Walaupun mengalami cyst tetapi wanita masih berpeluang hamil semula asalkan mereka berdisiplin dan bersungguh-sungguh mengamalkan gaya hidup sihat.

Pakar sakit puan terkenal, Datuk Dr Hamid Arshat yang berpengalaman luas dalam bidang perbidanan dan sakit puan kongsi amalan pemakanan yang wanita lepas menjalani pembedahan buang cys patut amalkan untuk meningkatkan peluang hamil.

DERMOID CYST PADA OVARY KIRI

Dr Hamid Arshat Kongsi 10 Amalan Pemakanan Lepas Bedah Buang Cyst Untuk Boleh Hamil
Dermoid cyst berambut

Kandungan cyst ialah cecair berminyak, lemak dan rambut. Menakutkan juga bila melihat rambut tumbuh dalam kilang telor.

Satu jenis keajaiban, tidak terfikir rambut boleh tumbuh dalam ovary. Kejadian Allah, apa-apa boleh berlaku atas KehendakNya.

Masih ada peluang hamil, ovary kanan dan tiub kanan masih normal. Lepas bedah perlu amalkan cara gaya hidup sihat.

MAKANAN UNTUK LEPAS BEDAH

1. Lepas bedah penting untuk meningkatkan immunity untuk mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis , fibroid dan ovarian cyst serta untuk meningkatkan peluang hamil.

2. Ambil langkah untuk kurangkan stress. Exercise 30 minit setiap hari, banyak berzikir , baca al-quran 4-5 muka setiap hari.

IKLAN

Kurangkan pendedahan kepada toksin – jauhkan menghidu asap-asap beracun, semburan insecticide dan pewangi di rumah dan dalam kereta. Gunakan bahan-bahan organik untuk syampu, sabun, minyak rambut dan deodorent.

3. Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat. Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, saperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dan lain-lain.

Juga jahukan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung – donut, kuih-kuih, ice krim , coklat dan lain-lain. Jauhkan minuman soft drink, jus dan kordial dalam botol atau kotak.

 

IKLAN

4. Makan 70% bahan-bahan mentah dan segar, iaitu buah-buah dan sayur-sayur. Makan lebih buah-buah tempatan saperti papaya, nenas, jambu batu, tembikai, dragon fruit dan lain-lain.

Saya galakkan makan ulam-ulam, sayur-sayur bayam, bendi, terung, kangkung, cekor manis, daun turi dan keledek merah.

Dr Hamid Arshat Kongsi 10 Amalan Pemakanan Lepas Bedah Buang Cyst Untuk Boleh Hamil
Lebih bagus buat jus sendiri

5. Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji epal hijau, 2 carrot, 2 batang celery atau ¼ buah papaya dan ¼ nenas (khas seminggu dalam waktu haid). Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug, masuk peti ais semalaman.

IKLAN

6. Untuk sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus , lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara.

Makan 2 biji telur saparuh masak dan oats atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih. Makan roti whole meal dan brown rice.

7. Makanan selingan (tea dan coffee break) – jauhkan makanan bergula dan karbohidrat. Makan buah-buah atau segenggam campuran kacang-kacang almond, gajus, kismis dan peanuts. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.

8. Makan tengah hari – Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral, air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain-lain jenis karbohidrat

9. Makan malam – Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vineger atau satu sudu madu. Masak sup sayur kobis, carrot, broccoli dan cendawan.
Atau buat rojak/pecal dari sayur kangkung, taugeh, sengkuang, tempeh dan tauhu. Masak lauk ikan, ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit, bawang putih dan bawang merah serta serai. Gantikan nasi putih kepada brown rice.

10. Supplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU, Habatus sauda.
Makan juga goji beri, lain-lain jenis berries, spirulina, rumpai laut.

Semoga wanita yang baru menjalani pembedahan membuang cyst, boleh hamil apabila mengamalkan gaya makanan disarankan oleh Dr Hamid Arshat tersebut.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI