Tugas mendidik anak perlu ada pendekatan berbeza mengikut jantina mereka. Ibu Ayah kena tahu cara didik anak lelaki dan perempuan mengikut kaedah yang berbeza supaya mereka menjadi orang yang hebat.

Anak lelaki dan anak perempuan memerlukan cara yang berlainan ketika mendidik mereka. Ini kerana karektor kedua anak ini adalah berbeza.

Bahkan peranan yang perlu dimainkan oleh ibu dan ayah juga kena berbeza semasa mendidik anak-anak mengikut jantina. Tak boleh pukul sama rata sahaja kaedah didik anak perempuan dan anak lelaki.

Dr. Harlina Halizah Siraj, Pakar Obstetrik & Ginekologi juga dikenali sebagai Dr. Har yang turut membicarakan isu wanita, keluarga, pendidikan anak-anak dan remaja masa kini dengan niat mendidik masyarakat menjadi lebih baik berkongsi peranan ibu bapa patut lakukan dalam mendidik anak lelaki mereka.

IKLAN

Dr Harlina Halizah Siraj Pesan Ibu Ayah Buat Cara Ini Didik Anak Lelaki Yang Hebat

1. Peranan Bapa

IKLAN
  • Balik awal dari tempat kerja dan mandikan anak jika masih di bawah umur 5 tahun.
  • Bawa anak bersiar-siar dan luangkan waktu bersamanya. Biasanya kanak-kanak suka dibawa ke taman-taman permainan.

  • Ajak anak bergasak ataupun bergumpal. Ini kerana anak lelaki lebih sukakan aktiviti lasak berbanding anak perempuan. Aktiviti begini boleh menguatkan lagi tali ikatan (bonding) di antara bapa dan anak.
  • Kebiasaannya bapa adalah idola atau ‘role-model’ kepada anak lelaki. Oleh yang demikian, apa sahaja yang bapanya lakukan akan diikuti oleh anak. Jika bapanya seorang perokok, maka kebarangkalian anaknya juga menjadi seorang perokok adalah sangat tinggi berbanding anak kepada bukan perokok. Oleh itu, seorang bapa perlulah menunjukkan contoh tauladan yang baik buat anak-anak.

  • Dukung anak atas bahu bagi membolehkan anak memandang melalui pemandangan bapanya.

2. Peranan ibu

IKLAN
  • Ibu hendaklah menunjukkan kasih sayang dan berlemah lembut kerana biasanya anak lelaki belajar MENGASIHI melalui ibunya.

  • Bagi mengeratkan lagi ikatan (bonding) antara ibu dan anak lelaki, ajaklah anak berbual mengenai apa sahaja. Ceritakan apa yang ibu lakukan dan minta pendapatnya dalam beberapa perkara.
  • Berikan pujian atas usahanya walaupun kecil.

Semoga kita sebagai ibu bapa, memberikan yang terbaik dalam mendidik anak-anak tak kira sama ada lelaki ataupun perempuan.

Sumber: noraziramohamed

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI