Dr Hamid Arshat, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan menjelaskan tentang 8 gangguan haid yang sering terjadi kepada wanita. Ia sama sekali tidak boleh dipandang remeh!

Pakar O&G terkenal yang berpengalaman luas ini telah berkongsi info mengenai masalah gangguan haid yang biasa dihadapi di kalangan wanita baru-baru ini. Informasi yang dikongsikan oleh Dr Hamid Arshat ini boleh dijadikan panduan bagi anda yang mungkin menghadapi masalah haid. Berikut ilalah perkongsian beliau;

BILA HAID TERGANGGU

Pusingan haid yang teratur melambangkan kesuburan, kewanitaan dan kesihatan. Pelbagai gejala dan penyakit boleh menimbulkan gangguan haid. Diantaranya ada yang merbahaya dan mengancam kesihatan seperti kanser pangkal rahim (cervix), kanser ovari atau rahim.

Dr Hamid Arshat Jelaskan 8 Keadaan Gangguan Haid Pada Wanita. Jangan Ambil Mudah!

Sebahagian besar (masalah gangguan haid) disebabkan oleh gangguan hormon dan juga pelbagai ketumbuhan bukan kanser saperti fibroids, endometriosis dan ovarian cysts. Walau demikian wanita perlu berwaspada bila timbul gangguan-gangguan berikut:

#1 PERDARAHAN SELEPAS HUBUNGAN KELAMIN

Ia boleh dianggap sebagai tanda kanser pangkal rahim. Walau punbegitu,  ada punca-punca lain seperti cervical erosion, jangkitan kuman dan cervical fibroids dan polyp. Perlu membuat pemeriksaan faraj dan buat ujian pap smear.

IKLAN

Dr Hamid Arshat Jelaskan 8 Keadaan Gangguan Haid Pada Wanita. Jangan Ambil Mudah!

#2 PERDARAHAN SELEPAS PUTUS HAID
Ini adalah satu tanda kanser dalam rahim. Selain tu, ia berpunca daripada kekurangan hormon estrogen, fibroid dan polyp. Periksa peranakan dan buat vaginal scan, buat pap smear dan juga diagnostic D&C.

#3 HAID TERLALU BANYAK & BERPANJANGAN (MENORRHAGIA)
Punca utamanya ialah ketumbuhan fibroid, adenomyosis, endometrial hyperplasia dan polyps. Perlu buat vaginal scan. Rawatannya ialah dengan bedah D&C, membuang fibroid atau membuang rahim. Ubat hormon, norethisterone (Norculut) boleh membantu.

Dr Hamid Arshat Jelaskan 8 Keadaan Gangguan Haid Pada Wanita. Jangan Ambil Mudah!

IKLAN

#4 SAKIT SENGGUGUT
Ia seringkali disebabkan oleh endometriosis dan adenomyosis. Keadaan ini juga boleh menimbulkan masalah kesuburan dan keguguran serta kesakitan. Perlu buat vaginal scan. Bagi gadis buat scan perut.

#5 HAID TIDAK TERATUR

Jarak antara haid 3 hingga 6 bulan atau lebih. Ia sering disebabkan oleh masalah Polycystic Ovary Syndrome (PCOS), ovari bengkak dan tidak subur. Sering berlaku pada wanita gemuk. Gangguan utama ialah sukar hamil, kegunaan dan perdarahan banyak dan berpanjangan. Perlu rawatan khusus dan kuruskan badan.

Dr Hamid Arshat Jelaskan 8 Keadaan Gangguan Haid Pada Wanita. Jangan Ambil Mudah!

IKLAN

#6 TIDAK DATANG ATAU LEWAT DATANG HAID
Punca utama ialah kehamilan. Langkah pertama buat ujian kehamilan UPT. Buat vaginal scan untuk pengesahan. Lain-lain punca ialah gangguan hormon akibat stress atau masuk umur empat puluhan. Mungkin hampir menopause.

Dr Hamid Arshat Jelaskan 8 Keadaan Gangguan Haid Pada Wanita. Jangan Ambil Mudah!

#7 TIDAK DATANG HAID MELEBIHI 6 BULAN
Ia adalah satu tanda menopaus bagi mereka berumur sekitar 50an atau premature menopause bagi mereka dibawah 40 tahun.Bagi mereka yang berhenti haid dalam umur 20an dan awal 30an , mungkin sebabkan ovarian failure, iaitu telur dan hormon telah tandus.

Dr Hamid Arshat Jelaskan 8 Keadaan Gangguan Haid Pada Wanita. Jangan Ambil Mudah!

#8 TIADA DATANG HAID PADA GADIS BERUMUR 20 TAHUN
Mungkin disebabkan tiada rahim atau pangkal rahim atau faraj. Ini  adalah kecacatan kogenital iatu sejak lahir tidak sempurna peranakannya.

Sumber: Dr Hamid Arshat

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI