeliling, bahkan keluarga sendiri. Walaupun banyak kempen dilakukan kesedaran itu masih lagi belum membantu.

Bagi anak-anak yang terpaksa menghidu asap rokok, kesannya bukan hanya pada kesihatan tapi turut mempengaruhi perkembangan pembelajaran.

Doktor Kongsikan Penyebab Anak Sukar Membaca, Menguasai Matematik Akibat Terdedah Asap Rokok

IKLAN

Menurut Dato’ Dr Mohd Rushdan Md Noor, ibu bapa yang merokok dan mendedahkan asap rokok kepada anak-anak (perokok pasif) menyebabkan anak-anak mengalami kesukaran untuk membaca, menguasai matematik, kurang kemampuan untuk menggunakan logik dan “reasoning skills”.

Ini adalah hasil kajian oleh Cincinnati Children’s Hospital Medical Center USA mengenai kesan asap rokok kepada persekitaran dan kesihatan kanak-kanak. Kajian ini menunjukkan bahawa walaupun pendedahan yang kecil, ia masih mampu memberi kesan yang bermakna kepada kemahiran anak-anak untuk belajar. WHO mengganggarkan 710 juta kanak-kanak dunia hidup di dalam persekitaran orang yang merokok.

IKLAN

Doktor Kongsikan Penyebab Anak Sukar Membaca, Menguasai Matematik Akibat Terdedah Asap Rokok

Hampir 50% lelaki Malaysia merokok (Melayu: 55.9%, Chinese: 36%, Indian : 35%)*. Sudahlah keperluan fizikal dan spiritual anak-anak diabaikan, racun pula yang dihembuskan kepada mereka saban hari. Siapakah sebenarnya penyumbang kepada masa depan anak-anak yang gelap?

IKLAN

* Lim HK, Ghazali SM,Salleh S.
BMC Public Health, 2013;13:8

Sumber: Dato’ Dr Rushdan Noor 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI