Ya bukan senang kita nak jadi mak ayah ni. Ada proses yang kena lalui sebelum bergelar ibu bapa. Jadi, tak ada istilah nak cuba-cuba jadi mak atau ayah.

Hari ni nak jadi, esok tak nak. Memang tak ada, ye. Kalau dah bergelar ibu bapa nak tak nak memang kena hadap semua karenah anak. Mungkin sebelum ni kita boleh tidur lena tanpa gangguan, ada masa dating berdua dihujung minggu tapi lepas ada anak rutin yang biasa dilakukan sebelum ini kena dikorbankan.

Dulu Boleh Tidur Lena, Keluar Berdua. Bila Bergelar Mak Ayah Ni Semua Kena Dahulukan Anak

Tak semestinya kita kena lupakan terus, tapi tengok pada keperluan dan masa lapang yang ada.

1) Luangkan masa dengan anak

Part ni memang penting. Sebab dalam dunia ni tak ada satu orang manusia pun suka hidup sendirian melainkan dia memang lahir-lahir jer sebatang kara. Anda sendiri bila dah tua tak mahu tinggal sorang-sorang kan? Begitu juga kanak-kanak.

Meluangakan masa dengan anak boleh memupuk hubungan baik antara si anak dan ibubapanya. Ibu dan bapa berpeluang untuk memahami lebih rapat anak tersebut. Dalam masa yang sama, ia boleh mendidik dan beri pengajaran yang baik kepada anak

2) Beri anak pujian

IKLAN

Budak-budak ni, mereka suka kena puji. Macam kita juga lah. Puji-pujian ni kan amalan yang baik. Kalau anak tersebut mempunyai tingkah laku yang baik, dapat mewarna dengan cantik, berilah sekurang-kurangnya pujian.

Perkara macam ni akan menambah kuatkan jati diri dan keyakinan anak-anak.

Jangan la buat dono sahaja. Sifat negatif begini akan rosakkan hubungan dan persepsi anak terhadap anda.

3) Tetapkan peraturan 

Setiap keluarga perlu ada peraturan. Apa yang boleh buat, dan yang tak boleh buat. Anak-anak perlu diterangkan apa yang diharapkan dari mereka berlandaskan peraturan.

IKLAN

Penting sangat bagi setiap ibu bapa menjelaskan kedudukan dan peraturan kepada anak supaya tingkahlaku dapat di didik dengan baik.

Dulu Boleh Tidur Lena, Keluar Berdua. Bila Bergelar Mak Ayah Ni Semua Kena Dahulukan Anak

4) Tidak melayan kelakuan buruk

Kelakuan yang berunsurkan sifat buruk ni memang tak best. Contoh yang mudah bagi budak-budak ialah bila diorang dah start berguling-guling ditengah-tengah pasar malam sebab tak dapat mainan atau si ayah lupa belikan satey.

Ada masanya, ibu bapa kena tegas. Beritahu dengan cara sebijak mungkin yang kelakuannya tidak baik dan memalukan. Gunakan bahasa yang tidak menengking sebaliknya nada suara rendah tetapi tegas.

IKLAN

Jika kita tidak beri perhatian dan abaikan kelakuan yang tidak baik macam ni, secara tak langsung seolah-olah menggalakkan anak tersebut berkata TIDAK apabila ditegur.

5) Sesekali beri anak buat keputusan

Antara aspek terpenting dalam kemahiran keibubapaan adalah mengajar anak berfikir tentang diri mereka sendiri.

So, nak capai tujuan ni, ibu bapa perlu bimbing anak-anak mereka melalui proses membuat keputusan sendiri berbanding memberi jawapan yang betul setiap kali.

kredit: infogerobokanim

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI