Siapa ‘hantu’ durian? Jika anak-anak juga‘hantu’ durian, anda dan keluarga wajib pergi ke Kampung Gajah, Perak. Jika merancang hendak pergi bercuti di Negeri Perak, apa kata singgah ke kampung ini. Sekarang ini sedang viral durian di kampung ini melimpah-ruah pada harga yang murah!

Isi dan bau durian ini turut menjadi kegemaran pelancong luar negara.

Mengikut sejarah, Kampung Gajah sememangnya sinonim dengan buah durian kerana banyak kebun-kebun yang ditanam dengan pokok durian. Pokok-pokok durian ini berusia puluhan malahan ratusan tahun. Antara nama durian yang popular ialah durian Tok Paduka Raja. Menurut sumber berita salah sebuah akhbar popular penghujung oktober, sebelum ini kampung ini tidak mengeluarkan hasil selepas berlaku bencana banjir pada penghujung tahun 2014. Setelah tiga tahu menunggu, akhirnya durian kampung ini tidak lagi ‘merajuk’ sebaliknya mengeluarkan hasil yang banyak. Lebih menggembirakan bagi pemilik-pemilik dusun, kebayakan pokok yang ditanam mereka menghasilkan antara 500 sehingga 600 buah durian.

Patutlah, banyak durian dijual pada harga yang murah disepanjang jalan kampung ini.   Selain Kampung Gajah, kawasan pengeluaran buah durian tertinggi di sekitar Pasir Salak adalah Kampung Bawah Bungor, Kampung Teluk Sareh Kampung Jawa dan Kampung Pulau Tiga.

PETUA ELAK BADAN PANAS DAN SENDAWA BAU DURIAN

Oleh kerana rasanya sungguh sedap sehingga ada yang makan terlalu banyak termasuk anak-anak.Bagi ibu hamil yang mengidam, tidak salah jika teringin setakat ingin rasa dua atau tiga ulas. Yang bahayanya jika makan hingga dua atau tiga biji! Oleh kerana dikatakan makan durian boleh menyebabkan badan menjadi panas.

Boleh cuba 3 petua mudah ini untuk menghilangkan panas badan dan sendawa bau bila makan durian.

Raja buah kegemaraan ramai termasuk kanak-kanak
  1. Untuk hilangkan bau durian pada tangan, anda harus basuh tangan berisi air dalam pangsa durian.

2. Bagi mengelak panas badan pula, isi air dalam pangsa durian dan  minum air untuk sejukkan badan.

  1. Amalkan makan beberapa potong sengkuang untuk sejukkan badan selepas makan durian.

Netizen yang memberi komen ingin ke Kampung Gajah,Perak apabila mengetahui harga durian di kampung ini murah

Terima kasih kepada perkongsian Nurulizati Roslan memaparkan kemeriahan raja buah ini yang banyak dijual disepanjang jalan di Kampung Gajah, Perak pada harga RM6.00 hingga RM10.00 sekilo! Kepada penggemar tegar durian, hujung minggu ini sila ke sana. Nanti jangan lupa share gambar ye.

 

 

Tinggalkan Komen