Susu kambing yang bukan formula tidak boleh diberikan terutama pada bayi baru lahir hingga enam bulan dan lebih baik elak bawah dari setahun.

Bagaimanapun, masih ada yang memberikan susu kambing pada bayi bawah setahun dengan harapan untuk memberikan anak khasiat yang baik dan ikut sunnah.

Berdasarkan perkongsian dari Dr Suriyakhatun, beliau ada menjawab persoalan dari salah seorang ibu yang menyatakan telah memberi susu kambing seawal umur anaknya 4 bulan.

Dr Suriyakhatun Jelaskan Bayi Bawah Setahun Tak Boleh Diberikan Susu Kambing Bukan Formula Untuk Gantikan Susu Ibu

Pendapat dari Dr Suriyakhatun ini mungkin boleh membuka mata semua ibu bapa.

Saya tidak tahu boleh bagi susu kambing kepada bayi seumur 1tahun ke bawah…untuk pengetahuan Doc saya ada bagi susu kambing **** (berkrimer dan bukan susu formula) untuk anak saya seawal umur 4 bln..sekarang bayi saya sudah cukup umur setahun..saya sangat bimbang dan risau apakah kesan buruk kepada bayi saya terhadap pengambilan susu tersebut.. bayi saya boleh dikatakan setiap bulan akan demam. tapi saya sehingga sekarang masih lagi beri susu badan..TQVM DOC

IKLAN

Respons saya:

Mujur Puan beri susu badan dan susu ini cuma tambahan. Sekiranya puan berikan hanya susu ini semata, nutrisi anak akan terjejas dan perkembangan bayi pun akan terjejas.

Jelas susu kambing yang bukan formula tidak boleh diberikan terutama pada bayi baru lahir hingga enam bulan dan lebih baik elak bawah dari setahun. Memang sepatutnya ditulis di bungkusan TIDAK BOLEH DIBERIKAN KEPADA BAYI BAWAH ENAM BULAN.

Dalam perbincangan tentang susu kambing, ada yang tanyakan susu kambing untuk anak 4 bulan. 
Anak 4 bulan hanya boleh minum susu ibu atau susu formula.

IKLAN

Jika ada ejen susu kambing yang bukan formula syorkan susu kambingnya untuk anak bawah enam bulan ini satu kesalahan!

Apa dia susu formula

Susu formula adalah apa yang di katakan sebagai functional food iaitu sebuah rumusan khas untuk sesuatu tujuan. Tujuan susu formula adalah untuk memberikan nutrisi yang lengkap terutama untuk bayi dari baru lahir hingga umur setahun. Lebih dari setahun saya tidak anggap sebagai formula, ia lebih kepada industri susu nak pastikan susu mereka akan terus diminum oleh yang melebihi setahun.

Dr Suriyakhatun Jelaskan Bayi Bawah Setahun Tak Boleh Diberikan Susu Kambing Bukan Formula Untuk Gantikan Susu Ibu

IKLAN

Ada dua jenis formula

  1. Formula susu lembu yang di modifikasi (modified cow’s milk) dimana susunya cuma dibetulkan kadar nutrisi supaya tidak bahaya pada bayi dan ditambah dengan vitamin dan zat galian yang penting .
  2. Humanised milk di mana susu lembu atau kambing di rumuskan untuk mirip sedekat mungkin susu ibu . Maka banyak kajian dijalankan untuk masukkan kedalam susu humanised semua bahan yang ada pada susu ibu. Ini termasuklah pre dan probiotik ( tidak semua susu formula ada pre dan probiotik )

Ada masalah tak susu formula?

Masalah mungkin timbul dari bahan yang digunakan untuk rumuskan susu formula
1.Gula dari sumber jagung GMO
2. Minyak sayur di hydrogenasi dan mengandungi lemak rosak ( transfat) untuk bab ini, penemuan terkini telah menyedari bahaya transfat dan usaha sedang dijalankan oleh banyak syarikat susu untuk pastikan susu mereka tidak ada transfat . Malangnya ada juga minyak yang digunakan terdiri dari minyak sayur seperti minyak soya dan minyak jagung serta minyak canola dimana minyak-minyak ini jalani proses kimia untuk jadikan minyak. Pernahkan makan jagung berminyak? Tentu tidak kecuali dimasukkan minyak. Ini adalah sebab untuk keluarkan minyak dari jagung ia perlukan proses kimia.
3. Banyak lagi bahan yang masuk dalam susu formula, anti caking agent, ada mengandungi aluminium, pengemulsi maltodextrin dan vitamin serta zat galian sintetik. Belum ada usaha dari industri susu formula untuk betulkan keadaan ini atau, terlalu mahal untuk mereka guna bahan yang lebih bermutu?

Sumber: Dr Suriyakhatun

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI