Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor baru-baru ini berkongsi cara bagaimana beliau menggalakkan anak-anak menjadi doktor perubatan. Sama seperti beliau sendiri dan isteri, Datin Dr Halina Mohd Yunos.

Profesion dalam perubatan khususnya doktor adalah profesion yang mulia. Membantu mengubati orang sakit tentu bukan hanya diberikan balasan yang baik dan kemuliaan di dunia, tetapi pahala di akhirat.

Dr. Sheikh Muszaphar Kongsi Tip Galak Anak-Anak Jadi Doktor

Dr. Sheikh Muszaphar Kongsi Tip Galak Anak-Anak Jadi Doktor

Melalui pos Instagram yang memaparkan gambar anak pertama dan keduanya memakai kot doktor iaitu Bella dan Tasha, Dr. Sheikh Muszaphar melahirkan hasrat supaya anak-anaknya memiliki kerjaya yang satu ini di samping berkongsi tip teknik kuasa visualisasi yang dilakukan kepada anak-anak beliau sejak kecil lagi.

Dr. Sheikh Muszaphar Kongsi Tip Galak Anak-Anak Jadi Doktor

IKLAN

Saya selalu percaya kerjaya sebagai doktor adalah profesion terbaik. Prosesnya untuk menjadi seorang doktor memang panjang tetapi ia pastinya akan mengajar mereka untuk menjadi penyayang, prihatin dan ingin membantu orang lain yang memerlukan. Kerjaya doktor tidak membuat banyak wang walau pun mereka bekerja selama berjam-jam.

Impian saya adalah untuk menjadikan semua anak saya sebagai doktor jika boleh.

Saya menggunakan teknik kuasa visualisasi pada kanak-kanak dari usia yang sangat muda dengan harapan mereka akan mengikuti jejak langkah kami tetapi sudah tentu pada akhirnya mereka akan membuat pilihan mereka sendiri … dengan teknik ini saya hanya boleh memberitahu anda dalam masa 20 tahun lagi sama ada ia berkesan atau tidak.

  1. Bisikkan kepada anak-anak sebelum mereka tidur untuk menjadi doktor apabila besar nanti.
  2. Tampalkan gambar doktor di hujung kaki tempat tidur yang akan menjadi perkara pertama yang mereka lihat ketika mereka bangun.
  3. Membeli banyak buku berkaitan doktor.
  4. Mengajar sains dengan cara yang sangat menyeronokkan.
  5. Bawa anak-anak ke hospital atau klinik di mana kami bekerja yang benar-benar dinikmati disukai anak-anak saya.
  6. Main peranan di mana kanak-kanak berlakon menjadi doktor yang memakai topeng pembedahan melakukan pembedahan …

Saya hanya melakukan bahagian saya sebagai ibu bapa yang berharap dapat membimbing anak-anak ke arah yang betul tetapi akhirnya anak-anak akan memilih.

IKLAN

Anak-anak pasti tidak tahu bidang apa yang mereka akan ceburi nanti. Walaupun kita orang dewasa pun keliru pada kebanyakan masa, tetapi kita pastinya mahu berikan yang terbaik untuk anak-anak kita.


Pos Instagram ini ternyata memberikan inspirasi kepada netizen yang rata-rata ibu bapa yang turut ingin mengaplikasi teknik dan tip yang diberikan oleh beliau.

Dr. Sheikh Muszaphar Kongsi Tip Galak Anak-Anak Jadi Doktor

Dr. Sheikh Muszaphar Kongsi Tip Galak Anak-Anak Jadi Doktor

IKLAN

Tidak kurang juga, ada netizen di kalangan doktor yang memberikan respons positif dan berkongsi tip didikan yang telah diberikan oleh ibu bapa mereka sehingga mencapai kerjaya sebagai doktor dan sebagainya.

Dr. Sheikh Muszaphar Kongsi Tip Galak Anak-Anak Jadi Doktor

Dr. Sheikh Muszaphar Kongsi Tip Galak Anak-Anak Jadi Doktor

Dr. Sheikh Muszaphar Kongsi Tip Galak Anak-Anak Jadi Doktor

Dr. Sheikh Muszaphar Kongsi Tip Galak Anak-Anak Jadi Doktor


Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI